Friday, 28 December 2012

Gua dan Movie : Here Comes The Boom

 
Semalam, gua dengan Cik Nila layan movie comedy pulak. Isnin lepas dah layan The Hobbits, so semalam, gua pilih movie Here Comes The Boom.
 
 
Selalunya sebelum beli tiket, Cik Nila akan cakap, "kalau cerita x best, saya merajuk"... Tapi semalam, rasa dia paling kuat gelak kot. Hehehehe.
 

Gua dan Lagu : Journey - Faithfully



Highway run
Into the midnight sun
Wheels go round and round
You're on my mind

Restless hearts
Sleep alone tonight
Sending all my love along the wire
They say that the road
Ain't no place to start a family
Right down the line it's been you and me
And loving a music man
Ain't always what it's supposed to be
Oh Girl
You stand by me
I'm forever yours
Faithfully

Thursday, 27 December 2012

Wednesday, 26 December 2012

Gua dan Movie : The Hobbit.


Ok. Last Monday malam, gua dengan Cik Nila layan cerita The Hobbit. Sebelum tu Cik Nila kata, ada orang cakap kalau tak tengok Lord Of The Rings, x akan paham sangat cerita The Hobbit ni. Well, gua rajin layan LOTR, cuma Cik Nila je tak tengok sangat. Tapi end of the movie, dia ok jek. Siap bagitau kalau The Hobbit 2 kluar, apa plot yang mungkin ada. hehehe...
 
 
 

Anniversary kami....


17 Disember 2012, genap setahun dah pernikahan gua dengan Cik Nila. Well, mulanya gua ingat nak hantar bunga dengan ceklat tu tarikh nikah gua, tapi sebab terlambat order, last2 19/12 baru sampai.




Yang bestnya, Cik Nila tak percaya gua hantar bunga and ceklat. Kena plak receptionist gi sambung call ke officemate dia paling kecoh, lagi la dia x percaya. Hahahaha...
 

GPS = Guna Pun Sesat...


Saja je gua nak up topic ni. Zaman sekarang ni mana ada orang nak belek2 peta yang beli kat Petronas lagi dah. Sekarang ni dah zaman canggih, handphone pun boleh jadi peta. Gua bukan anti device, cuma gua anti orang yang x berapa reti nak guna.
 
GPS. Kejadahnye GPS tu? Well, paling senang, GPS tu penunjuk perjalanan dari A ke B. Siap dengan suara lagik. Benda ni asalnya nak memudahkan. Macam masa gua di Jepun. Pakcik gua drive, ikut je GPS tu merepek mana, janji sampai. Itu gua nak tunjuk contoh la dia punya kegunaan. Masa gua ke Jepun, tahun 2006. Alat GPS kat Malaysia masa tu xde la top mana. Cuma benda ni kalau reti nak guna, memang banyak membantu.
 
Tapi yang buat gua nak up post ni, ialah pengguna alat ni. Actually bukan kat Malaysia jek, kat luar negara pun sama. Ada je golongan yang xreti tapi xnak belajar. Hehehehe... sebab itu jadi kes kereta ke laut, gaung, hatta longkang sekali pun.
 

Friday, 21 December 2012

What's next for Harimau Malaya?

 
Well, Singapore dah rampas kejuaraan Piala Suzuki AFF 2012. Sedih? Yeah, gua sedih. Mula dari first game masa kalah dengan Singapore dalam game pembukaan gua dah boleh agak akan kalah. Menang dengan Laos and Indonesia? Bila dah menang dengan Laos tu, memang gua yakin boleh menang dengan Indonesia, tapi dalam masa yang sama, bila gua tgk game Thailand, benda pertama yang terdetik dalam kepala gua ialah perkataan "PARAH".



Kenapa? Pada gua, Thailand main dengan tersusun. Gua tau gua bukan player bola, gua bukan terlibat secara langsung dalam permainan bola sepak. Heck, even futsal pun gua out. Hehehe.. tapi as penyokong, gua berhak suarakan apa yang gua x puas hati.
 
Apa yang gua x puas hati? Nak kata pasal padang? Dari zaman dulu lagi kita dah well known keadaan padang kat Malaysia ni. Sekali sepak, bersepah terbang segala tanah and rumput. Pasal management? Well, gua xtau langsung dan x amik tau. Yang gua tau, FAM kena up kan ranking bola sepak negara. Tak payah nak bangga kalau ranking naik 5 tangga, dari 16* ke 15*. Come on, supporters perabih duit menyokong team Harimau Malaya ni, lu orang di FAM boleh kata ranking x penting? As a supporters, kami nak tengok Harimau Malaya bukan setakat juara di Asia Tenggara, tapi back to yang digeruni di Asia. Ini kalau ranking duk compare dengan Asia Tenggara pun nazak, macam mana dengan Asia? Macam mana dengan dunia?

Tuesday, 18 December 2012

Gua dan Movie : Wreck It Ralph.


Review movie back to back? Well, movie ni gua dengan Cik Nila dah tengok lama, cuma xde masa nak update post. Kali ni movie Wreck It Ralph.
 
 
 
Movie ni pasal apa? Movie ni pasal satu watak jahat, Ralph, yang dah bosan jadi orang jahat. Oleh sebab itu, dia keluar dari game dia dan terus ke game lain untuk mendapatkan satu Medal. Ralph mendapat peluang mendapatkan medal tersebut didalam game Hero's Duty. Semasa Ralph cuba mendapatkan medal itu, secara tak sengaja dia membebaskan watak jahat dalam game tersebut.
 

Gua dan Movie : Pitch Perfect


Post kali ni gua nak review movie yang dah agak lapuk dah dalam kepala gua. Cik Nila dan gua ada minat yang sama. Salah satunya ialah music. Apa kena mengena music dengan posting review movie kali ni? Well, kitorang layan movie ni...




Pitch Perfect mengisahkan pasal seorang student bernama Beca, yang amat meminati music. Sebagai seorang junior di dalam sebuah kolej, Beca perlu menyertai salah satu kumpulan aktiviti. Dalam masa yang sama, kumpulan The Bellas sedang mencari sesiapa yang berbakat dalam nyanyian untuk join diorang. Kenapa? Untuk melayakkan diri masuk ke final pertandingan Acapella. Macam pernah tgk jalan cerita dia kan? Well, kalau lu orang dah pernah tengok cerita Drum Line, You Got Served, memang akan tau jalan cerita dia lebih kurang.
 

Thursday, 13 December 2012

Gua bersamamu, Palestin!


Semalam company gua ada buat program pasal Gaza. And yang dijemput adalah Aqsa Syarif, sebuah perbadanan NGO. Mostly yang ditunjukkan adalah bagaimana keadaan sebenar di sana, dan bagaimana sumbangan kita membantu negara Palestin.

thanks to the owner of this image. it's kind a cool...
 
 
Apa yang gua boleh kongsi dengan penerangan semalam? Well, at first, wakil Aqsa Syarif, Tuan Haji Norazmi Talib, Ketua Misi ke Palestin, menunjukkan slaid gambar keadaan sebenar di Palestin. Gua hanya mampu melihat saja sebab kemusnahan di sana terlalu dasyat, but yet, Palestinian still boleh tersenyum dan menerima kunjungan orang luar. Dari apa yang di ceritakan, Palestinian adalah bangsa yang pemurah, lebih2 lagi kepada tetamu yang hadir.
 
Kenapa Hamas dan Fatah menguasai dua daerah yang berbeza dan kenapa hanya Hamas dibuli? Well, ikutkan cerita Tn Haji semalam, untuk mendapatkan mandat rakyat Palestin, Israel telah mengadakan pilihanraya yang dikatakan pilihanraya paling bersih. Dan apa yang mengejutkan, Hamas yang ketika itu hanya sebuah badan NGO, telah menang 2/3 kerusi yang dipertandingkan. Benda ni menyebabkan Israel tidak berpuas hati termasuk pengikut setianya US dan British.
 

Monday, 3 December 2012

Gua dan Movie : Twilight Breaking Dawn Part 2...


Last two week, gua and Cik Nila layan movie kegemaran beliau. Sampai sanggup dia xnak beli air minum, takut gua kacau kusyuk dia layan cerita tu...



Gua bukan peminat Twilight, and gua x follow story dia. But sebab kat Astro ada Breaking Dawn Part 1, so xde la lost sangat. Cerita kali ni mengisahkan tentang Bella dah hidup balik dengan new life dan new power, termasuk kelahiran anak dia bernama Renesmee. Everything bertukar bila Renesmee dianggap ancaman kepada puak drakula Volturi. Dalam usaha nak menyelamatkan Renesmee, Bella dan Edward pun cari sesiapa yang sanggup jadi saksi bahawa anak mereka dilahirkan, bukan mendapat kuasa selepas digigit...
 

Wednesday, 21 November 2012

The real terrorist....

 
This is the real terrorist...
Lanun...
Pembunuh wanita dan kanak2...
But still, masih boleh megah menipu dunia...

 
Sama-sama kita berdoa...
Agar rakyat Palestin mendapat keamanan...
Kemenangan...
Dan Syahid mempertahankan Islam...
 
Dunia maju kebanyakannya percaya lakonan Israel...
Gua harap negara kita tak termasuk dalam golongan sekutu Zionist...
Bersama kita doakan kemenangan...
Amin~
 

Gua dan Movie : Brave

 
 
 
Last week gua and Cik Nila layan movie animasi Brave. Itupun beli Astro punya sebab dah lama tak tengok wayang. Lepak rumah je pun sambil lipat baju. Hehehehe...
 
Cerita Brave ni mengisahkan pasal seorang puteri, Merida yang dipaksa kahwin oleh mak dia, iaitu Queen Elinor sementara ayah dia, King Fergus dari kumpulan DunBroch sekadar mengikut sahaja. Kisah bertempat di Scotland, dan bermula semasa Merida masih kecil. Masa tu Merida tengah training memanah bersama kedua parents bila seekor beruang jadian bernama Mor'du datang menyerang. King Fergus kehilangan sebelah kaki sebab berlawan dengan Mor'du dan mula dari situ, beliau berdendam dengan Mor'du.
 

Gua dan Lagu : Led Zeppelin - D'yer Mak'er



Ohh oh oh oh ohh ohh
You don't have to go-oh oh oh ohh ohh,
You don't have to go-oh oh oh ahh ahh,
You don't have to go...

Ayy ay ay ay ay ayy
All those tears I cry ay ay ay ayy,
All those tears I cry oh oh ahh ayy,
Baby please don't go...

When I read the letter that you wrote me
It made me mad, mad, mad.
When I read the words that it told me
It made me sad, sad, sad.
But I still love you so,
I can't let you go,
I love you
Ooh baby I love you-eah.

Monday, 12 November 2012

Gua dan Lagu : Limp Bizkit - Nookie




I came into this world as a reject
Look into these eyes
Then you'll see the size of these flames
Dwellin on the past
Its burnin' up my brain
Everyone that burns has to learn from the pain
Hey I think about the day
My girlie ran away with my pay
When fellas come to play
No she stuck with my homeez that she fucked
And I'm just a sucker with a lump in my throat

Tuesday, 6 November 2012

Gua dan movie : Ted

Semalam, memandangkan hujan lebat dan jalan sesak, lepas gua pick up Cik Nila, terus kami ke KLCC. Buang masa sambil tengok wayang dan dinner. Movie yang dipilih adalah movie yang memang gua nak tengok, iaitu movie TED.
 
 
 
Movie ni mengisahkan pasal persahabatan di antara seorang kanak2 bernama John Bennett (Mark Wahlberg) yang berhajat supaya patung beruang yang di hadiahkan oleh parents dia sempena Krismas, hidup dan menjadi seekor seorang sahabat sejati. Selepas 27 tahun, perhubungan di antara Ted dan John semakin akrab dan dalam masa yang sama John bercinta dengan Lori Collins (Mila Kunis).
 

Monday, 5 November 2012

Gua dan blog...

Simple post je. Sekarang ni gua ada 3 blog. Yang ni adalah yang first. Mostly dalam blog ni gua banyak bebel about music, life, movie...
 
Ni my 2nd blog... www.ainics.blogspot.com . Yang ni 100% on automotive. Yeah. Walaupun kelulusan study aku xde usik bidang automotive.
 
And sekarang ada tambahan. Since gua dah jadi ejen ni, gua bukak la satu lagi blog khas untuk Takaful. Kot2 lu orang nak faham lebih lagi, sila2 la jenguk blog gua di http://getakaful4u.blogspot.com/ . Baru je start. Hehehe...
 
Sila la lawat ketiga2 blog gua dan komen la mana yang boleh. Chalioo...
 

Thursday, 25 October 2012

Gua dan Movie : Man In Black 3

Ok, gua tau movie ni dah lama, but gua dan Cik Nila x kesempatan nak tengok kat wayang. So kami beli DVD sahaja. Yeah, gua tau zaman sekarang ni orang beli DVD dah dikira ol'skool. So? Gua prefer simpan benda ni. Kalau dalam hard disk, kaput, abeh laaa.. hehehe...


Gua dan Movie : Untuk 3 Hari

Movie Untuk 3 Hari ni mengisahkan pasal planning sepasang couple yang dah bercinta dari zaman belajar lagi, untuk berkahwin dengan pilihan keluarga masing-masing hanya untuk 3 hari. Nikah, majlis, dan hari ke-3, tuntut cerai. This is one crazy story...
 

Bumi bergelap pada Disember 2012?


Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Apakah ini satu bencana atau anugerah? Entah benar atau ke tidak hanyalah jangkaan manusia sahaja.Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya.
 
Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.Semasa kejadian ini berlaku, bersedialah, ketenangan amatlah diperlukan, saling berhubung antara satu sama lain, berdoa, dan terus berdoa.
 

Wednesday, 24 October 2012

Gua dan movie : Iron Man 3...

Ok. Gua excited actually lepas tengok trailer Iron Man 3. Sebab apa? Dalam banyak-banyak movie, movie by Marvel memang ada kaitan antara satu sama lain. And untuk tahun depan, walaupun akan keluar movie Thor II, The Avengers 2, X-Men : First Class 2, so far Iron Man 3 je yang dah keluar trailer. Takpe, moh la kita bersama tunggu movie ni keluar next year, maybe end of April 2013. Jom layan gambar-gambar sikit...

 
Hoyeah! The movie poster...

Iron Patriot from 'Iron Man 3'
Iron Patriot. xtau sapa pakai...
 

Monday, 22 October 2012

Gua dan bola : Piala Malaysia 2012

Last week siapa tak tau pasal game ni??


Pada gua, game final malam tu antara game epic Malaysian style. Memang agak awesome lebih2 lagi masa ATM lead 2 - 1. Baru je sepak mula, dah seri 2 - 2 dah. Hehehehe. Tang tu memang best.
 
Gua nak ulas pasal bola ni lebih-lebih pun gua xtgk penuh. Sebab malam tu jugak ada game Spurs vs Chelsea and yes, gua happy sebab Chelsea beat Spurs 4 - 2. Then Cik Nila pulak nak tengok Masterchef 2. So masa iklan Masterchef tu, sempat2 la tukar channel untuk update result game-game yang berkenaan.
 

Friday, 19 October 2012

Asal - usul emoticons...

Gua merayau-rayau di alam siber bila jumpa benda ni...
 
 
Hahahahahahaa.....
 

Maybank Photography Awards...

Post pendek jek. Gua dapat tweet dari kawan opis lama gua. Dia try masuk Maybank Photography Awards yang tengah berlansung sekarang and satu gambar dia dah terpilih oleh juri. Cuma perlukan undi dari peminat fotografi jek. Ni website dia...


And ini adalah gambar member gua yang berjaya masuk. Memang gambar2 dalam ni awesome. And gua pun gatal2 tangan hantar gambar yang di 'snap' dengan menggunakan digital camera mudah alih, bukan DSLR pun. Ala, benda free, masuk jek. Nak segan apa. Hehehehe... Kalau terpilih, lagi kagum. Hahahaha... BTW, ni picture member gua...
 

Thursday, 11 October 2012

Gua dan blog...

Pejam celik, dah 4 tahun rupanya gua menulis blog. Well, dalam masa tu jugak, ramai kengkawan yang dulunya lagi rajin tulis, sekarang ni dah makin slow and ada yang terus hilang. Actually gua pun ada rasa macam nak closed blog ni, tapi xpe, biar je dulu.
 
Kenapa rasa nak tutup? Maybe sebab rasa taip ni syok sendiri jek. Setiap posting yang gua buat, lately takde siapa nak komen pun. Huhuhuhu...
 
And then, bila tgk dalam list bloggers lain, ramai yang dah x usik blog langsung. Siap ada yang dah tak update since 2009. Gua nak kena ubah cara menulis, dan maybe akan start padam blog2 yang x active dalam list gua.
 
Hmm, kadang2 rasa ada benda nak di share, tapi bila dah jadi macam ni, benda yang nak share pun asik lupa jek. Ntah, maybe gua je kot rasa macam tu. Tapi selagi gua boleh, gua akan memblogging lagik.

Monday, 8 October 2012

Gua dan pengalaman driving.


Berapa ramai pembaca blog gua yang ada lesen memandu? Gua rasa sekarang ni majoriti semua ada lesenkan? Gua pulak, cuma ada lesen D sahaja. Yakni lesen untuk memandu kereta sahaja. Sebab apa gua x amik lesen motorsikal sekali? Sebab keluarga gua dilarang untuk buat lesen motor. Tapi itu x bermakna gua xleh bawak motor. Pernah la jugak bawak motor abang sedara gua tiap kali dia balik Kelantan.
 
Gua amik lesen seawal umur 16 tahun. Actually masa tu belum besdey gua, tapi masa tu dah form 5 dah. Gua amik L, lepas lulus exam tu terus je amik untuk Profesional Percubaan selama 2 tahun. Well, masa dah lulus exam P, gua punya lesen kena tahan dengan driving school gua, sebab masa lulus and siap lesen tu, gua belum 17 tahun lagik. So tunggu la lagi 2 minggu. Dah genap birthday gua 17 tahun, lepas amik lesen, still x boleh nak drive ikut suka. Gua kena lulus exam polis trafik pulak iaitu ayahanda gua.
 

Tuesday, 2 October 2012

Gua dan kengkawan...

Kawan. Sapa xnak berkawan, kan? Hehehe... Gua x ramai kawan pun sebenarnya. Dulu boleh la bila masuk pekan Kajang tu, ada je muka2 yang gua kenal, and kenal gua walaupun nama xtau...
 
Gua bersyukur sebab hubungan gua dengan member2 sekolah lama gua masih kekal sampai ke tahun nih. Kebanyakan member sekolah gua, gua jumpa sebab tetiap minggu akan main badminton sama. And yes, gua rapat dengan diorang.
 
Actually, dalam reramai kawan2 gua, geng KHS ni jugak la yang paling setia. Selisih faham tu biasa la. Adat berkawan. Tapi selisih camna pun, kalau ada yang fly bercuti, still mintak beli rokok luar negara sekotak. Hahahaha...
 

Gua dan sejarah : Masa kecik

Gua selongkar PC opis gua bila jumpa balik gambar lama. Hehehehe. Ni gambar gua masa kanak-kanak riang ria....


Masa ni gua bergambar dengan abang gua yang sekarang kat Sudan. And masa ni kami berada kat rumah arwah nenda belah bonda gua. Actually banyak je lagi gambar2 yang gua nak load. Tapi nak scan tu macam malas plak. Hahahaha...
 
Ada satu gambar yang gua dengan abang-abang gua diri macam tangga. Gua paling depan, abang gua yang nombor 3 kat belakang gua, then abang ngah and last abang long gua. Hahaha.. ada masa nanti gua load.
 

Monday, 1 October 2012

Gua dan Movie : Hotel Transylvania

Okies. Last Saturday gua ngan Cik Nila ke wedding sepupu gua. Well, majlis pengantin perempuan kat Sungai Buloh dan rumah makcik gua di Kelana Jaya. Petang tu, balik dari majlis, gua dengan Cik Nila amik keputusan nak lepak kat Paradigm Mall, Kelana Jaya. Layan movie katun nih...


Katun ni pasal apa? Well, katun ni mengisahkan Dracula (Adam Sandler) bina sebuah hotel khas untuk resaksa dan hantu. Tujuan utama Drac buat hotel ni pun sebab nak make sure anak dia, Mavis (Selena Gomez) selamat dari ancaman manusia. Hotel Transylvania ni pun dah jadi tempat penginapan untuk kawan2 Drac.
 
Pada hari jadi ke 118 Mavis, Drac lagi sekali buat majlis hari jadi yang di sertai oleh Frankenstein (Kevin James) dan wife kepada Frankenstein (Fran Drescher), The Mummy (Ceelo Green), The Invisible Man (David Spade) dan ahli keluarga The Werewolf (Steve Buscemi).
 

Friday, 28 September 2012

Nama Nabi dan Rasul dalam English.

Gua dan Cik Nila dah join jadi part time ejen Great Eastern Takaful dalam 4 bulan. And now, Great Eastern Takaful ada satu produk khas untuk Muslimin dan Muslimat yang berniat nak pergi mengerjakan haji seawal yang boleh. For more details, boleh la contact gua or Cik Nila.
 
Supervisor gua seorang Chinese. Sama ada beragama Buddha or Kristian, gua x sure and x pernah tanya. And last Wednesday, kami ada discussion on the new special produk for Muslim. Supervisor gua tu selalu speaks in English jek. And dia ada selit sedikit tentang Islam, dengan nasihat orang2 Muslim yang ada la. Bukan just ikut idea dia sahaja. The point is, dia menyebut "Prophet Abraham" instead of "Nabi Ibrahim".
 
Lucky for me, gua dah pernah dengar nama2 25 Nabi dan Rasul disebut dalam English, and gua rasa ramai yang x pernah tau benda ni. Fyi, Islam is universal, bukan hanya untuk Arab, Melayu or Mamak sahaja. Get it right. So kali ni, gua akan list down nama2 Nabi dan Rasul dalam English. In fact, gua pun tau beberapa sahaja. Bukan semua. Kira benda ni ilmu utk dikongsi bersama laaa...
 

Wednesday, 26 September 2012

Gua dan lagu : Aerosmith - Don't Wanna Miss A Thing


 

Gua dan sukan...

Kebenda la tajuk yang gua bagi nih. Hehehehe... Neway, bukan nak cerita apa , cuma nak cerita pasal kenangan zaman bujang dulu. Macam mana gua boleh terjebak dengan sports ni?
 
Well, for your guys info, i'm not a sportsman actually. Gua lebih kepada pasif jek. Layan kereta 24/7. Hatta bila dapat lesen dulu, every Saturday gua akan layan corner jalan Bukit Ampang. Oya, masa tu petrol baru RM1.20 seliter. Isi RM10, layan lap record from Langat to Ampang and back dalam masa 10 minit.
 
Siapa kata politik x jejas student? hehehe... sebab harga minyak naik mendadak, so gua stop layan corner2 maut Bukit Ampang, and tahun 2007 merupakan permulaan gua main futsal. And yes, start dari tahun tu, setiap Sabtu malam, game akan start dari kul 9.00 p.m to 11.00 p.m. Lepas tu lepak pekena Indo Mee double telur mata geli2.. hahaha...
 
Zaman tu gua macam hantu sport. Bukan apa, masa tu gua baru start kerja dengan IWK. Gaji ciput, so nak enjoy gila2 tu xde la. Cuma bersukan je boleh buat gua release stress dan happy. Kena pulak geng2 gua jenis sekepala. And yes, ni semua geng zaman sekolah. Antara friendship gua yang paling lama tahan. Hehehe...

Tuesday, 25 September 2012

6 Bulan Selepas Pemergian Nenda...

 

Okies. Memandangkan Hari Malaysia pada 16/9 jatuh pada hari Ahad, gua telah pulang ke Kota Bharu. Tujuan gua balik ke Kelantan sebab Cik Nila dah seminggu kat sana, and masa dia pergi, dia konvoi, tapi masa nak head balik ke KL, dia kena drive sorang2 kalau gua x gi sana.
 
Oleh sebab itu, gua amik keputusan untuk balik Kelantan dengan menaiki bas ekspress. Gua amik Sani Ekspress, duk bahagian atas. Ok la bas dia. Comfort. Gua pun dah lama x naik bas. Last naik ialah bas ekspress Naela @ Naila. Sebelum bas tu eksiden yang ramai orang terkorban. Itu pun gua naik bas ekspress zaman abang nombor dua gua study kat UiTM Dungun tu... lama gila.
 
So gua balik Kelantan on Saturday, dan sampai ke KB dalam jam 6.00 petang. And petang tu Cik Nila amik gua di Bandar KB. Gua nama je balik Kelantan tiap tahun, tapi kalau orang tanya pasal KB, gua out. Duk lepak rumah nenek, then lepak pantai. Rutin tiap kali balik. hehehe...
 

Friday, 14 September 2012

From Sudan...

Abang gua yang nombor tiga sekarang dah masuk 4 bulan menetap di negara orang, di Khortoum, Sudan. Satu family move to Sudan, and now, rumah parents gua di Balakong pun sunyi je. Kalau dulu, ayahanda and bonda gua jaga budak2 3 orang ni, and sekarang mereka tinggal berdua jek.
 
Hari ni akak ipar gua dengan puteri kecik dia akan pulang ke Malaysia, walaupun sekejap, at least dapat la ayahanda dan bonda gua lepas rindu kat cucu diorang. Even gua pun rindu kat budak2 tu...
 
Hujung tahun ni kalau ada kelapangan, InsyaAllah abang gua and his family akan pulang ke Malaysia sekejap. Perhaps gua dapat buat something untuk gather semua adik beradik gua kat rumah parents gua...

 
Suddenly gua rindu kat budak ni...

Thursday, 13 September 2012

Friday, 7 September 2012

Duit tambahan...

Assalamualaikum. Sorry sebab gua dah lama x posting apa-apa kat blog sunyi nih... in fact, gambar raya pun xde sangat yang update. Gua dan Cik Nila mostly busy dengan kerja part time kitorang.
 
Gua dengan Cik Nila sekarang ni dah jadi part time ejen Takaful Insuran. So, memang setiap minggu kami akan ada meeting pada hari Rabu, and hari lain pula sibuk dengan kerja dan life kat rumah.
 
Why ejen Takaful? Suatu masa dahulu, gua pun sama macam orang lain. Mengelak je bila jumpa orang insuran, dan ada je alasan bila ada orang dari insuran call. But seriously, pada masa sekarang ni, dengan lifestyle yang serba busy, maybe ramai yang x sedar, bahawa kita perlukan cash dalam tangan in case anything happen on the dot.
 
Semua bermula dengan Cik Nila. Gua mula-mula cuma bagi sokongan jek. Tapi bila dah ikut ke meeting, gua rasa tanggungjawab pulak nak tolong ahli keluarga dan kawan-kawan gua. Memang bila gua ikut meeting ni setiap minggu, akan ada pengalaman lain.
 

Thursday, 23 August 2012

Gua dan movie : Batman ep2.

Okies. Semalam gua dah meraban pasal Batman yang versi lama. Kali ni, posting gua pasal movie Batman trilogy yang diarahkan oleh Chris Nolan. Batman kali ini dilakonkan oleh Christian Bale, Commissioner James Gordon oleh Gary Oldman manakala watak Alfred pula oleh the awesome Micheal Caine. Yok kita mulakan dengan Batman Begins.

 

Wednesday, 22 August 2012

Gua dan movie : Batman ep1.

Assalamualaikum. Post kali ni maybe posting yang dah sepatutnya gua buat lama, tapi sebab xde idea, ni baru gua buat. Gua bukanlah peminat tegar Batman, walaupun gua minat Batman (1989) yang dilakonkan oleh Micheal Keaton (Batman) dan Jack Nicholson (Joker), dan juga Batman Returns (1992) yang musuhnya ialah Penguin (Danny De Vito) dan juga terselit Catwoman (Michelle Pfeiffer).



Friday, 17 August 2012

Tahun ini pada gua...

Salam. So esok dah last day puasa. Gua tau ramai yang super duper excited, kan? Maklum laaa, nak balik kampung masing-masing. Just be carefull, have a safe journey. Kepada yang balik ke Pantai Timur, sila memandu dengan penuh tanggungjawab kepada diri sendiri dan juga orang kenderaan lain yang turut nak balik beraya dengan orang tersayang, bukan lu sorang je ada family.

Kenapa gua sebut orang Pantai Timur? Well, gua dah dekat 30 tahun ulang-alik Kelantan, sebab ayahanda gua orang Kelantan, and lately, gua sakit hati dengan cara pengguna jalanraya ke Pantai Timur ni memandu. Gua x cakap orang Kelantan teruk, gua cakap PENGGUNA JALANRAYA KE SANA SAHAJA.

Thursday, 16 August 2012

Blog bermuzik?

Gua suka baca blog. Gua suka baca pendapat orang lain. Gua suka tengok apa yang orang post kat blog diorang. Gua suka tengok ke mana owner-owner blog tu bercuti. Yang gua tak suka ialah bila bukak blog, terpasang laaaa lagu yang ntah apa-apa.

Lu orang nak letak lagu, memang hak lu orang. Tapi, impact dia? Gua tengah minat nak baca, sekali lagu x best keluar, maka dengan itu gua pun pangkah la blog lu orang tu.

Pasal tu gua tak letak lagu or online radio apa kejadah la yang ada. Buat berat browser, buat pekak telinga, buat menyumpah jek. So... xpe la. Bukan blog gua pun.

Chaliooo!

Thursday, 9 August 2012

Blackie dibius...

Ini cerita lama. Gua dengan Cik Nila bawak kucing kitorang, si Blackie ke Klinik Veterinar. Punca dia sebab si Blackie ni kencing x lawas. And sometimes kencing berdarah. Bukan itu saja, kucing gua pun ada bonjol di badan dia.

So gua dan Cik Nila perabih duit jugak la kat kucing sekor ni. Sayang punya pasal. After beberapa minggu kena kurung dalam cage, kami bawak balik ke klinik. Kali ni Blackie nak kena xray, so nak kena bius.

Mula-mula masuk bilik xray, si Blackie dah bising2 dah. Maybe sebab environment bilik tu kot. Doktor pun kata bilik tu berhantu. Hehehehe... Then gua bawak la Blackie keluar dari cage, and doktor pun inject la bius... Si Blackie punya degil, dia sempat nak gigit doktor tu, tapi nasib baik la doktor x terlepas picagari tu.. Kalau x melekat la benda tu kat badan dia...hehehe..

Wednesday, 8 August 2012

Movie Scene paling siol...gua gelak gila!



Scene awek terberak masa bersin...movie Hall Pass...cam harem!

Kurang pahala puasa gua...

Minggu lepas ke atau dua minggu lepas, kecoh pasal sorang budak ni buat video pasal dia dapat MC. Mula-mula gua x kisah, tapi lepas Cik Nila suruh tengok, terus gua rasa nak RAGE!

Selama ni gua x kisah pasal budak gedik, tapi yang ni betul gua xleh blah. Even borak dengan cousin gua yang kat Japan pun dia up topik budak pompuan nih. Hahahaha... Famous betul minah ni sampai serata dunia tgk video dia.


Neway, gua xnak tulis panjang, lu orang cari la sendiri kat Youtube. Try cari '5 days MC'... Keji weh!

Taik Terjadi...

Gua duk browsing satu website ni, and gua jumpa gambar Mickey Mouse nih. Well, shit happens everywhere to everyone, am i right or am i right? hehehe...


R.I.P Mickey...



Monday, 6 August 2012

Gua anti orang caci maki Ulama.

Gua bukan nak menulis politik. Sebab gerenti ramai yang akan cakap, 'ilmu x setinggi mana, nak tulis pasal politik..'. Gua bukan x berani nak menulis pasal politik, tapi kalau gua menulis, nanti rating blog gua naik mencanak...hehehe...

Main point gua kali ni, gua anti orang-orang yang duk keji ulama, guru agama. Tak kira la siapa. Yes, memang gua bias lebih kepada PR. Gua tau dalam UMNO ada Ustaz Fathul Bari, ulama muda UMNO. Gua cuma kesian kat dia, sebab setiap perkataan yang keluar dari mulut beliau kena ditapis. Ok, xnak cerita pasal UFB. Ubah topik.

Gua nak cerita pasal Tuan Guru Nik Aziz dan Ustaz Azhar Idrus. Dua orang guru agama yang top sekarang ni, dan sering kena kecam, kena hina, kena keji oleh rakyat2 berhaluan dacing.

Thursday, 26 July 2012

Gua dan Ramadhan...

Tahun ni gua sambut Ramadhan dengan sedikit kesedihan. Bukan saja Ramadhan, even Syawal dan juga hari2 yang berikutnya. Sebab apa? Sebab Ramadhan dan Syawal tahun ni gua and family sambut tanpa nenek gua di Kelantan. Pemergian arwah nenek gua awal tahun aritu betul-betul terasa. Sebab almost every year, gua and family akan pulang ke Kelantan untuk bersama-sama nenek. Kalau gua raya kat Cheras, bulan puasa mesti ada balik Kelantan.

Maybe ada orang akan cakap, 'yang pergi biarlah pergi, berdoa untuk ketenangan mereka disana,'. Gua masih waras, gua boleh terima pemergian nenek gua. Cuma perlukan sedikit masa. Last week, sebelum puasa, lepas gua solat Isya', masa berdoa tu gua teringat kat arwah nenek gua. Even masa menulis ni pun gua masih terbayang arwah nenek gua bila gua and family tanya nak berbuka puasa makan apa. Gua dan adik beradik gua pun rajin bergurau dengan nenek gua. Sekarang ni yang terngiang hanya suara nenek ketawa setiap kali gua bergurau dengan dia.



Nenek, Fadli rindukan nenek. Semua orang rindukan nenek. InsyaAllah lepas raya ni Fadli dengan Alin balik ziarah rumah baru nenek....

Gua dan blog baru???

Salam. Lama dah gua x update. Cuma kali ni, just to inform. Since gua ni motorhead/petrolhead/kaki kereta yang pasif, gua dah add satu lagi blog. Kali ni gua punya blog spesifik pasal kereta sahaja. Saja2 nak share info and also to improve my English. Sebab blog kali ni gua buat in English.

Feel free to have a look my new blog @ http://www.ainics.blogspot.com

Kalau ikut gua, mau je gua bukak blog politik. Tapi gua bukan politician. So simpan je la cita-cita tu. Hehehehe...

Friday, 20 July 2012

Salam Ramadhan 1433 Hijrah...

Assalamualaikum. Syukur Alhamdulillah kita dapat bertemu dengan bulan Ramadhan tahun ni. Gua di sini bersama-sama dengan isteri kessayangan gua, Cik Nila memohon maaf sempena bulan yang mulia ni. Kalau ada salah dan silap, gua mintak maaf. Kalau ada terkasar bahasa, gua mintak maaf. Kalau gua terhutang, gua mintak maaf dan mintak halal. So, salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua saudara se agama dengan gua...




Friday, 13 July 2012

Tips Nak Naik Gunung Kinabalu.

Okies, since member gua dah tanya pasal pakej untuk panjat gunung Kinabalu yang gua baru layan bulan Mei aritu, ni antara list benda-benda yang perlu sangat-sangat masa nak panjat gunung tu.

Stamina. Kalau otai, dia akan kata cukup sekadar brisk walking, pada gua, kalau dapat naik turun tangga, or weekend biasakan diri naik bukit2 yang ada. Kalau boleh setiap minggu, upgrade performance lu orang.

Duit. Memang kena guna duit la kan? Sebab yang gua dapat, pakej RM7++ sekepala. Pakej termasuk pengangkutan dari airport ke Kundasang/Kinabalu Park, tido semalam and dinner di Kinabalu Park, registration, tido and makan di Laban Rata dan pengangkutan dari Kinabalu Park ke hotel/airport (kalau lu orang nak balik terus dari gunung). On the way ke Kundasang pun driver stop kat tempat2 yang unik, tapi kos beli key chain ke, masuk Rumah Terbalik ke, semua sindri pikir. Untuk flight, memang sekarang ni senang dah. Gua dan Cik Nila dapat tiket MAS return ticket dengan harga RM600.

Kasut. Gua beli Camel je, yang untuk intermidiate trekking. Cari yang selesa sebab trekking ni yang penting kaki selesa dan selamat. Cik Nila beli kasut Columbia. Macam kasut ni, lu orang boleh pakai masa raya nanti jugak So ikut suka la. Janji selesa dan supportive.

Gua dan Kepintaran...

Lokasi : Perkarangan Pejabat.
Pelakon : 3 orang jek, Ebby, Din and Harun.

Din        : By, cuba ko tgk Harun. Kenapa kita kena sapu sampah, dia duduk relax je kat sana?
Ebby      : aku tak tau la. Nanti aku tanya dia.

Ebby      : Encik Harun, kenapa saya dengan Din kena sapu sampah, tapi En.Harun duduk rehat je kat sini?
Harun     : Owh, ko betul nak tahu? Sebabnya aku ada kepintaran...
Ebby       : Kepintaran? Kepintaran macam mana tu?
Harun      : Betul nak tahu?

(Ebby angguk. Harun letak tangan ke batang pokok.)

Harun    : Sekarang aku nak ko pukul tangan aku kat pokok ni guna penyapu tu.
Ebby     : betul ke ni? x sakit ke nanti?
Harun    : pukul je la.

(Harun alih tangan masa Ebby hayun penyapu kat tangan Harun)

Friday, 6 July 2012

Gua dan vacation : Sabah bah EP6 @ 24/5/12

Okies boyas and gals, this is the last chapter of my honeymoon with Cik Nila. Pagi tu flight kami jam 11.30 pagi, tiket MAS sebab beli masa discount. Dapat la 2 orang return tiket dengan harga RM600. Pagi tu kami siap2, dan breakfast kat hotel dengan penuh kelayuan.

Lupa plak, pagi tu gua melutut kat toilet bowl. Muntah x hingat, xde la banyak, tapi sampai kosong perut pun ada gak. Lagipun gua duk terasa nak muntah dari malam, so pagi tu terus je paksa keluar. Terjelepuk la jugak gua kejap. Hehehehe...dah berapa lama x muntah.

Time breakfast, gua x makan sangat. Hilang selera sebab penat x hilang lagi. Lepas tu mula la rasa pening2 sikit. Tapi gagahkan jugak makan bubur kosong dengan teh o panas. Lepas breakfast, kami terus ke airport. Sebelum tu dah deal dengan sorang pakcik teksi masa balik dari dinner malam semalam.


Gua dan vacation : Sabah bah...EP5 @ 23/5/2012

Okeh, sambungan kepada cerdek gua, pada awal pagi, maksud gua memang awal, jam 1.30 pagi kitorang dah kena bangun dari tido, itupun kalau boleh tido sebab Laban Rata memang sejuk wooo...Kalau dah sampai tahap bercakap keluar asap, x cukup sejuk ke?Kalau tak cukup sejuk, try duduk kat area yang suhu dia bawah 15 darjah celcius, gerenti best.

Gua malam sebelum tido pun terseksa diri nak salin pakaian, and here some tips, kalau lu orang nak salin pakaian, better salin pakaian yang lu orang dah plan nak pakai utk panjat ke summit, maksud gua pakai baju yang nak naik ke puncak untuk tido di Laban Rata, dan atas nasihat guide kami, kami x mandi pun malam tu, sebab peluh2 yang dah kering tu kira sebagai penebat jugak. Kalau dia cong gua, gua pun cong lu orang. hehehe...

Okies. pagi tu dalam jam 2.30 pagi kami dah berkumpul nak naik ke summit. Dalam 2.45 pagi kami dah bergerak. For the first 700 meters, memang kena mendaki tangga yang super jahat. Tangga pacak 45 - 50 degree. Lepas 700 meters, sampai ke check point dan start dari situ, trekking start dengan tali pulak. Oya, nak naik ke summit ni kena kejar masa, sebab kalau by pukul berapa gua x ingat, maybe dalam pukul 5.30 pagi x sampai ke check point tu, lu orang akan diminta turun. Kalau lu orang sampai dalam jam 5.45 pun, kena turun gak. But jangan risau, ramai yang sampai check point tu untuk dapatkan sijil, sebab considered dah sampai puncak.

Monday, 2 July 2012

Gua dan vacation : Sabah bah... EP4@ 22/5/2012

A'ite, sambungan cerdek (CERita penDEK) gua dan Cik Nila honeymoon di Sabah. Tahun ni juga merupakan sambutan birthday gua yang paling gempak, iaitu celebrate sambil mendaki 8 kilometer ke pit stop Laban Rata! hehehe...

Thanks to my dear Cik Nila sebab gua memang akan ingat benda ni sampai bila2. Pagi tu kami breakfast dulu, dan jam 9.30 pagi baru la start bertrekking. Tapi sebelum tu warm up dulu, letupkan apa2 yang patut. hehehe...lepas semuanya siap dan standby, kami pun mulakan perjalanan. Oya, walaupun ini kali pertama 'cari pasal' mendaki Gunung Kinabalu, kami naik ikut Mersilau. Track untuk naik ke Gunung Kinabalu ni ada dua, satu Timpohon, dan satu lagi Mersilau. Track Timpohon distance dia dalam 6 kilometer untuk ke Laban Rata, tapi track dia banyak landai dan mostly naik tangga, view pun kurang sebab macam trekking hutan biasa jek.

Bagi sesiapa yang appreciate scenery, gua sarankan naik ikut Mersilau. Extra 2 kilometers, total 8 kilometer nak sampai ke Laban Rata. and trek dia mostly turun naik bukit, and also full of scenery. Ada satu part ni, lu orang berjalan sambil kira dan kanan adalah lereng bukit. The view memang speechless...

Gua dan wordless Monday : Haram...



Gua snap pic ni kat Sabah. Kira sopan la kan guna perkataan 'khinzir' instead of 'bakbee'?

Friday, 29 June 2012

Gua dan injuries...

Gua tau bukan gua sorang je yang ada injuries. Semua orang rasanya ada kecederaan lama. Even Cik Nila pun ada injuries dia yakni orang pernah jatuh atas lutut dia, and yes, effect dia makin terasa bila dah makin berumur.

Macam gua pulak, gua punya kecederaan paling ketara adalah urat. Sebab masa gua darjah 6, gua pernah jatuh terlentang dari beranda rumah arwah nenek gua di Kelantan. Masa tu rumah lama. Gua pulak jenis degil. hehehe...

Macam mana gua boleh terjatuh? Biasa la, budak kecik mana la makan saman. Mak gua dah pernah sound jangan duduk kat atas dinding beranda, nanti jatuh. Oleh sebab degil, memang gua jatuh. And jatuh terus pengsan. Parents gua cerita, masa diorang lari dapatkan gua, muka, bibir gua dah pucat. Dekat 2 jam jugak la pengsan.

Tuesday, 26 June 2012

Gua dan vacation : Sabah bah... EP3 @ 21/5/2012

Dan gua pun sambung bercerita... ok, hari ke tiga gua dan Cik Nila di Sabah, xde ke mana pun. Cuma kami ke Kundasang. Yeszaaaa...Kundasang memang awesome. dan di sini la punca kenapa kami ke Sabah. Mencari pasal dengan Gunung Kinabalu.

Tapi hari ke-3 kami di Sabah, belum lagi start cari pasal. Cuma travel dari Kota Kinabalu ke Kundasang yang amik masa dalam 2 jam lebih jugak. Bukan 100% duduk dalam van dan travel, ada la jugak stop2 kat lokasi2 yang agak best. Sebelum travel tu, kami dengan driver dari agency, brother Mahadhir, singgah ke KKIA 2, amik 3 orang lagi orang yang akan join ke Gunung Kinabalu. Antara stop point kami ialah Rumah Terbalik, Jambatan Tamparuli, Desa Cattle/Cow Farm, then ada lagi satu tempat yang gua x ingat nama dia, yang pasti masa nak masuk kawasan tu ada patung Mickey Mouse seram sebelum bermalam di Kinabalu Park.

First stop, Rumah Terbalik. Bukan terbalik main2, ini terbalik betul. Segalanya terbalik dari dalam rumah sampai basikal kat kawasan rumah tu pun terbalik jugak.Terbalik maksud gua, set tv, meja makan, bilik tidur semuanya di siling, dan kipas siling di atas lantai. best, cuma yang x best ialah bahagian dalam rumah x dibenarkan ambil gambar. Lupa lak, even Perodua Kancil kat porch pun terbalik!

Thursday, 21 June 2012

Gua dan vacation : Sabah bah... Ep2 @ 20/5/2012

Okies. Sambungan dari post yang sebelum ni, kali ini gua nak story pasal hari ke-2 gua dengan Cik Nila di Sabah. Second day di Sabah, kami melompat-lompat pulau. First Mamutik, then Manukan, last baru Sapi. Tapi, dalam banyak2 pulau tu, gua prefer Sapi. Memang lawa, and kat Sapi ni lu orang boleh try 'berjalan' dalam laut. Bukan snorkling, tapi berjalan dengan suit khas.

Neway, pagi tu kami ke Pasar Minggu Gaia. Memang hectic la, but fun. Gua pulak pantang tengok orang jual benda antik, tapi nak beli tu tak la. Kurang duit and risau kot2 bawak balik makhluk skali.hehehe...Then dalam pukul 10.30, kami ke Waterfront, jumpa si Ken. Dia pun tunjuk la bot yang kami sewa. Ada seorang tukang bawak dengan assistant dia, and kami berdua. Memang layan naik bot ni. Laju nak mam...

First, Pulau Mamutik. Gua dengan Cik Nila cuma lepak je kat pantai, sebab ramai orang. Rasanya time tu ada family day. Then dengan cuaca panas yang amat. Langsung xde mood nak snorkling. Then, lepas sejam lepak, kami ke Pulau Manukan pulak. Manukan ni lawa, tapi kami just main2 kat gigi air jek. Still malas nak membasahkan swimwear. hahahaha... Then lastly, Pulau Sapi. Masa kat Sapi, cuaca memang sempoi. Walaupun orang ramai, but still boleh snorkling. Tak tunggu lama, terus je pakai snorkling gear, dan gi kacau ikan2 yang tengah mencari makan. Kaki gua pun jadi mangsa gigitan ikan pulak tu. hehehe..

Tuesday, 19 June 2012

Gua dan vacation : Sabah bah EP1 @ 19/5/2012..


Assalamualaikum. Dah lama rasanya gua x blog. Bukan hapa, for the last 3 weeks ni memang interaksi berkomputer ni terbatas. Al maklum, 3 minggu x masuk opis, seminggu cuti, 2 minggu lagi outstation. So ni je la time gua nak update blog bersawang ni.

Gua nak cerita pasal Sabah. Gua dan my dear wife Cik Nila dah prepare sejak lepas kahwin aritu nak ke Sabah. Cik Nila nak panjat Gunung Kinabalu, and gua pun was2 gak gua boleh sampai puncak, memandangkan masa kecik dulu gua pernah ada kemalangan. Tapi kalau cerita sekarang pun, orang still kata 'yang penting stamina kena kuat'... korok lu orang la...

Ok, balik kepada Sabah. Gua dan Cik Nila amik flight ke Sabah pada 19/5/2012, gua amik first flight, kul 7.30 pagi. Tiket pun affordable jugak la, tiket MAS, RM600 untuk 2 orang, return flight pulak tu. Selama gua hidup 29 tahun, ini la kali pertama nak jejak Sabah. So dah sampai ni, tinggal Labuan je la rasanya. Kalau x dah complete Malaysia dah gua round.

Friday, 11 May 2012

Gua dan Pasar Malam Taman Maluri...

Sekarang gua dah menetap di Taman Maluri, Kampung Pandan bersama isteri gua, Cik Nila. And yes, sebelum kahwin lagi, gua dah rajin ke pasar malam Taman Maluri ni, setiap hari rabu malam. Usually, gua beli nasi kerabu dengan ikan bakar je untuk dinner, cuma kali ni, gua nak kenalkan (konon) Murtabak Langkawi.
Murtabak ni beza sikit dari murtabak biasa, sebab isi murtabak akan dimasak dahulu, lepas tu baru buat kulit dia. Harga utk dua2 jenis, iaitu ayam dan daging just RM2.50. Murah la kan? Rasa dia memang layan, pada gua, murtabak ni antara yang sedap kat pasar malam tu.hehehe...sekarang Cik Nila pun layan murtabak ni jugak.

Gua dan lagu : Styx - Mr Roboto


Gua dan lagu : Tesla - Love Song


So you think that it's over,
That your love has fin'lly reached the end.
Any time you call, night or day,
I'll be right there for you if you need a friend.

It's gonna take a little time.
Time is sure to mend your broken heart.
Don't you even worry, pretty darlin'.
I know you'll find love again. Yeah.

Love is all around you. Yeah
Love is knockin' outside *YOUR* door.
Waitin' for you is this love made just for two
Keep an open heart and you'll find love again, I know.

Love is all around you.
Love is knockin' outside **YOUR** door.
Waitin' for you is this love made just for two
Keep an open heart and you'll find love again, I know.

Love will find a way.
Darlin', love is gonna find a way,
Find its way back to you.
Love will find a way.
So look around, open your eyes.
Love is gonna find a way.
Love is gonna, love is gonna find a way.
Love will find a way.
Love's gonna find a way back to you, yeah,
I know. I know. I know. I know.

Wednesday, 9 May 2012

Yusoff Jr 5 bersaudara...


gambar ayahanda gua dengan adik beradik dia...

masa perjumpaan tahlil 40 hari pemergian nenda gua...

jarang nak dapat gambar 5 beradik ni bersama-sama...

Tuesday, 8 May 2012

Gua dan jiran...jiran ke?

Salam. Kali ni posting pasal x puas hati dengan orang taman gua. Well, lepas kahwin, gua tinggal di Taman Maluri dengan Cik Nila. And yes, gua mengaku gua orang baru kat kawasan tu. Awal2 dulu memang xde masalah, jiran kiri kanan gua ok, india and melayu.

Cuma lately ni, ada pulak orang taman haprak yang x boleh ditegur. Kalau lu orang diri depan rumah lu orang, then ada orang bawak kereta laju, apa yang lu orang buat? Gua tenung jek kereta tu, dan si haprak ni tetiba datang nak serang gua. Itu kes dulu, gua dah report polis...

Gua bukan jenis dendam dengan orang. Gua bukan jenis simpan lama2. Tapi pagi ni memang petunjuk gua xleh rapat, xleh nampak si haprak ni depan rumah. Pagi tadi, gua nak ke bank,gua selisih dengan dia, gua senyum, sebab pikirkan dia Melayu, gua pun Melayu... gua Islam, dia pun Islam (anggapan). Dah jadi tanggungjawab kita bertegur, senyum kepada orang lain kan? Gua senyum, si haprak ni boleh buat muka kerek. Siap tenung gua lagik...

Ini kali ke dua lepas kejadian dia serang gua. Gua diam dan pendam sebab gua orang baru, Cik Nila dah lama tinggal di Taman Maluri tu, so gua hormat Cik Nila, and gua diamkan jek. Tapi lepas kali ni, gi mampus dengan si haprak tu. Memang gua ada sebut, kalau dia langgar anak2 orang lain depan rumah gua, gua buat bodoh jek. Gua pun ada cakap kat Cik Nila, jangan sampai gua doa dia langgar anak sendiri depan rumah.

Gua boleh hormat orang, gua boleh lupakan benda2 lama. Tapi dengan si haprak ni, memang gua rasa xleh baik. Kalau dia ingat gua takut kat dia, silap la. Dia ingat dia ada contact dalam polis, gua pun ada. Kalau dia serang gua lagi, depan rumah, memang gua bawak masuk court, report polis semua. Kalau dia rasa diri dia bagus, ada orang lagi bagus dari dia...bukan gua nak kata gua bagus, tapi dia belum temu buku dengan ruas.

Dulu gua tegur dia sebab dia drive laju depan rumah gua, dan masa tu gua rasa dia ancam keselamatan rumah gua, sebab in case dia terbabas, rumah gua jadi mangsa. Gua tegur elok2, dia serang gua, dia sound Cik Nila. Memang masa tu kalau Cik Nila x tahan, mungkin gua dah bertumbuk dengan dia.

But then, kalau boleh sabar, gua sabar. Lepas ni kalau dia ada buat muka bangsat depan gua, gua bagi salam jek.Kalau x jawab, lantak dia la. Last word, gi mampos sama dia.

p/s : Perodua Viva biru, IC 820822--598-, Kamarul E**i J**il, No. 33, Jalan Wira *, Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur - ini kereta yang si bangsat ni drive. Kalau ada readers yang kenal dia, nasihatkan dia. Sesama Islam x elok bergaduhkan? Melainkan dia bukan Islam...

Friday, 4 May 2012

Genap 40 hari pemergian nenda...

Salam. Semalam, genap 40 hari pemergian nenda tersayang gua. Rasa sekejap sangat. Sampai sekarang, gua masih teringat gelak tawa nenda bila setiap kali cucu-cucu nakal dia pulang ke kampung. Gua jugak teringat-ingat setiap kali pasar malam hari Khamis di kampung gua, nenda gua akan 'order' burger tanpa sos cili. Gua juga teringat bila kali terakhir gua bergurau rebut makanan dengan nenda gua.

Gua masih ingat gurau nenda gua masa gua dengan Cik Nila balik ke Kelantan awal tahun ni. Nenda sambil terbaring bergurau... 

"Nenek baru nok tarik telingo demo kalu dop kelik Kelate..."

Masa tu nenda gua dah x larat, mata dah x jelas, dan memori nenda gua masa tu dah x berapa sihat. Gua kucup pipi dan dahi nenda, mintak dia tidur dulu...

Dan kali terakhir gua salam dan kucup tangan dan pipi nenda gua, adalah beberapa bulan sebelum pemergiannya. Gua sebak bila teringat balik masa tu. Nenda gua tanya kenapa nak balik awal, lepas tu as usual, dia akan bertanya, bila nak balik Kelantan balik.

"InsyaAllah bilo ado maso nanti Fadli kelik lagi ye nek?"

Beberapa hari sebelum pemergian nenda, gua asyik rasa rindu kat kampung gua. Gua pun ada tanya Cik Nila bila nak road trip lagi. Gua x sangka perasaan tu semua sebab nenda gua dah nak 'pergi'...

bilik arwah nenda gua... kosong sekarang nih... 


rumah nenda gua... 


tempat gua dan adik beradik berguling tiap kali balik Kelantan...


bergambar dengan Cik Nila selepas gua menangis semasa menguruskan jenazah... 



p/s : rindu kat nenek.

Wednesday, 2 May 2012

Gua dan gambar...

well, actually pic ni wife gua, Cik Nila yang snap...
orang tu opis kat level 36, senang la dia nak snap camnih...


pasal ni la gua nak belikan dia DSLR.
antara snap lain dia amik...

 aksi rock gua kat Cameron...tapi ada supik merah plak...

gambar menyelit...

gua dan member opis lama gua duk melayan Needle of Tambun...


pada gua, Cik Nila ni memang banyak kreatif dia...
tapi xleh beat gua punya kreatif guna sudip...
hahahaha...

Only in Kelantan...

Cuba lu orang perati van nih...


tayar dia memang gempak beb... 


yup.van ni guna tayar Kubota.hahahaha...


maybe sebab nak senang nak gerak dalam bendang nanti...