Thursday, 5 April 2012

Al-Fatihah buat Nenda tersayang...

26/3/2012, nenda tersayang gua, Che Minah bt Salleh telah kembali ke Rahmatullah. Gua dapat info dari ayahanda gua selepas gua tgk ada 7 missed call, and gua mengaku, masa dapat berita tu, gua menangis. Gua dapat info jam 7 malam, and jam 9 malam tu jugak gua and Cik Nila shoot balik ke Kelantan.

Gua fetch adik gua, then shoot ke Petronas Karak Highway untuk join family members yang lain. 5 bijik kereta konvoi malam tu, and luckily Cik Nila ada, dia banyak tenangkan gua malam tu. Masa menunggu di Petronas, ada 2 van jenazah berhenti di Petronas tu. Gua lagi sebak, bila terbayang kenderaan terakhir nenda gua adalah van jenazah.

2 orang abang gua sampai jam 10 dan kami semua bergerak ke Kelantan. oleh sebab ada ramai anak kecil, so kami stop lama dan sampai ke Kelantan jam 5.30 pagi. Kalau ikutkan gua, nak je terus ke rumah nenda gua. Gua nak tatap wajah dia selama yang boleh... tapi ayahanda gua nak check in and mandi dulu. Jam 7.30 pagi gua jalan kaki ke rumah nenda gua. Gua masuk bilik dia, katil tempat tidur dia dah xde, yang ada kat tgh bilik hanya jenazah nenda gua. Mata gua dah berair masa ni, and gua cuba tahan... tapi gua x tertahan bila tgk pakcik gua menangis masa menatap wajah nenda gua.

Gua tgk ayahanda gua muka stress, sebab pangku cucu, gua amik anak sedara gua, terus keluar dari bilik.lepas relax sket, gua masuk balik, and baca surah Yassin untuk nenda gua. hari itu merupakan bacaan Yassin paling susah buat gua. setiap kali ada orang bukak kain penutup muka jenazah, gua terpaksa berhenti baca, sebak x terkata...

habis baca Yassin, gua pergi kat jenazah, gua bukak kain penutup muka dan gua nak kucup nenda gua.tapi ada plak makcik ni paksa gua tutup, katanya x elok. Gua paham, tapi amik kira la jugak, gua cucu dia, gua jarang jumpa dia. but yet, adik beradik gua rapat dengan dia.

Gua sehabis mungkin nak tolong selesaikan jenazah arwah nenda gua. Dari angkut tab mandi jenazah, angkat jenazah ke tempat mandi, angkat jenazah lepas dikafankan, angkat ke van jenazah...even masa nak bawa jenazah ke tanah perkuburan pun gua naik sekali. masa dalam van tu, gua rasa nak peluk je nenda gua...

Alhamdulillah pengebumian lancar, cuma masa mula solat jenazah, hujan selebat-lebatnya dan hujan berhenti masa jemaah bagi salam...Balik dari kubur nenda gua, gua masuk ke rumah, and baru gua tau macam mana rasa 'kosong' seseorang tu bila kehilangan seseorang yang disayangi. Rumah nenda gua sekarang hanyalah sebuah bangunan sahaja.

Malam tu ada tahlil, dan gua terkejut bila tgk kerusi dan sejadah nenda gua terletak macam nenda gua nak solat. Gua sebak bila tgk keadaan tu, baru gua ingat, Neksu gua pun solat cara yang sama....

Gua xtau macam mana reaksi gua lepas ni kalau balik ke Kelantan. Selalunya bila balik, gua akan cari nenda gua dulu... gua dan adik beradik gua selalu buat nenda gua gelak sampai keluar air mata. Tiap kali gua and family balik, kalau kesempatan, mesti kitorang belikan nenda burger pasar malam kegemaran dia... tapi xtau la lepas ni macam mana reaksi gua dan family. Rumah tu rasa kosong, xde aura, xde keseronokan dah...

Lepas gua berkahwin, dua kali saja gua balik ke Kelantan dengan Cik Nila. last kenangan gua dengan nenda gua, masa gua and Cik Nila nak pulang ke KL...

"Dua-dua nok kelik dah ko?"
"Ha'ah nek, kucing di rumoh tu Fadli ado tinggal pitih sikit, dop tahu gapo dio beli tu.."

masa tu gua happy tgk nenda gua gelak...and masa tu gua terasa nak kucup pipi nenda gua. x sangka itu loyar buruk terakhir gua gurau dengan nenda gua...

tongkat yang jadi pembantu arwah nenda gua...

p/s : gua rindu sangat kat nenda gua sekarang nih...hanya Al-Fatihah dan doa sahaja yang gua mampu beri...

No comments: