Tuesday, 6 December 2011

Melayu tolong Melayu beb~


Dipendekkan cerita, gua dah fed up nak tolong orang yang sama warna dengan gua a.k.a Melayu ni meniaga. Bukan gua nak cakap yang semuanya kantoi. Tapi kebanyakan yang gua kena, mesti perangai yang sama.

Mula dari zaman gua join Kelab Kereta Lama. Niat nak tolong promote, sekali dengan abang gua kena. Nak pasang disc brake, tukar door panel, pun amik masa 3 hari. Kejadah! Lepas tu bila gua dengan abang gua datang, tengok rim depan and belakang lain-lain. Alasan sebab PCD disc brake tu tak ngam dengan rim kereta abang gua. Tu belum lagi tgk kondisi rim tu.Dengan sopak-sopak, lepas tu rim 3 ketul jek. Bila abang gua cakap nak pasang balik yang disc lama, dihambur plak dengan carutan. Memang lepas tu gua tak gi langsung dah...

Sekarang ni pun ada gak benda yang sama jadi... senang cerita, buat ikut suka @ syok sendiri. Bukan ikut apa yang client nak. Memang gua dah fed up dah dengan spesis-spesis macam ni. Kadang-kadang sampai terfikir, pasal ni jugak la orang bangsa gua susah nak meniaga. Sebab customer fed up, bukan sebab tak nak sokong...

No comments: