Tuesday, 6 March 2012

Achtung! Ini iklan fake!


Gua duk melayan cuci mata tgk kereta-kereta lama yang gua boleh berangan nak beli bila gua terjumpa iklan nih. oh ya, iklan ni kat mudah.my. ini gambar dalam iklan tu. lu orang boleh tgk kat mudah.my.


Kenapa gua kata iklan ni fake? sebab gua kenal owner Datsun SSS dengan Toyota Corolla AE70 kat dalam gambar nih. manakala yang Toyota Celica tengah tu gua x kenal, but kereta tu gua kenal. Semua ni member2 gua dalam Kelab Kereta Lama dan juga Ol'Skool.org.

Kalau ikut iklan tu, kereta tiga jibik dalam gambar tu ada seorang sahaja owner, iaitu Yahya Rostam. Gua x kenal Yahya Rostam ni, Yahya Sulong gua tau la. Yang pasti, iklan ni iklan menganiaya kawan2 KKL gua, dan juga merbahayakan diorang.

sebab apa? member gua ada cerita, takut benda ni Modus Operandi dia ialah, lu orang call, nanti dia suruh lu orang masuk deposit dan amik kereta di certain places. x ke aniaya member2 KKL & OS gua namanya tu?

ada member2 nasihatkan buat police report, just in case kereta ni kena angkut @ tow. maybe ada yang akan cakap, 'eleh, kereta RM6000, kereta lama, hilang pun x kisah,'... pada lu orang memang la. pada owner yang dah perabis duit nak rebuilt balik kereta diorang, then ada plak hantu2 yang iklan macam ni jek.

kalau ada pembaca blog gua (yang macam xde orang baca nih), dah pernah call mamat ni, elakkan la deal dengan dia. kalau betul nama Yahya Rostam ni pun dianiaya, memang patut la buat police report. kalau betul dia ni jenis putar, jangan sampai budak2 kelab gua jumpa.sebab dah ramai dah kena nih.

p/s : once a thief, always a thief la kot...

No comments: