Monday, 30 April 2012

Gua dan movie : The Avengers

Last Friday, gua and wife gua, Cik Nila seperti biasa melayan movie as our date night. And kali ni movie The Avengers jadi pilihan. Oleh sebab abang ipar gua duk kata 3D best, so tanpa pikir selama 2 hari, gua pun beli la tiket movie 3D, layan kat KLCC je sebab dekat dengan opis.


So, pebende The Avengers ni? Seingat aku la, The Avengers ni satu group under S.H.I.E.L.D. Kalau lu orang tgk Ironman yang first, ada sorang mamat nama Phil Coulson, salah seorang anggota S.H.I.E.L.D, dalam Thor ada, even dalam Captain America pun dia ada. And pada gua, kematian Phil, (yes, Phil mati dah) adalah punca Ironman, Thor, Captain America dan Hulk di samping Black Widow dan Hawkeye sanggup berperang dengan askar Loki... Ohya, Loki ni pulak adalah adik Thor yang kena buang planet, tercampak kat planet apa nama dia ntah.

Seperti biasa, niat jahat Loki untuk takluk bumi dan juga sebab dendamkan abangnya, Thor, yang menjadi punca The Avengers berperang. Termasuk juga sebab Loki bunuh Phil. Pada gua, jalan cerita dia ok, CGI The Avengers ni memang terbaik. And dalam cerita ni, lu orang akan jumpa watak2 baru, seperti Agent Maria Hill @ Agent Hill, yang merupakan orang kuat Nick Fury. Sebelum lu orang nak pertikai watak dia yang x seberapa banyak dalam pilem ni, Agent Maria Hill ni akan menggantikan Nick Fury, dan kemudian akan menjadi orang kuat Tony Stark dalam mengumpul The Avengers. So dalam filem The Avengers ni, adalah permulaan watak baru.

Dalam movie ni jugak ada watak Hawkeye dan juga Black Widow. Kedua2 ni walaupun nampak macam orang biasa jek, tapi dua2 ada kebolehan tersendiri. Hawkeye memang dasat mata dia, and dalam movie ni, watak Hawkeye memang cool, memanah tak tgk target pun.hehehe...

Manakala Black Widow adalah bekas ejen Soviet Union, yang menjadi member pasukan Hawkeye. Skill dia pulak, yang gua tgk memang lincah nak mampus. Itu jek. Hahahaha...

Seperti yang gua cakap, maybe The Avengers ni adalah pembuka kepada movie The Avengers yang lain, dalam movie ni juga banyak watak Ironman, manakala yang lain x seberapa menyerlah. Tapi, dalam banyak watak, gua suka The Hulk. Scene dia tumbuk Thor lepas berlawan dengan musuh, dan scene dia belasah Loki tanpa belas ehsan memang menarik.

Ok la. Sebelum gua merapu panjang, better gua stop. Movie ni best, x perlu pikir sangat jalan cerita dia, kalau nak tgk 3D, better cari panggung besar and jauh dari skrin sebab banyak scene half body, and sila tunggu selepas movie credit, ada watak jahat baru untuk The Avengers 2...

And bawah ni adalah poster watak2 The Avengers.

Dr. Bruce Banner @ The Hulk

Tony Roma's...eh, Tony Stark @ Ironman

Thor Odinson of Argard

Steve Rogers @ Captain America

Agent Phil Coulson

Agent Clint Barton @ Hawkeye

Director Nick Fury

Loki, adik angkat Thor.

Natalia Natasha Romanova @ Black Widow

Agent Maria Hill
 
p/s : Agent Maria Hill tu dilakonkan oleh orang yang berlakon watak Robin dalam How I Met Your Mother.

No comments: