Thursday, 10 November 2011

Salam Aidiladha!


So, raya kali ni gua and the rest of the family balik ke Kelantan, kampung ayahanda gua. Gua and adik gua gerak hari sabtu, while yang lain hari Jumaat, sebab adik gua xde cuti. Perjalanan balik? gerak kul 5 pagi, kul 5 petang baru sampai rumah nenek gua. Amekkaw 12 jam travel sahaja.hehehe..


dah sampai sana, malam tu gua ada appointment dengan tukang urut, mintak urut badan sket. and guess what? gua dinasihatkan x main badminton dah.huhuhu...sebab dulu masa gua darjah 6, gua pernah jatuh dari beranda rumah lama nenek gua. jatuh terlentang dari ketinggian kira2 10 kaki gak la.pengsan 2 jam, and sampai sekarang bahu gua still boleh dislocate.huhuhu...and tukang urut tu pun siap cakap urat badan sebelah kiri gua teruk, nak kena urut lagi.dari bahu sampai la ke kaki, and urat yang punca krem kaki gua pun keras sangat, even masa dia pijak kaki gua pun payah nak lembutkan balik urat tu..ye la, dah berapa tahun punya incident.


esoknya masa solat sunat Aidiladha, gua and abang2 gua solat kat Masjid Telipot, masjid yang Sultan Kelantan datang without bodyguard, siap drive sendiri.and masa solat ni pun gua dapat experience baru. Imam masjid sebelum solat mintak jemaah takbir sekuat yang boleh.hasilnya? 12 kali gua meremang bulu roma setiap kali takbir. kalau di KL, lemah jek.even takbir sebelum solat pun kuat kalau kat Kelantan nih...



lepas solat, gua and abang2 gua follow pakcik gua ke rumah besan dia.ada buat korban and aqeqah.lembu yang untuk family gua tu memang menyeramkan. still muda tapi garang...nak tumbangkan pun payah.hehehe... kat bawah ni pic masa diorang dapat tumbangkan lembu tu.




lepas settle semua, lepas lunch kitorang balik ke rumah nenek gua. nenek gua pun x berapa sihat. lumpuh sebelah badan dah lama, last year x silap gua dia terjatuh, terus x boleh nak bangun...so kalau nak bergerak kena ada orang angkat. sempat la gua buat...oya, masa kat Kelantan pun gua sempat test drive Toyota Estima Aeras abang sedara gua. cool...senang nak drive...bak kata anak2 buah gua, Totoya Mimima..hehehe...

Esoknya,hari Isnin, gua and family gua berpecah. diorang balik ke KL, while gua pulak ke Alor Star, ada kerja kat sana.memang spoil mood betul kalau nak outstation lepas cuti raya ni.huhuhu...

papehal, gua happy raya Aidiladha kali ni. and InsyaAllah, ni kali terakhir gua raya single.hehehe...



No comments: