Thursday, 10 November 2011

Blackie & Broadband ke Asrama!

Last Friday gua hantar anak 2 ekor ni ke Petsmore, kedai binatang yang dekat dengan area rumah gua memandangkan gua and family nak balik Kelantan untuk Raya Haji. Memandangkan budak 2 ekor ni adalah spoil brats, so for sure x reti cari makan sendiri.


ini first time gua hantar diorang ni ke asrama. and memang pelik la gelagat diorang nih. malam tu gua mintak Cik Nila ikut skali untuk pegang sekor dari 2 ekor budak nih.sepanjang gua drive ke Petsmore tu, gua lepaskan je diorang merayau dalam kereta Momo Cik Nila.


memula pasal si Blackie. betul macam perangai budak2 sebab dia boleh duduk kat seat belakang area tengah2 and tengok ke depan macam budak2. and then ada masa dia duduk kat tempat kaki belakang, dengan muka sedih.paling best masa gua dah sampai depan Petsmore, gua keluar dari kereta je, terus si Blackie duduk kat seat driver, tgk mana gua pegi...


si Broadband plak, masuk kereta terus explore satu kereta.sampai ke paddle minyak dia selongkar. lepas tu dia start la buat perangai manja, gigit tangan... masa nak sampai ke Petsmore tu, dia berdiri kat sebelah tingkap sambil pandang luar,tengah belajar cari jalan balik rasanya.


lepas gua setel document untuk masukkan diorang, gua pun g amik Broadband. sekali dia punya xnak keluar dari kereta sampai dia tarik pintu kereta tu. nampak je x kuat, tapi kudrat kucing ni memang dasat.calar2 tangan gua. si Blackie pun sama...abih Cik Nila calar2.


lepas masukkan dalam sangkar kedai tu, gua sayu je tengok Blackie ngan Broadband, sebab Blackie buat muka kesian macam Puss In Boots dalam Shrek, yang si Broadband tu plak x keruan nak balik...tapi xpe, daripada diorang kebulur, gua hantar jugak.



mana dia pergi???



you steer, while i hit the gas!!



p/s : yang bagusnya, time hantar je budak 2 ekor ni memberontak...time balik rumah, mak gua cakap ok jek diorang. masuk cage sendiri apa bagai...hehehe...


2 comments:

Marvic said...

nama dorg comel siot... hahaha

phat_lee said...

hehehe...nama Broadband tu sebab masa kecik, perut dia buncit and pattern jalur2...hahaha...