Monday, 30 January 2012

The Ship That Would Not Die.


Macam Titanic la plak tajuk dia. Cuma untuk kapal Titanic tu, diorang kata Titanic adalah kapal yang tidak akan karam, tapi apa yang jadi?hehhe...kali ni gua nak share pasal kapal perang US nih... Nama kapal pemusnah ni ialah USS Laffey, dibina pada tahun 1943. Ni picture masa memula USS Laffey ni memulakan tugas.


Kenapa USS Laffey ni digelar 'The Ship That Would Not Die"? Well, peristiwa terjadi pada March 1945 di Okinawa, semasa Perang Dunia Ke Dua. Pada masa itu, sebanyak 50 kapal terbang pejuang Jepun menyerang, dan ada juga yang merempuh kapal ini. Seramai 103 orang telah terkorban ketika kapal ini di bom sebanyak empat kali, dan dirempuh oleh 5 buah kapal terbang kamikaze Jepun.

USS Laffey ini juga merupakan satu-satunya kapal perang Amerika yang berjaya mengharungi detik sejarah dunia semasa peperangan di Atlantik, iaitu semasa D-Day. Kapal perang ini berjaya mengharungi serangan dari pihak Jerman dan Jepun, dan dengan kos pembaikan sebanyak USD 9 juta, USS Laffey kini menjadi monumen penting di Amerika...



p/s : info ni gua dapat dari Yahoo.com...

No comments: