Friday, 25 November 2011

Zaman Bujang Gua Nak Hampir Ke Penghujung!




Yeah! Gua bakal jadi suami kepada Cik Nila @ blogger..
Bila?
Next month @ December...
Wahlaweih...sungguh x sangka!
Wish us luck, k?

Thursday, 24 November 2011

Harimau Malaya vs Helang Merah...

Semalam ada game untuk kelayakan Olimpik London 2012, and gua memang nak tgk game antara Malaysia vs Syiria, atau Harimau Malaya vs The Red Eagle (kalau x silap gua)...




dan resultnya pasukan Harimau Muda kalah 2-0. tapi semalam memang gua nampak semua xboleh focus masa 2nd half. a bit frustrated jugak la bila kalah semalam.tapi it's okay, kita ada game lagi ahad ni... Malaysia vs Bahrain. hopefully menang la...biar harapan tu menyala balik...

p/s : Harimau Muda masih muda.masih banyak pengalaman diperlukan.hope next year ada banyak friendly match...

Wednesday, 23 November 2011

Quote from Ong Kim Swee...


they don't respect you, they don't respect our flag, they don't respect our King and they don't respect your parents. If you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them what being Malaysian is all about...


Ong Kim Swee
Coach of Harimau Muda.


p/s : this is why our Harimau Muda fight till the end...

Tuesday, 22 November 2011

Gua dan Ol'Skool Gadget...


Lu orang pernah dengar product View-Master x? parents gua dulu pernah beli benda nih. and fyi, View-Master ni adalah device untuk view imej dalam bentuk 3D, atau pada masa tu, digelar 'stereo image'...ni gambar device tu...


and yang ni pulak adalah bentuk disket (gua xtau nak gelar apa) yang memaparkan gambar2 tu....


dan di bawah ni cara guna dia...

walaupun sekarang ni View-Master dianggap sebagai alat permainan kanak-kanak, tapi View-Master ini asalnya digunakan untuk pelancong menikmati gambar2 pusat perlancongan dalam imej 3D...first concept View-Master ni adalah pada tahun 1939, dan View-Master masih digunakan sehingga kini...cool device pada tahun 80-an dulu...hehehe...

kalau x silap gua, View-Master yang ada di rumah gua dulu ayahanda gua beli masa dia ada course Polis sedunia kat Amerika. and movie yang jadi pilihan ialah Pete's Dragon. Mesti ramai yang x tau pasal cerita nih, kan?hehehe...



p/s : mana la gua campak benda alah ni...

Pengunjung phat-lee.blogspot.com di serata dunia?


gua sesaja je check berapa ramai pengunjung blog gua yang x seberapa nih. erk? rasa macam x percaya je bila tengok total pengunjung. tapi maybe sebab gua x bagi anonymous comment kot, pasal tu komen kat page gua x naik2...macam makin menurun jek.hehehe...


waktu sekarang...


dalam sehari...


dalam seminggu...


dalam sebulan...


dari zaman awal mem'blog'...


poyo je gua bila kata ramai peminat.hahaha...papehal pun, gua hargai lu orang yang tinggalkan komen. mana la tau kot2 ada info gua yang x betul, maybe boleh diperbetulkan. papehalpun, gua dah tukar setting, so anonymous pun boleh komen....

p/s : gua bukan nak glemer, cukup la bila kengkawan gua baca and komen posting gua...arigato gozaimasu!!!!

Ibu segala pingat Emas Sukan SEA milik Malaysia!


Salam... maybe gua lambat posting, but watdehei laa, gua post gak. posting kali ni pasal kemenangan dalam game bola sepak Final Sukan SEA 2011 semalam antara Malaysia dengan tuan jimah, eh, tuan rumah Indonesia...


gua sambil ditemani Cik Nila, lepas office hour terus shoot ke RIM, sebuah restoran mamak port peminat bola sepak selalu lepak kalau ada game... kat sana, gua dah set utk layan game malam tadi dengan member2 Kajang Highschool gua.

masa sampai tu, memang banyak meja dah penuh, so gua ngan Cik Nila amik meja dalam, betul depan TV sambil tunggu member2 lain datang...

gua malas nak komen pasal the whole game, cuma yang gua boleh kata, gol penyamaan Asra tu memang menghina keeper, pada gua la, and gua memang suka cara tu...hahahaha... score sambil meniarap.and pada gua, ref pun agak bias bila senang bagi advantage kepada tuan rumah, and sekadar amaran je masa player Malaysia stop game sebab offside, but player Indonesia tackle dari belakang. udah la dari belakang, and masa tu bola xde pun kat player Malaysia. and memang sepatutnya di layang kad merah, tapi ref cuma bagi amaran lisan jek.

lagi satu, ref banyak bagi freekick dekat dengan kotak penalti kepada Indonesia, cuma bila kita buat sesuatu dengan cara yang betul, nescaya tuah tu datang kat kita, ye tak?

pasal game malam tadi, memang pada gua and Cik Nila game yang buat orang sakit jantung. berapa banyak goal offside yang dua2 team dapat. and masa penalti tu memang gua x senang duduk. penyokong lain kat kedai mamak tu jangan cerita la... siap berdiri and buat macam kat stadium. masa Kapten Malaysia amik penalti tu, gua start sorak 'gol' banyak2 kali, diikuti oleh Cik Nila, and bila dah ada sorang sahut, abis satu kedai sahut. bila bola confirm masuk, gua celebrate sampai hilang2 suara sekejap.

paling best bila tgk mamak kedai tu pun sibuk amik video penyokong Harimau Malaya celebrate gol penalti tu.memang satu game yang epic....selepas cemuhan, kejian dan juga ugutan yang diterima oleh Harimau Malaya, kita still boleh tunjuk yang kita better than Indonesia yang turun dengan beratus ribu Garuda mininya...


Sukan SEA 2011 ni memang la Indonesia menang secara keseluruhan, but Malaysia menang ibu segala piala emas dalam Sukan SEA, iaitu bola sepak!!!!

p/s : x melampau rasanya kalau gua kata Harimau Malaya semalam ibarat 300 askar Sparta yang berdepan dengan ratus ribu askar Parsi, cuma kali ni, 11 pejuang Harimau Malaya berdepan dengan 100,000 lebih askar Garuda...

Monday, 21 November 2011

Rumah @ Putrajaya untuk dijual.

Sekadar membantu abang gua.sesapa nak beli, boleh la contact beliau...

Apartment Putra Harmoni, Presint 9, Putrajaya
D2-T10-U6 (Blok D2,Tingkat 10, Unit No. 6)
Harga : RM140,000.00 (negotiable)

Available by : Jan 2012
Kemudahan : berdekatan dengan stesen ERL Putrajaya, Klinik dan Stesen Petrol.

Kalau berminat, sila contact :-
Harman Zulkifli @ 0122193795

Rasuah & Bankrupt....

Salam. ini luahan gua pada semua warga Malaysia.negara gua sekarang ni feymes dengan 2 perkataan, 'Rasuah' and 'Bankrap"...okeh, rasuah tu kebendee?kalau ikut wikipedia...

Rasuah - satu jenayah atau kesalahan undang-undang di mana seseorang mendapat kebebasan, kontrak,atau keistimewaan dari pihak berkuasa atau syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian...




Bankrup - proses di mana seorang penghutang diisytiharkan sebagai bankrap kerana kegagalan dan tidak mampu membayar hutang...




okies, kenapa 2 perkataan ni jadi perkataan kegemaran?perkataan rasuah menjadi glemer sebab sekarang ni banyak sangat rasuah. even di sekeliling lu orang pun sekarang ni ada je rasuah.gua pun makin fed up dengan benda2 korupsi ni sampaikan rasa nak resign, and bukak small little cafe, or bakery with my Cik Nila.memang kegiatan x de moral tu tak jadi directly kepada gua, cuma benda tu mengakibatkan gua rasa x senang, itu jek.

kenapa gua x senang?ye la, bila si ayah amik duit rasuah, then guna duit tu beli makanan untuk anak bini, xke secara automatik si ayah bagi makanan haram? and bila makanan haram tu dah jadi darah daging anak2, ingat anak2 tu jadi macam mana?pada gua, masalah sosial sekarang ni pun punca dari sumber2 pendapatan yang haram. dapat duit perbelanjaan cara salah...

kalau bankrup, gua still xde masalah. sebab gua percaya orang yang bankrup, walaupun hidup x tentu, tapi kalau duit yang diperolehi secara halal, hidup dia akan berubah sedikit demi sedikit. and kalau dia x berduit sekalipun, jika dia dapat duit cara betul, and beri anak2 dia makan guna duit halal, in the future life dia akan berubah, kalau x dia, life anak2 dia yang akan bertambah baik...

papehal, bankruptcy is better than corruptcy...

p/s : Allah berikan apa yang kita perlu sahaja dalam hidup ni... and yes, gambar rasuah di atas ni memang ada kena mengena dengan negara kita...

Wednesday, 16 November 2011

Martabatkan Bahasa Malaysia...

Gua dapat benda ni dari http://www.gempak.org/ , memang gua x paham pebendeeeee yang ditaipkan tu... sila baca dan fahami yek...(kalau boleh)...


wtf : OIt! HeY NuCk TeNaL NuN AwaCK BoLerh?


me : Huh? Ohhh...


wtf : SoH, AwaCK DuCk mAnerW, UmOXx AwaCK BapeRw?


me : KL, 17...


wtf : ArE SaL Nun AwacK NhEe SorMBownG SanArd?


me : huh! =='


wtf : KawO InGarT kAwo BaGusH saNard kHeer, bERlaRgaRk, SoRmborNg, bAjeT NUck mArmPoz gOdiEeyAa PhUiI !!

*after a minute later =='


wtf : aWaCK TowIee ArhH, SaIyeR MeMAen JHee TarK BeTorl TowIeE YeRh :)


me : k.


wtf : AwAck YerhH PoWnG JuNGun ArHh SoRMboWng NuN TiTteW.. :(


me : (ApErW BuBbeE AyaRt kOH NiH ArhKoe TaK pUrHamM LarH BuncKSart!)


wtf : ape yang awak anta saya tak paham !


me : Tau pun abistu KAU INGAT AKU PAHAM KEH bende yang KAU ANTA SETAN !



gua pun kengkadang terbaca blog yang tulis guna perkataan camnih.adeh la tuan...gila seksa... punya la fokus, rupanya tulis pasal sehari kat sekolah dia jek.phuii!




p/s : mana laaa nak kekal Bahasa Ibunda kita kalau bebudak bercakap/menulis gaya camnih...tu belum lagi bahasa Malaysia (mix Malay + English)

Saturday, 12 November 2011

Movie : Immortals


hola..it's been a while dah gua x review pasal movie,kan? selalunya gua layan, tapi bila nak review, rasa malas.hehehe...malam ni baru rajin sebab gua lepak kat rumah, and kat bawah, mak n adik gua duk layan AIM...


okeh, last week gua layan filem yang gua memang tunggu dari awal tahun, cerita Immortals...ni poster dia...




well, movie ni pasal mitos Greek, pasal peperangan antara Dewa dengan manusia. and hero dalam filem ni ialan Theseus (ntah betul ke x eja ni)... dia ni adalah anak luar nikah, so dia and mak dia dipandang hina oleh orang kampung dia.pada zaman ini, wujud seorang raja bernama King Hyperion yang mencabar Dewa2 yang tinggal di Gunung Olympus. cara nak memaksa Dewa turun ke bumi adalah dengan melepaskan sekumpulan Titans dari Tartarus yang telah dikurung di dalam sebuah gunung,and untuk melepaskan Titans, King Hyperion kena menggunakan panah Epirus yang dicipta oleh Dewa Ares, iaitu Dewa Perang, yang tertanam dikampung halaman Theseus.


kalau diikutkan, nak review filem ni secara menyeluruh memang gua malas nak tulis la..tapi, kalau lu orang minat filem mitos yang menggunakan CGI yang superb, why not lu orang just watch this movie. nak kata best sangat sampai nganga mulut tu xde la rasanya, but gua enjoy dengan movie ni.


and, fyi, penerbit filem ni adalah penerbit sama filem 300 yang mengenai 300 orang askar Sparta menentang askar Parsi...


p/s : 300 and Immortals, gua pilih 300..hehehe...but still, Immortals layan.

Thursday, 10 November 2011

Salam Aidiladha!


So, raya kali ni gua and the rest of the family balik ke Kelantan, kampung ayahanda gua. Gua and adik gua gerak hari sabtu, while yang lain hari Jumaat, sebab adik gua xde cuti. Perjalanan balik? gerak kul 5 pagi, kul 5 petang baru sampai rumah nenek gua. Amekkaw 12 jam travel sahaja.hehehe..


dah sampai sana, malam tu gua ada appointment dengan tukang urut, mintak urut badan sket. and guess what? gua dinasihatkan x main badminton dah.huhuhu...sebab dulu masa gua darjah 6, gua pernah jatuh dari beranda rumah lama nenek gua. jatuh terlentang dari ketinggian kira2 10 kaki gak la.pengsan 2 jam, and sampai sekarang bahu gua still boleh dislocate.huhuhu...and tukang urut tu pun siap cakap urat badan sebelah kiri gua teruk, nak kena urut lagi.dari bahu sampai la ke kaki, and urat yang punca krem kaki gua pun keras sangat, even masa dia pijak kaki gua pun payah nak lembutkan balik urat tu..ye la, dah berapa tahun punya incident.


esoknya masa solat sunat Aidiladha, gua and abang2 gua solat kat Masjid Telipot, masjid yang Sultan Kelantan datang without bodyguard, siap drive sendiri.and masa solat ni pun gua dapat experience baru. Imam masjid sebelum solat mintak jemaah takbir sekuat yang boleh.hasilnya? 12 kali gua meremang bulu roma setiap kali takbir. kalau di KL, lemah jek.even takbir sebelum solat pun kuat kalau kat Kelantan nih...



