Wednesday, 26 October 2011

Gua dan ceramah agama...

Assalamualaikum! lama dah gua x update blog ni...bukan apa, sekarang ni gua a bit tense dengan keadaan opis, pastu pc opis gua pulak kaput, segala data dalam tu penting pulak tu untuk run kempen besar company gua...huhuhu...

okies, kali ni gua nak cerita bab ceramah agama. bukan gua nak bagi ceramah, sebab ilmu agama gua x tinggi...rendah je, kecik je rasa bila cerita bab agama nih. kali ni gua nak cerita pasal penceramah bebas yang sekarang tengah top. Ustaz Azhar Idrus... ni gambar tuan empunya nama...


first of all, arigato kepada abang gua yang second sebab gua tau pasal ustaz ni dari dia. kenapa gua minat dengan ceramah dia? dulu, gua boleh kata ada la jugak dengar ceramah Ustaz Ismail Kamus, TG Nik Aziz, Ustaz Haslin, and ada beberapa yang gua x ingat nama dia. cuma baru ni gua jadi peminat Ustaz Azhar Idrus.

apa background Ustaz ni, gua tak tau, tapi for sure, ceramah dia memang menarik. even parents gua pun duk beli VCD ceramah dia setiap minggu kat pasar tani.berbaloi beb. cerita pasal ceramah dia ni, yang gua tengok, macam ceramah2 lain jugak la, memula dengan tazkirah, kemudian sesi soal jawab. banyak info yang lu orang boleh tau dari ceramah dia...

Ustaz Azhar ni, dialek Terengganu dia memang pekat, so ada yang susah sikit nak paham apa yang dia cakap, even gua sendiri pun kengkadang payah nak paham sebab dialek Kelantan gua xde la power mana pun. cuma boleh la tangkap sket2. Ustaz ni memang pedas sindiran dia. tapi pedas2 pun, sedikit sebanyak menyedarkan diri gua yang ilmu agama gua x tinggi. maybe ada antara lu orang yang kenal gua kat FB duk cakap 'gua cakap pasal hudud macam belajar tinggi konon,' well, gua tau pasal agama Islam ni sedikit sebanyak dengan cara2 camni laa...dengar ceramah dari orang2 yang ilmu agama lagi tinggi dari kita...

pasal Ustaz Azhar ni, aritu gua ada ternampak Ustaz Azhar kat Sogo, tapi x sempat gua nak kejar, nak tegur dia, dia hilang dulu dah. hehehe...kalau x, maybe ada peluang gua nak post gambar gua dengan dia kat sini.

pasal ceramah dia ni, memang gua rasa lu orang boleh terima. cuma slang or dialek dia je la yang maybe lu orang akan ada masalah nak paham sket. tapi mostly memang berbaloi if lu orang nak try dengar. no harm kan?

Ustaz Azhar ni jugak seorang peminat ketip2 gambar...maksudnya minat dalam photography la...ada hasil kerja dia kat internet. kalau x silap gua, ni website hasil dia...


kalau2 lu orang nak tengok hasil kerja dia. memang nampak pro la Ustaz! hehehe...neway, gua memang bertuah dapat dengar, dapat mengenali Ustaz Azhar Idrus ni. bila lu orang dengar, lepas tu bagitau orang lain promote kat orang lain, kita semua mungkin dah termasuk dalam golongan yang memperjuangkan Islam, InsyaAllah...


Ustaz Azhar Idrus in action.hehehe...cool la Ustaz!

p/s : sepedas-pedas ceramah Ustaz, boleh jugak terima betapa kerdilnya kita...Allahuakbar~

2 comments:

cyanamoose said...

bro.. mmg best. gua pun layan gak.. hehe

otak3suku said...

ambe sendiri pon xberapa paham trg dier...*ops..dier punya gambo...SANGAT TERBAIK OK...sekian!