Friday, 2 December 2011

Harimau Malaya U23...


Gua tau lu orang dah naik muak dengan cerita Harimau Malaya U23 ni kan?hehehe... gua nak update last week tapi apakan daya, xde kemudahan and masa yang gua boleh luangkan.busy dengan preparation, and also pening2 lalat sikit.okies, kebenda yang gua nak ceramah kali ni?Player Harimau Malaya U23 yang gua rasa boleh pergi jauh.

Rata-rata dah tau yang penyokong Harimau Malaya U23 dah kecewa lepas kalah 3 game berturut-turut sempena Kelayakan Olimpik London 2012.Kalau ikutkan, kita dah terkeluar, melainkan ada nasib yang menyebelahi skuad Harimau Malaya U23.Latest game ialah Malaysia dikalahkan oleh Bahrain 3-2 dengan Harimau Malaya lead 2-0...

Berbalik kepada player yang gua rasa okey, ni antara muka-muka dia...memang selama Harimau Malaya punya game, gua tengok diorang memang perform la.



First, budak kecik ni memang menarik perhatian gua. Bukan menarik perhatian macam tengok perempuan, tapi cara dia control game. Pada gua, budak Nazmi ni kalau diberi peluang join skuad senior untuk gain more experience, masuk game2 international, InsyaAllah boleh pergi jauh. Sepanjang game Kelayakan Olimpik, gua tengok dia banyak buka game, and yes, score dia masa lawan Bahrain tu memang superb. One of the best pada gua...and also, sekecik-kecik dia ni, sprint dia memang boleh tahan laju. Congratz to Nazmi sebab dapat pujian dari seluruh negara walaupun baru nak ambik SPM...



Lepas tu, Mahali Jasuli (ntah betul ke idak nama dia camnih)...salah sorang player defend yang dah banyak pengalaman gua rasa. Kalau ganding dengan Muslim Ahmad, memang bahagian pertahanan secured jugak la. Tapi gua rasa untuk next Olimpik, dia dah x boleh main kot.Syarat untuk Olimpik kena berumur under 23 kan?



Yang ni plak, Gary Steven Robart. Bukan yang baju biru tu, yang tu Didier Drogba. Walaupun sama kaler, tapi Gary ni kena gain more experience and expertise.Tapi dia ni memang pandai jugak la cari peluang. Gua ingat masa lawan Lubnan, dia yang buat thru pass kepada Wan Zack Haikal. Tapi lepas dia kena red card and injured, langsung xnampak dah kelibat si Gary ni dalam Skuad Harimau Malaya U23. Gua harap next round Kelayakan Olimpik ni dia dapat main...



Syahrul Azwari ni pulak, memang antara yang laju dalam Team Harimau Malaya U23. Masa tengok dia punya score masa game lawan mana ntah, gua x ingat, tapi strike dia memang bagus. Cuma selalunya orang salah baca game dia.Tapi itu sekadar pendapat gua jek. Kalau nak serang dari attacking midfielder kanan, he's the right person...

Actually ramai lagi player muda Malaysia yang boleh main, tapi gua x ingat pulak nama-nama dia.Cuma selalunya diorang ni leka atas padang lepas lead satu2 game.Gua rasa Team Harimau Malaya U23 ni better dikekalkan supaya boleh jadi satu skuad senior pulak.

p/s : itu sekadar pendapat gua jek.gua bukanlah pakar bola sepak pun, cuma ada jugak la idea pasal bola sepak nih...

No comments: