Wednesday, 29 February 2012

Gua dan Kereta - Cara berlagak dengan deepdish..


dulu....



sekarang....

guna kucing tuuuuu.....


p/s : Deepdish = berapa dalam bibir rim tu.

Friday, 24 February 2012

Gua dan DVD : Remember The Titans


Kali ni gua nak story pasal movie DVD yang gua tengah nak mencari. Memang la boleh download, tapi itu kalau ada kemudahan. Gua bukan boleh download kat opis, kat rumah lagi la.huhuu... papehal pun, kali ni, movie Remember The Titans yang gua nak post.


Filem ni adalah based on true story pasal perkauman pada tahun 70's dulu. Cerita ni pasal sebuah sekolah yang menjadi sekolah pertama menerima pelajar kulit hitam dan menjadi pasukan American Football sekolah pertama yang mana playernya bercampur tidak kira warna kulit. Even coach pun ada dua orang. Yang gua minat pasal cerita ni ialah bagaimana diorang selesaikan konflik, and macam mana pelajar kulit hitam dengan orang putih ni bonding menjadi lebih dari kawan.

Movie ni xde dalam simpanan gua, so gua harap dapat la beli and buat koleksi. sekarang ni gerai lanun DVD banyak cerita2 baru, nak cari yang lama agak payah sket. tapi xpe, mudah.my kan ada...hehehe...

p/s : ni baru satu..banyak lagi dalam list nih...

Wednesday, 22 February 2012

Gua dan artis : Dulu dan sekarang

Dari tajuk, macam la gua ni ramai member artis, kan? member pun x ramai mana, apatah lagi nak member dengan artis.hehehe... neway, posting kali ni pasal pelakon Hollywood yang glemer gila zaman 70's dengan 80's, dan gambar diorang sekarang... well, ada dua orang je yang gua post kali nih...

lu orang agak-agak diorang ni dulu berlakon cerita apa ek?kalau tenung lelama, maybe lu orang boleh agak la. gua pun aritu member opis lama gua yang bagi teka-teki...actually yang atas tu lu orang dah boleh agak. beliau adalah Henry Winkler, pelakon yang feymes dengan watak nih...

yup, watak dalam sitkom komedi Happy Days. dia ni bawak watak Fonzie...memang cool abeh la watak dia dalam Happy Days nih... and second picture tu pulak, ialah pelakon watak nih dalam siri paling top zaman 80's dulu...


p/s : tetiba gua rasa nak cari balik komedi zaman2 tu...

Tuesday, 21 February 2012

Gua dan Kereta - New Proton

Salam... buat kali ke berapa entah, gua post pasal Proton punya new product. Kalau sebelum ni gua post gambar sipi-sipi jek, kali ni gambar yang boleh bagi lu orang imagine camna rupa sebenar Proton akan datang... ni gambar dia...


okies, pada gua bahagian belakang dia agak out, maybe bcoz ni bukan gambar penuh. btw, yang penting selain dari rupa dia, ialah spesifikasi yang diberi. ni antara aksesori yang gua dapat dari sini. sila baca...

  1. Auto fold/unfold side mirror
  2. Auto Off Rear Demister
  3. Follow Home Lamp
  4. Headlamp Warning Buzzer
  5. Trunk Remote Release
  6. Front & Rear Socket 12V
  7. Utility Hook
  8. Low Rear Hump
  9. Front & Rear Fog Lamp
  10. Anti-Trap Power Windor
  11. Smart Info Display (SID)
  12. Autolock & Advance Lock System
  13. Magnisium Inside Door Handle
  14. Keyless Entry
  15. YES WiFi Modem
  16. S-Mode (Sport)
  17. BCM - Body Control Module



Amcam?Ada banyak lagi actually yang lu orang boleh baca dari blog dalam link yang gua bagi tu. 1st impression gua dengan list aksesori Proton baru ni, gua agak kagum jugak la.No wonder this will be the best car Proton ever produce (so far).Kalau bukan pasal nak buat hutang 9 tahun, gua memang boleh masuk kereta ni dalam list gua. But since dah kahwin, better gua cari MPV, alang-alang nak buat loan panjang nih. Kalau kereta gua mampu beli cash...peh...

p/s : Good luck Proton!


Wednesday, 15 February 2012

Jerung makan jerung?


Gua dapat news ni dari Yahoo!. Apa citer? citer ni pasal shark eating shark. bukan ada makna apa-apa pun, cuma benda camni kita tak pernah tgk live, cuma tgk kat tv je kan? so kali ni, gambar plak...

yang bughok sket tu, adalah jerung Wobbegongs @ Jerung Karpet, tengah menelan mangsanya iaitu Bamboo Shark. Gambar ini diambil oleh Daniela Ceccarelli. Pada mulanya, beliau hanya perasan badan Bamboo Shark itu sahaja, tetapi bila dah dekat, baru la dia perasan ada lagi seekor yang tengah berusaha menelan.

Seperti kebanyakan ular, jerung Wobbegongs ni boleh mengubah kedudukan rahangnya supaya boleh menelan mangsa yang lebih besar dari mulutnya...cool rite?

p/s : gua memang kagum tgk ikan2 nih...

Tuesday, 14 February 2012

Gua dan 2 ekor kucing gila.


Salam. First of all, si Broadband ni dah balik rumah. Tak tau la macam mana dia boleh tetiba balik rumah, but wife gua memang happy sangat bila pagi si Broadband masuk bilik kitorang. And sekarang ni, wife gua duk beli toys untuk Blackie and Broadband... bawah ni antara karenah diorang dapat toys baru.


dan yang paling epic, picture si Blackie salah landing atas Broadband nih...hahahaha... gua dengan Cik Nila memang gelak sampai berair mata wooo...


p/s : memang sekarang ni bergaduh dengan budak dua ekor ni je laaaa...

Gua dan Valentine's Day...


Assalamualaikum. Posting kali ni gua amik dari blog inih. And yes, memang gua x suka orang-orang Melayu yang sibuk nak celebrate Valentine's Day. Dulu kalau gua cakap gua x layan 14 Feb, ada mulut longkang yang kata sebab gua jeles xde gf. So sekarang ni gua dah kawen, and wife gua pun x celebrate mende nih. Picture bawah ni courtesy dari blog yang gua link kan kat atas tadi. Owh ya, sekali dengan ayat-ayat bawah ni, semua dari dia...hehehe...



Hari-Hari adalah Hari Suami Isteri ♥

Hari Kekasih? Kekasih kita adalah Allah, Rasulullah, parents kita, guru-guru kita, ulama-ulama kita, ilmu pengetahuan kita, agama kita, suami isteri kita.

Apa? Girlfriends dan Boyfriends tu kekasih?
Ketinggalan zaman la kalau kekasih yang tu :p


Say "Yes" to "Dah Nikah : Hari-Hari Adalah Hari Suami Isteri."

Say "Haram" and "No" to Valentine's Day.


Nota : Share dengan semua yang berminat hendak share.

Thursday, 9 February 2012

Gua dan Kereta - Proton baru...


Gua minat kereta, itu rasa setiap posting gua dah bagitau kan?hehehe... walaupun kereta local made sekalipun, gua tetap nak tengok and feel sendiri. Maybe sebab gua appreciate automotive, kan?

Neway, Proton sedang menyiapkan ahli keluarga baru diorang, sebuah model sedan... ni rupa curi-curi dia...



model ini dikeluarkan selepas Proton melancarkan Proton Exora terbaru, iaitu Proton Exora Bold, dengan engine 1.6 Campro dengan Low Pressure Turbo, dan juga gearbox CVT. Kalau ikut cakap-cakap, Proton model baru ni pun akan menggunakan enjin yang sama...

Menurut blog Che Det, yang dah test drive kereta ni kat Proton Test Track, dia berpuas hati, and kat bawah ni adalah explanation pasal Proton baru nih dalam blog Che Det...

1. The other day I test drove their latest model on the test track at Shah Alam. I can verify and assure Proton customers and Malaysians generally that this new model can match any of the Japanese or European quality cars. It was such a pleasure to drive. A foreign friend who knows cars, tested the car and says it is up to the standard of the up-market cars from Europe.

2. This car uses hot press steel body which is stronger than cold press. It has a 1.6 liter turbocharged engine equal to a 2.0 liter engine power. The engine complies with Euro-five standards.

3. A whole list of feature has been incorporated. This includes Vehicle Seek Lamp, Wiper Auto Speed, Auto side door folding mirror, Push Button Start / Stop, Sensors for Automatic Wiper and Headlamp and GPS Antenna for Navigation System.

4. Additionally it has Impact Sensing Door Lock, Continuous Variable Transmission, Security Alarm System, Immobiliser and Central Locking.

5. The automatic version has Shift Lever with Tiptronic Mode and Paddle Shifter on Steering Wheel for seven gear changes. ABS to prevent skidding and BA (Brake Assist) to increase brake pedal force.

6. There are many others features which enhances the performance of the engine and driveability of the car.

7. There will be several models with less features than I describe. But they are all superior to the other Proton cars.

8. Naturally the price would be higher though probable cheaper than imports with similar features and quality.

9. I believe this is a great car and Proton can be proud of it. Malaysians can be proud of it too. The extra Ringgit you have to spend will be worth it.

10. The car will be available in three months time.

Well, dalam sepanjang-panjang penulisan beliau, yang paling aku nampak ialah nombor 10 tu...means kereta tu bakal keluar dalam pertengahan tahun nih...can't wait maaa...

p/s : baru curik2 gambar depan and belakang je...interior x dapat lagik...

Wednesday, 8 February 2012

Gua punya kucing kena culik...




Gambar kat atas ni adalah gambar kucing kitorang yang hilang semalam. Gua bagi nama Broadband. And dia ni memang kucing yang special. Gua bengang + sedih. Sedih sebab gua and Ms. Nila sayang sangat kat dua beradik nih.Gua sedih sebab since semalam, si Blackie jadi macam x betul sebab Broadband x balik, sampaikan si Blackie ikut perangai si Broadband, and tido dekat port yang Broadband selalu lepak...

Gua jugak sedih bila malam tadi and pagi tadi Ms. Nila menangis mintak gua cari si Broadband. Sampaikan dia xnk mkn. Sedih punya pasal...

And gua bengang pulak, kalau betul orang lain sebat @ curik kucing gua. Kucing gua pakai collar, bukan togel camtu jek. Memang dasar pencuri. Nak bela kucing jadi cantik and sihat x mampu, ko curik kucing gua yang kitorang dah bela elok2. Memang gua doa sapa yang curik tu, satu family takkan aman sampai sudah.

Dalam kepala gua asik pikir worse thing yang boleh jadi pada Broadband, tapi gua xnak pikirkan sangat...

p/s : gua and Ms.Nila dah anggap diorang ni budak2 dalam rumah kitorang. Bukan setakat pets, tapi dah jadi macam family.Imagine la kalau all of the sudden one of your family members lesap macam tu jek...

Gua dan Sejarah : Spot The Difference...

Can you spot the difference??




gambar-gambar di atas adalah gambar sekitar Kuala Lumpur...
Gambar Medan Pasar to be precised...
yang atas sekali tahun 1900...
yang second pulak tahun 1960...
dan yang last pulak gambar Medan Pasar sekarang...

Gua dan filem Melayu...

Semalam adalah Hari Thaipusam, and yes anak-anak, sekarang ni orang KL pun dah raya Thaipusam. So semalam gua and wife, Cik Nila balik dari Port Dickson, lepas beberapa belas tahun gua x jejak sana. Saja g bercuti dengan abang ipar gua and his family.

So sebab kepenatan dan kemalasan mau keluar berdating, and memandangkan wife gua pulak ada kerja urgent dia nak siapkan, gua pun layan la filem Melayu kat Astro...citer Adnan Sempit... YES, gua pun ada perasaan jugak nak layan citer Melayu...hehehe...

bila dengar dialog filem Melayu ni, mesti ada typical dia. Macam filem Hollywood yang mana orang putih je yang menang, masuk dance competition pun menang, main drift kat Japan pun dia menang, serang alien pun dia menang...hehehe...

apa yang typical gua nampak filem Melayu nih?

1. Anak orang kaya mesti study London. Xde ke yang study kat Mesir, New Zealand, German?

2. Kalau hal project, mesti sebut "Project juta-juta dengan Tan Sri..." . Xde ke nak sebut rebut tender company AtoZ ke, apa ke...

3. Parents anak orang kaya tu pun mesti kalau nak bercuti, kat Europe, atau pun France... cakap la nak gi lepak Dubai 2 minggu ke, Japan sebulan ke sebab tension dengan bisnes bapak...

4. Kalau nama anak orang kaya, mesti drive Mercedes or BMW, cuba2 la bawak Jaguar ke, nak lagi kaya, bawak Pagani Zonda...baru la nampak kaya and berlagak.hehehe..

5. Kalau watak tomboi, mesti akan ada over acting... contoh?

" lu pehal nak jeling-jeling gua beb?!"

sambil suara teran2...terberak jap lagik.

6. Kalau kata filem komedi, mesti ada sorang watak yang clumsy, selalu kena bahan, pakai baju colour macam nak mampus striking dia, then pakai spek bingkai tebal.

Kalau ikutkan, banyak lagi yang gua nak taip.Tapi sekarang ni xde mood la plak... Cuma gua nak tgk, seorang pelakon lawak, dijadikan pelakon serius pulak. Contoh? Lan Pet Pet, Apek (bukan player bola tu), Yasin Senario...kira pelawak-pelawak Malaysia ni diberi watak serius la...baru nampak versatile lakonan diorang....

p/s : kenapa filem orang kita, asal komedi je mesti ada sound2 effect yang fakap?