Tuesday, 22 November 2011

Ibu segala pingat Emas Sukan SEA milik Malaysia!


Salam... maybe gua lambat posting, but watdehei laa, gua post gak. posting kali ni pasal kemenangan dalam game bola sepak Final Sukan SEA 2011 semalam antara Malaysia dengan tuan jimah, eh, tuan rumah Indonesia...


gua sambil ditemani Cik Nila, lepas office hour terus shoot ke RIM, sebuah restoran mamak port peminat bola sepak selalu lepak kalau ada game... kat sana, gua dah set utk layan game malam tadi dengan member2 Kajang Highschool gua.

masa sampai tu, memang banyak meja dah penuh, so gua ngan Cik Nila amik meja dalam, betul depan TV sambil tunggu member2 lain datang...

gua malas nak komen pasal the whole game, cuma yang gua boleh kata, gol penyamaan Asra tu memang menghina keeper, pada gua la, and gua memang suka cara tu...hahahaha... score sambil meniarap.and pada gua, ref pun agak bias bila senang bagi advantage kepada tuan rumah, and sekadar amaran je masa player Malaysia stop game sebab offside, but player Indonesia tackle dari belakang. udah la dari belakang, and masa tu bola xde pun kat player Malaysia. and memang sepatutnya di layang kad merah, tapi ref cuma bagi amaran lisan jek.

lagi satu, ref banyak bagi freekick dekat dengan kotak penalti kepada Indonesia, cuma bila kita buat sesuatu dengan cara yang betul, nescaya tuah tu datang kat kita, ye tak?

pasal game malam tadi, memang pada gua and Cik Nila game yang buat orang sakit jantung. berapa banyak goal offside yang dua2 team dapat. and masa penalti tu memang gua x senang duduk. penyokong lain kat kedai mamak tu jangan cerita la... siap berdiri and buat macam kat stadium. masa Kapten Malaysia amik penalti tu, gua start sorak 'gol' banyak2 kali, diikuti oleh Cik Nila, and bila dah ada sorang sahut, abis satu kedai sahut. bila bola confirm masuk, gua celebrate sampai hilang2 suara sekejap.

paling best bila tgk mamak kedai tu pun sibuk amik video penyokong Harimau Malaya celebrate gol penalti tu.memang satu game yang epic....selepas cemuhan, kejian dan juga ugutan yang diterima oleh Harimau Malaya, kita still boleh tunjuk yang kita better than Indonesia yang turun dengan beratus ribu Garuda mininya...


Sukan SEA 2011 ni memang la Indonesia menang secara keseluruhan, but Malaysia menang ibu segala piala emas dalam Sukan SEA, iaitu bola sepak!!!!

p/s : x melampau rasanya kalau gua kata Harimau Malaya semalam ibarat 300 askar Sparta yang berdepan dengan ratus ribu askar Parsi, cuma kali ni, 11 pejuang Harimau Malaya berdepan dengan 100,000 lebih askar Garuda...

No comments: