Monday, 3 October 2011

Gua dan perihal orang mati.

salam...kali ni maybe gua nak post pendek jek. berkenaan dengan bangsa-bangsa manusia yang suka posting mayat-mayat orang yang meninggal sebab kemalangan.



pada gua, kalau lu orang nak email, nak masukkan dalam forum gambar2 kemalangan, dengan niat nak mengingatkan orang kepada kematian and supaya orang lain berhati-hati, gua xde hal. yang buat hal ialah bila bangsa-bangsa manusia yang suka letak gambar kemalangan beserta mayat-mayat yang terhimpit, yang xde rupa manusia...



bayangkan if salah seorang family lu orang yang eksiden, lepas tu gambar mayat diorang orang ramai duk post kat internet. apa perasaan lu orang?



hentikan laaa post gambar2 orang mati eksiden tu. hormat la perasaan keluarga and sahabat2 si mati. yang paling gua xbleh blah bila ada manusia yang sanggup record video.lepas tu youtube kan. kejadah lu orang nak buat macam tu?



p/s : gua posting ni sebab semalam ada eksiden yang libatkan seorang peminat kereta lama.gambar arwah terhimpit dalam kereta dia yang remuk tu sekarang dah berlegar kat dalam alam siber nih..



p/s/p : keta remuk kat atas ni la gambar kereta peminat kereta lama yang gua kata tadi. and, gua baru tau yang arwah tu adalah sepupu kepada kawan abang gua...so pempaham la kenapa gua anti orang yang suka post mayat-mayat nih?

No comments: