Wednesday, 21 March 2012

Gua dan result SPM...


so, as we all know, today will be the most horror day kepada semua penunggu result SPM 2011. tapi, lu orang nak seram2 pun x guna, kalau dah prepare awal2, ok la jugak.kalau sebelum exam 24/7 asik dengan Angry Bird, Ipad kejadah, dating macam esok nak mati, so gua sarankan jangan la taruh harapan keajaiban akan berlaku. melainkan lu orang dah prepare, dah buat sebaik mungkin, and tawakal dengan apa keputusan yang keluar. tapi xpe, rezeki ada di mana2. sekarang ni lu orang nak sambung belajar pun senang. tapi kena sedar diri dulu, kalau nak sambung belajar, niat utk perbetul dan perelokkan diri tu, insyaAllah dipermudahkan.

panjang gila gua punya start..hehehe..asal gua nak post pasal cara dapatkan result SPM. tahun ni dah start amik result thru SMS, yang mana gua rasa kurang saspen la kot...


gua ni bukan la nak against teknologi kaw2 punya. cuma gua rasa, untuk dapatkan keputusan SPM ni better biar budak2 tu gi sekolah, amik result. the old school way. sebab apa? pertamanya, pagi2 nak kasi bebudak ni kecut perut dulu (kalau kecut la), gua dulu kecut gak beb. antara kecut yang seram selepas kecut masa nak akad nikah tahun lepas...hehehe...

secondly, kalau bebudak ni gi sekolah, at least diorang jumpa la jugak cikgu2 diorang. kalau berjaya, cikgu happy, kalau x berjaya, cikgu kata cuba lagi. benda2 ni pada gua penting jugak la. lagipun cikgu adalah parents angkat kepada bebudak ni, gua rasa patut share apa2 perasaan masa amik result ni bersama.

third, kalau ke sekolah, bebudak ni boleh jadikan tarikh or situasi hari ni, hari amik result SPM ni satu kenangan. and mana tau 20 years after this date, ada yang jadi bapak/mak, turn anak diorang pulak kecut perut.hehehehe...

fourth, sekolah adalah 2nd home kepada semua orang, termasuk gua. gua rindu dengan Kajang High School beb. sebab after SPM, kalau x amik form 6, lu orang dah xbleh masuk kawasan sekolah sesuka hati lu orang. so, keep this precious moment with your teachers and friends.

fifth, time ni la lu orang nak tgk jantan menangis. kot2 x lulus, gerenti ada yang menangis. kalau pompuan, dia happy pun dia nangis gak.

itu je la kot. memang la sistem amik result thru SMS ni memudahkan. tapi, pada gua, kurang feel.better amik result style lama.

p/s : gua dulu amik result bwk keta. lepas tu bawak diri sebelum kena bebel kat rumah sebab result hampeh. papehal, sekarang gua dah ok. rezeki ada kat mana2. seburuk2 result gua, dapat jugak segulung degree...

Tuesday, 20 March 2012

Some of our wedding photo...


sedar x sedar, gua dah nak masuk 4 bulan jadi husband kepada Cik Nila...and yes, kitorang x gi honeymoon lagik.hehehe...well, both of us tgh preparing nak pergi uji fizikal and mental kat Gunung Kinabalu this mid May.so, hope both of us dapat naik sampai puncak.

anyway, gua tau ramai kengkawan gua x dapat datang wedding kitorang last year, so today, i'm gonna post some picture for our wedding album. credits to Mr. Ahmad Rithauddin dari extrumedia. ni pun Cik Nila yang jumpa, and package dia dalam kemampuan, so, amik je la.kalau lu orang nak tgk hasil kerja dia, try search kat FB...

so bawah ni adalah antara gambar wedding kami. x full, but ada la jugak kan?hehehe...



gua nak bagi banyak2 pun cam malas jek.hehehe... neway, ni la antara picture wedding kitorang. so pada sesapa yang tgh cari photographer, gua boleh suggest dia nih.

ohya, ni antara list wedding gua dengan Cik Nila aritu... antara yang gua puas hati la...

dewan ~ Dewan Banquet UPM (ada pakej, jangan risau.worth it!)
makanan ~ Iqfa Catering. (gua dapat pun sebab dia ni panel UPM. makanan memang sedap.RM15 per pax)
pelamin ~ Kusha Weddings and Events...boleh tgk kat FB gak nih...
door gift ~ gua and Cik Nila bagi jem strawberi dari Cameron Highlands. kitorang g sana order. RM2.00 sebotol)
baju nikah ~ kain dari Jakel, and jahit di Butik Umairah @ bangunan MARA KL.worth it! jgk.

yang atas ni antara yang gua puas hati, termasuk la photographer. yang gua x puas hati ialah DJ dengan kad. dua2 entiti ni memang antara spoiler la.lelebih lagi DJ. hint yang gua boleh bagi? DJ ni ex-pelakon drama melayu. memang sampai la ni gua anti dia.

Tuesday, 6 March 2012

Achtung! Ini iklan fake!


Gua duk melayan cuci mata tgk kereta-kereta lama yang gua boleh berangan nak beli bila gua terjumpa iklan nih. oh ya, iklan ni kat mudah.my. ini gambar dalam iklan tu. lu orang boleh tgk kat mudah.my.


Kenapa gua kata iklan ni fake? sebab gua kenal owner Datsun SSS dengan Toyota Corolla AE70 kat dalam gambar nih. manakala yang Toyota Celica tengah tu gua x kenal, but kereta tu gua kenal. Semua ni member2 gua dalam Kelab Kereta Lama dan juga Ol'Skool.org.

Kalau ikut iklan tu, kereta tiga jibik dalam gambar tu ada seorang sahaja owner, iaitu Yahya Rostam. Gua x kenal Yahya Rostam ni, Yahya Sulong gua tau la. Yang pasti, iklan ni iklan menganiaya kawan2 KKL gua, dan juga merbahayakan diorang.

sebab apa? member gua ada cerita, takut benda ni Modus Operandi dia ialah, lu orang call, nanti dia suruh lu orang masuk deposit dan amik kereta di certain places. x ke aniaya member2 KKL & OS gua namanya tu?

ada member2 nasihatkan buat police report, just in case kereta ni kena angkut @ tow. maybe ada yang akan cakap, 'eleh, kereta RM6000, kereta lama, hilang pun x kisah,'... pada lu orang memang la. pada owner yang dah perabis duit nak rebuilt balik kereta diorang, then ada plak hantu2 yang iklan macam ni jek.

kalau ada pembaca blog gua (yang macam xde orang baca nih), dah pernah call mamat ni, elakkan la deal dengan dia. kalau betul nama Yahya Rostam ni pun dianiaya, memang patut la buat police report. kalau betul dia ni jenis putar, jangan sampai budak2 kelab gua jumpa.sebab dah ramai dah kena nih.

p/s : once a thief, always a thief la kot...