Wednesday, 14 December 2011

Gua dan Kereta - CVT Transmission


Lately ni lu orang mesti dah sinonim dengan word CVT Transmission kan? well, kejadahnye CVT tu? gua sebagai manusia yang xde kelulusan dalam bidang automotif kat sini rasa macam tau CVT tu hapa, tapi kalau ditanya macam mana CVT tu berfungsi, gua xtau nak explain...

Kejadahnye CVT tu? well, CVT adalah tulisan short cut bagi perkataan long cut Continuous Variable Transmission. Ianya merupakan salah satu jenis sistem transmisi @ spesis gear yang wujud dalam bidang automotif nih. Kebiasaannya, CVT ni digunakan oleh jentera2 berat sahaja, cuma lately ni kenderaan biasa pun dah mula guna, contohnya kereta kesukaan ramai, Proton Saga FLX...

Kenapa CVT?Fyi, CVT zaman sekarang ni adalah teknologi yang boleh menjimatkan petrol sesebuah kenderaan, sebab dengan CVT, kuasa @ Torque dapat dicapai dan prestasi sesebuah kenderaan dapat dimaksimumkan penggunaannya. di Malaysia, gua rasa CVT start glemer dengan kemasukan Honda City CVT 7 Speed @ kereta Honda design pelik. Bermula dari kereta tu, sekarang kebanyakan pengeluar kenderaan mula R&D on CVT secara menyeluruh. Dan yang gua tau, Nissan punya CVT paling dasat di mana Nissan Grand Livina dapat anugerah kenderaan paling jimat petrol. (kalau gua x silap dulu)


Gambar diatas ni adalah imej CVT Nissan Grand Livina. Lu orang nampak yang belt yang hubungkan 2 benda bulat tu?Itulah item utama dalam CVT. Kalau ikut penjelasan dalam Wikipedia, CVT ni mampu menjimatkan petrol lebih dari transmisi lain, sebab CVT membenarkan enjin menggunakan kuasa yang paling efisyen mengikut Putaran Perminit @ Revolution Per Minute @ RPM sesebuah kenderaan. Senang cerita, kuasa untuk menggerakkan sesebuah kenderaan tersebut dapat digunakan secara maksimum tanpa mengorbankan penggunaan petrol.

Fun fact, manusia yang mula2 memikirkan konsep CVT ini ialah Leonardo Da Vinci pada tahun 1490, manakala manusia yang memula membuat design ialah Daimler & Benz pada tahun 1886.

Zaman sekarang, transmisi CVT dah mula mendapat tempat sebab rata2 pengeluar kenderaan mahukan sebuah kenderaan yang rendah penggunaan petrol. Even Proton selepas ini pun menggunakan transmisi CVT bersama enjin Turbo.

Senang cerita, penggunaan CVT ni lebih kurang macam lu orang naik motor skuter, pulas minyak je, and x terasa bila penukaran gear tu...

p/s : maaflah kalau lu orang x paham dengan cara gua sampaikan maklumat. gua sampaikan thru minat, belajar sikit2 jek...

No comments: