Wednesday, 8 February 2012

Gua dan filem Melayu...

Semalam adalah Hari Thaipusam, and yes anak-anak, sekarang ni orang KL pun dah raya Thaipusam. So semalam gua and wife, Cik Nila balik dari Port Dickson, lepas beberapa belas tahun gua x jejak sana. Saja g bercuti dengan abang ipar gua and his family.

So sebab kepenatan dan kemalasan mau keluar berdating, and memandangkan wife gua pulak ada kerja urgent dia nak siapkan, gua pun layan la filem Melayu kat Astro...citer Adnan Sempit... YES, gua pun ada perasaan jugak nak layan citer Melayu...hehehe...

bila dengar dialog filem Melayu ni, mesti ada typical dia. Macam filem Hollywood yang mana orang putih je yang menang, masuk dance competition pun menang, main drift kat Japan pun dia menang, serang alien pun dia menang...hehehe...

apa yang typical gua nampak filem Melayu nih?

1. Anak orang kaya mesti study London. Xde ke yang study kat Mesir, New Zealand, German?

2. Kalau hal project, mesti sebut "Project juta-juta dengan Tan Sri..." . Xde ke nak sebut rebut tender company AtoZ ke, apa ke...

3. Parents anak orang kaya tu pun mesti kalau nak bercuti, kat Europe, atau pun France... cakap la nak gi lepak Dubai 2 minggu ke, Japan sebulan ke sebab tension dengan bisnes bapak...

4. Kalau nama anak orang kaya, mesti drive Mercedes or BMW, cuba2 la bawak Jaguar ke, nak lagi kaya, bawak Pagani Zonda...baru la nampak kaya and berlagak.hehehe..

5. Kalau watak tomboi, mesti akan ada over acting... contoh?

" lu pehal nak jeling-jeling gua beb?!"

sambil suara teran2...terberak jap lagik.

6. Kalau kata filem komedi, mesti ada sorang watak yang clumsy, selalu kena bahan, pakai baju colour macam nak mampus striking dia, then pakai spek bingkai tebal.

Kalau ikutkan, banyak lagi yang gua nak taip.Tapi sekarang ni xde mood la plak... Cuma gua nak tgk, seorang pelakon lawak, dijadikan pelakon serius pulak. Contoh? Lan Pet Pet, Apek (bukan player bola tu), Yasin Senario...kira pelawak-pelawak Malaysia ni diberi watak serius la...baru nampak versatile lakonan diorang....

p/s : kenapa filem orang kita, asal komedi je mesti ada sound2 effect yang fakap?

No comments: