Monday, 30 April 2012

Gua dan movie : The Avengers

Last Friday, gua and wife gua, Cik Nila seperti biasa melayan movie as our date night. And kali ni movie The Avengers jadi pilihan. Oleh sebab abang ipar gua duk kata 3D best, so tanpa pikir selama 2 hari, gua pun beli la tiket movie 3D, layan kat KLCC je sebab dekat dengan opis.


So, pebende The Avengers ni? Seingat aku la, The Avengers ni satu group under S.H.I.E.L.D. Kalau lu orang tgk Ironman yang first, ada sorang mamat nama Phil Coulson, salah seorang anggota S.H.I.E.L.D, dalam Thor ada, even dalam Captain America pun dia ada. And pada gua, kematian Phil, (yes, Phil mati dah) adalah punca Ironman, Thor, Captain America dan Hulk di samping Black Widow dan Hawkeye sanggup berperang dengan askar Loki... Ohya, Loki ni pulak adalah adik Thor yang kena buang planet, tercampak kat planet apa nama dia ntah.

Seperti biasa, niat jahat Loki untuk takluk bumi dan juga sebab dendamkan abangnya, Thor, yang menjadi punca The Avengers berperang. Termasuk juga sebab Loki bunuh Phil. Pada gua, jalan cerita dia ok, CGI The Avengers ni memang terbaik. And dalam cerita ni, lu orang akan jumpa watak2 baru, seperti Agent Maria Hill @ Agent Hill, yang merupakan orang kuat Nick Fury. Sebelum lu orang nak pertikai watak dia yang x seberapa banyak dalam pilem ni, Agent Maria Hill ni akan menggantikan Nick Fury, dan kemudian akan menjadi orang kuat Tony Stark dalam mengumpul The Avengers. So dalam filem The Avengers ni, adalah permulaan watak baru.

Dalam movie ni jugak ada watak Hawkeye dan juga Black Widow. Kedua2 ni walaupun nampak macam orang biasa jek, tapi dua2 ada kebolehan tersendiri. Hawkeye memang dasat mata dia, and dalam movie ni, watak Hawkeye memang cool, memanah tak tgk target pun.hehehe...

Manakala Black Widow adalah bekas ejen Soviet Union, yang menjadi member pasukan Hawkeye. Skill dia pulak, yang gua tgk memang lincah nak mampus. Itu jek. Hahahaha...

Seperti yang gua cakap, maybe The Avengers ni adalah pembuka kepada movie The Avengers yang lain, dalam movie ni juga banyak watak Ironman, manakala yang lain x seberapa menyerlah. Tapi, dalam banyak watak, gua suka The Hulk. Scene dia tumbuk Thor lepas berlawan dengan musuh, dan scene dia belasah Loki tanpa belas ehsan memang menarik.

Ok la. Sebelum gua merapu panjang, better gua stop. Movie ni best, x perlu pikir sangat jalan cerita dia, kalau nak tgk 3D, better cari panggung besar and jauh dari skrin sebab banyak scene half body, and sila tunggu selepas movie credit, ada watak jahat baru untuk The Avengers 2...

And bawah ni adalah poster watak2 The Avengers.

Dr. Bruce Banner @ The Hulk

Tony Roma's...eh, Tony Stark @ Ironman

Thor Odinson of Argard

Steve Rogers @ Captain America

Agent Phil Coulson

Agent Clint Barton @ Hawkeye

Director Nick Fury

Loki, adik angkat Thor.

Natalia Natasha Romanova @ Black Widow

Agent Maria Hill
 
p/s : Agent Maria Hill tu dilakonkan oleh orang yang berlakon watak Robin dalam How I Met Your Mother.

Thursday, 26 April 2012

Gua wordless...

.
.
.
.








gua tak tau nak tulis pasal apa arinih...
tapi rasa nak update blog jek...
so, tgk la binatang2 nih yek...

Tuesday, 24 April 2012

Gua dan Kereta : Proton Preve Sapphire

Gua terjumpa gambar Proton Preve Sapphire, and yes, pada gua Proton Concept ni memang cukup lawa, walaupun ramai duk kutuk Proton what so ever, gua sebagai peminat aotomotif ni terima je model apa pun. Malaysian made atau international, gua bedal beb...