lepas solat, gua and abang2 gua follow pakcik gua ke rumah besan dia.ada buat korban and aqeqah.lembu yang untuk family gua tu memang menyeramkan. still muda tapi garang...nak tumbangkan pun payah.hehehe... kat bawah ni pic masa diorang dapat tumbangkan lembu tu.




lepas settle semua, lepas lunch kitorang balik ke rumah nenek gua. nenek gua pun x berapa sihat. lumpuh sebelah badan dah lama, last year x silap gua dia terjatuh, terus x boleh nak bangun...so kalau nak bergerak kena ada orang angkat. sempat la gua buat...oya, masa kat Kelantan pun gua sempat test drive Toyota Estima Aeras abang sedara gua. cool...senang nak drive...bak kata anak2 buah gua, Totoya Mimima..hehehe...

Esoknya,hari Isnin, gua and family gua berpecah. diorang balik ke KL, while gua pulak ke Alor Star, ada kerja kat sana.memang spoil mood betul kalau nak outstation lepas cuti raya ni.huhuhu...

papehal, gua happy raya Aidiladha kali ni. and InsyaAllah, ni kali terakhir gua raya single.hehehe...



Blackie & Broadband ke Asrama!

Last Friday gua hantar anak 2 ekor ni ke Petsmore, kedai binatang yang dekat dengan area rumah gua memandangkan gua and family nak balik Kelantan untuk Raya Haji. Memandangkan budak 2 ekor ni adalah spoil brats, so for sure x reti cari makan sendiri.


ini first time gua hantar diorang ni ke asrama. and memang pelik la gelagat diorang nih. malam tu gua mintak Cik Nila ikut skali untuk pegang sekor dari 2 ekor budak nih.sepanjang gua drive ke Petsmore tu, gua lepaskan je diorang merayau dalam kereta Momo Cik Nila.


memula pasal si Blackie. betul macam perangai budak2 sebab dia boleh duduk kat seat belakang area tengah2 and tengok ke depan macam budak2. and then ada masa dia duduk kat tempat kaki belakang, dengan muka sedih.paling best masa gua dah sampai depan Petsmore, gua keluar dari kereta je, terus si Blackie duduk kat seat driver, tgk mana gua pegi...


si Broadband plak, masuk kereta terus explore satu kereta.sampai ke paddle minyak dia selongkar. lepas tu dia start la buat perangai manja, gigit tangan... masa nak sampai ke Petsmore tu, dia berdiri kat sebelah tingkap sambil pandang luar,tengah belajar cari jalan balik rasanya.


lepas gua setel document untuk masukkan diorang, gua pun g amik Broadband. sekali dia punya xnak keluar dari kereta sampai dia tarik pintu kereta tu. nampak je x kuat, tapi kudrat kucing ni memang dasat.calar2 tangan gua. si Blackie pun sama...abih Cik Nila calar2.


lepas masukkan dalam sangkar kedai tu, gua sayu je tengok Blackie ngan Broadband, sebab Blackie buat muka kesian macam Puss In Boots dalam Shrek, yang si Broadband tu plak x keruan nak balik...tapi xpe, daripada diorang kebulur, gua hantar jugak.



mana dia pergi???



you steer, while i hit the gas!!



p/s : yang bagusnya, time hantar je budak 2 ekor ni memberontak...time balik rumah, mak gua cakap ok jek diorang. masuk cage sendiri apa bagai...hehehe...


Tuesday, 1 November 2011

Gila Babi Besar Babi Babi Nih!!!!

Babi memang binatang haram...and maybe sebelum-sebelum ni lu orang pernah dengar or guna ayat "gila babi besar" kan? well, thanks to BlogSerius yang gua baca tadi...kali ni gua pulak sebut "gila besar babi-babi nih!"


gambar bawah ni adalah gambar masa festival Yimin di Taiwan. lu orang tgk la berapa besar binatang haram nih.hehehe...xtau berapa lama nak abis buat panggang. masa festival ni, peserta akan show off kan babi ternakan diorang. yang paling besar akan jadi juara, and yes, juara ni la jadi korban.hehehe...


kalau ikut info, babi-babi ni diberi makan sampai x boleh nak jalan, dah x boleh jalan pun still disumbat jugak makanan dalam mulut dia. lepas tu time Festival tu, babi-babi ni dimampatkan dengan udara utk nampak macam belon. pity u pigs~







bila dah dimampatkan, otomatik dah jadi macam belon dah menatang-menatang nih. gua rasa macam kalau cucuk dengan pin, babi-babi ni jadi macam dalam kartun kot.hehehe...


p/s : .............................