Balik pada Proton Preve Sapphire ni, ini adalah Concept saja, tak tau sama ada akan dikeluarkan atau x. Maybe design akan digunakan untuk Preve R3??Neway, kat bawah ni adalah gambar-gambar Sapphire tersebut.









Pada gua, concept ni menarik sebab kereta Preve ni sendiri gua x tgk OTR, maksudnya, gua x tgk lagi yang owner kereta tu sendiri yang bawak, bukan salesperson yang drive. Bila tgk kereta ni,gua tergerak hati nak gi tgk kat showroom, tapi bila pikir2 balik, better gua g tgk kat Center Court mana2 shopping complex nanti.

p/s : biar apa pun orang cakap pasal Proton, gua minat sebabkan gua hargai dunia automotif.

Thursday, 19 April 2012

Gua dah addicted...

Yup...thanks to Cik Nila yang kenalkan and ajar gua main ini game, sekarang hari-hari gua bukak benda alah ni...



game ni gua main kat Facebook.and yes, game ni sama macam The Sims yang dulu2 kena install guna cd tu. but yang ni, lu orang boleh jadi jiran dengan member2 yang ada dalam FB lu orang (mcm gua sorang je yang lambat pasal benda nih...).



dan yang kat bawah ni pulak antara suasana game nih. gua dalam game ni pun couple dengan Cik Nila gak.hahaha...yang lain2 buat mintak tolong jek.hehehe...neway, ada harapan jugak selagi FB kekal, selagi tu jugak gua layan benda nih...adeh la...


p/s : layan jap game nih...hahahha...

Friday, 13 April 2012

Gua dan Sukan : Snooker

ok, dulu gua rajin gi snooker. dulu pun masa lepas zaman sekolah la.zaman sekolah dulu gua baik, rambut belah tengah.hehehehe. hari ni gua nak posting pasal snooker, bukan nak kata gua dasat sangat main ni, tapi boleh la.setakat main tag team, menang pun sebab partner gua terror.hahaha...

gua dulu main snooker ni every week.kalau every week tu, yang game dalam computer je la.yang real punya, hari jumaat malam sahaja.kira salah satu cara gua menghadap weekend bersama-sama member2 highschool gua. jumaat malam snooker, sabtu pagi badminton, sabtu malam pulak futsal. ahad? tgk wayang reramai, kalau ada cerita best.

pasal snooker ni, ada yang bola kaler merah, ada kuning, hijau, ceklat, biru, pink and hitam.manakala bola yang nak diletup adalah warna putih. markah pun ikut kaler bola, iaitu :

merah : 1 markah
kuning : 2 markah
hijau : 3 markah
ceklat : 4 markah
biru : 5 markah
pink : 6 markah
hitam : 7 markah

cara masukkan bola tu pun ada turutan dia, lu orang kena masukkan kaler merah dahulu, lepas tu mana2 bola kaler lain,selain putih la. then, lepas bola merah habis, baru start masukkan bola colour lain mengikut markah paling rendah dahulu, contoh:

kuning-->hijau-->ceklat-->biru-->pink-->hitam

kalau masuk bola shooter @ putih, tolak 4 point, kalau nak tembak merah, tetapi kena bola kaler lain, tolak markah mengikut bola yang dilanggar dahulu. kalau kena biru dulu, then tolak la 5 markah....

hehehe...gua x sure pasal benda lain, ini je yang gua reti. papehal pun, sekarang ni gua dah x main snooker.member2 lain pun dah pencen dah.

p/s : main snooker ni x salah, tapi salah kalau lu orang main secara bertaruh.

Gua dan Sejarah : Foh Hup Omnibus Bhd.

Gua budak Kajang. Tinggal kat Cheras Selangor, bukan Cheras KL, tapi gua membesar dengan 90% life gua di Kajang. Kat situ la gua start tadika, sampai la gua dapat diploma. Tapi kali ni gua nak post pasal salah satu sejarah Kajang. Pasal satu company bas hijau iaitu bas Foh Hup Omnibus.


Ini je gambar sejarah bas paling laju dalam alam semesta Kajang yang gua dapat.itu pun songlap dari blog orang lain. Maaf ye.hehehe...neway, gua start naik bas awam ni masa form 2. itu pun time balik jek.sebab time pergi sekolah,gua tumpang bas sekolah.hahaha...saving baik punya.tapi bas Foh Hup ni memang terbaik.


yang gua ingat, kenangan masa naik Foh Hup ni utk ke Kajang.naik ikut pintu belakang, brother conductor tu buat2 x nampak gua ngan abang gua.so memang naik free je la.Lagi satu, driver bas Foh Hup ni seram, yang sorang tu setiap kali naik, mesti mata dia merah. gua xtau la samaada mabuk atau dia ngantuk, but for sure, memang mata dia merah la.hehehe...

pasal tambang pulak, pada zaman tu, mostly bas awam ni just guna aircond asli @ bukak tingkap bas.tapi bas Foh Hup ni ada dua jenis, sama ada lu orang nak naik yang aircond, atau angin taufan.tapi kalau ikutkan komen2 member yang konon nak naik bas aircond, mana ada dia nak on air cond pepagi.bukak tingkap kecik je la jawabnya.hahahaha...

then pasal bas ni sendiri.gua paling suka masa dia idle. enjin macam x hidup pun, tau2 lampu hijau, dia terus besit. tahun bila ntah, masa tu highway Grandsaga dari Kajang ke KL baru je bukak, driver Foh Hup ni boleh pilih kawasan yang mana dia nak lalu, sebab nak masuk highway. test speed kat highway baru to be more precised. imagine bas tua ni, racing dengan kepala lori. selama ni dari Kajang ke rumah gua amik masa dalam 30 minit sebab nak keluar dari pekan Kajang tu sendiri, kali ni x sampai 15 minit gua dah terpacak depan rumah.rambut time tu xyah citer la.hahahaha...

oh ya, zaman yang dia race dengan kepala lori tu, zaman tu Foh Hup dah ada pesaing baru.bas ada aircond pulak tu.so kalau nak cepat, naik Foh Hup, sebab bas baru @ Shuttle Bus ni tunggu sampai penuh baru jalan. and gua asik naik Foh Hup.sampai rumah boleh tido.hahahaha...

lepas Foh Hup pupus, naik pulak Parkmay Cityliner. masa ni gua dalam form 4 dengan form 5. time ni baru la nampak awek2 sekolah lain.hahaha..and pasal Parkmay Cityliner ni jugak la gua punya ligamen kaki koyak.demit! tangga berlubang, lapik span je tinggal, elok gua pijak, kaki lipat 90 degree...hasilnya? 2 bulan gua gi sekolah pakai selipar dengan kaki berbalut.

p/s : banyak kenangan gua kat Kajang ni.dari cerita tv Oshin, sampai la zaman novel Budak Shaithon...memang gua sayang Kajang.

Tuesday, 10 April 2012

Overhaulin' My Firetruck...


Gua jumpa gambar lori bomba shaithon ni kat google. Gua ingatkan truck ni di buat custom, rupa-rupanya memang asal sebuah firetruck lama. Apa yang diorang buat kat truck ni?Well, dilihatkan dalam gambar, rim bapak besar tu satu hal. Yang lagi satu hal, truck ol'skool ni disumbat dengan engine V10 Dodge Viper. Keta ni haaa...

Yang ni rupa truck tu....





And benda ni diorang view kat SEMA Show di US, salah satu heaven bagi para peminat automotif kat sana.Kalau kat Malaysia? KL International Motorshow pun banyak tunjuk kereta2 yang dah ada OTR, cuma ubah sikit2 jek. BORING~

p/s: lagi satu, kalau Autoshow, mesti 90% libatkan ubahsuai model.maksud gua, dari Proton ke Mitsu, dari Perodua ke Daihatsu...xbanyak kreatifnya pun...

Thursday, 5 April 2012

Al-Fatihah buat Nenda tersayang...

26/3/2012, nenda tersayang gua, Che Minah bt Salleh telah kembali ke Rahmatullah. Gua dapat info dari ayahanda gua selepas gua tgk ada 7 missed call, and gua mengaku, masa dapat berita tu, gua menangis. Gua dapat info jam 7 malam, and jam 9 malam tu jugak gua and Cik Nila shoot balik ke Kelantan.

Gua fetch adik gua, then shoot ke Petronas Karak Highway untuk join family members yang lain. 5 bijik kereta konvoi malam tu, and luckily Cik Nila ada, dia banyak tenangkan gua malam tu. Masa menunggu di Petronas, ada 2 van jenazah berhenti di Petronas tu. Gua lagi sebak, bila terbayang kenderaan terakhir nenda gua adalah van jenazah.

2 orang abang gua sampai jam 10 dan kami semua bergerak ke Kelantan. oleh sebab ada ramai anak kecil, so kami stop lama dan sampai ke Kelantan jam 5.30 pagi. Kalau ikutkan gua, nak je terus ke rumah nenda gua. Gua nak tatap wajah dia selama yang boleh... tapi ayahanda gua nak check in and mandi dulu. Jam 7.30 pagi gua jalan kaki ke rumah nenda gua. Gua masuk bilik dia, katil tempat tidur dia dah xde, yang ada kat tgh bilik hanya jenazah nenda gua. Mata gua dah berair masa ni, and gua cuba tahan... tapi gua x tertahan bila tgk pakcik gua menangis masa menatap wajah nenda gua.

Gua tgk ayahanda gua muka stress, sebab pangku cucu, gua amik anak sedara gua, terus keluar dari bilik.lepas relax sket, gua masuk balik, and baca surah Yassin untuk nenda gua. hari itu merupakan bacaan Yassin paling susah buat gua. setiap kali ada orang bukak kain penutup muka jenazah, gua terpaksa berhenti baca, sebak x terkata...

habis baca Yassin, gua pergi kat jenazah, gua bukak kain penutup muka dan gua nak kucup nenda gua.tapi ada plak makcik ni paksa gua tutup, katanya x elok. Gua paham, tapi amik kira la jugak, gua cucu dia, gua jarang jumpa dia. but yet, adik beradik gua rapat dengan dia.

Gua sehabis mungkin nak tolong selesaikan jenazah arwah nenda gua. Dari angkut tab mandi jenazah, angkat jenazah ke tempat mandi, angkat jenazah lepas dikafankan, angkat ke van jenazah...even masa nak bawa jenazah ke tanah perkuburan pun gua naik sekali. masa dalam van tu, gua rasa nak peluk je nenda gua...

Alhamdulillah pengebumian lancar, cuma masa mula solat jenazah, hujan selebat-lebatnya dan hujan berhenti masa jemaah bagi salam...Balik dari kubur nenda gua, gua masuk ke rumah, and baru gua tau macam mana rasa 'kosong' seseorang tu bila kehilangan seseorang yang disayangi. Rumah nenda gua sekarang hanyalah sebuah bangunan sahaja.

Malam tu ada tahlil, dan gua terkejut bila tgk kerusi dan sejadah nenda gua terletak macam nenda gua nak solat. Gua sebak bila tgk keadaan tu, baru gua ingat, Neksu gua pun solat cara yang sama....

Gua xtau macam mana reaksi gua lepas ni kalau balik ke Kelantan. Selalunya bila balik, gua akan cari nenda gua dulu... gua dan adik beradik gua selalu buat nenda gua gelak sampai keluar air mata. Tiap kali gua and family balik, kalau kesempatan, mesti kitorang belikan nenda burger pasar malam kegemaran dia... tapi xtau la lepas ni macam mana reaksi gua dan family. Rumah tu rasa kosong, xde aura, xde keseronokan dah...

Lepas gua berkahwin, dua kali saja gua balik ke Kelantan dengan Cik Nila. last kenangan gua dengan nenda gua, masa gua and Cik Nila nak pulang ke KL...

"Dua-dua nok kelik dah ko?"
"Ha'ah nek, kucing di rumoh tu Fadli ado tinggal pitih sikit, dop tahu gapo dio beli tu.."

masa tu gua happy tgk nenda gua gelak...and masa tu gua terasa nak kucup pipi nenda gua. x sangka itu loyar buruk terakhir gua gurau dengan nenda gua...

tongkat yang jadi pembantu arwah nenda gua...

p/s : gua rindu sangat kat nenda gua sekarang nih...hanya Al-Fatihah dan doa sahaja yang gua mampu beri...

Monday, 2 April 2012

Gua dan Sejarah : IWK HR Dept.


Gua terjumpa plak benda nih.
dah berapa lama punya lukisan daaa...
x silap masa gua tunggu gua punya last date kat IWK masa tu.

walaupun ada beberapa wajah yang xde dalam nih...
gua still ingat diorang...
termasuk la Pn.Boss...
huhuhu...