Thursday, 6 October 2011

Bila media tanya artis pasal hudud...

Gua bukan orang yang tinggi sangat ilmu agamanya...gua pun sebenarnya x layak nak explain pasal hukum hudud ni kat mana-mana. cuma gua boleh berborak mengenai hukum hudud dengan orang2 yang gua kenal. lebih kepada diskusi.


semalam gua baca paper Harian Mentol (ini ejek, bukan Harian Metroll dari Blog Serius) and terbaca la mengenai komen artis mengenai hukum hudud. terus terang, alasan yang gua boleh terima tapi markah tak cukup pun ialah komen Cat Farish. kalau nak baca, sila klik n zoom la gambar bawah nih...




rata-rata yang cakap, hudud x sesuai dengan zaman sekarang..haiyoo...Islam bukan agama sesuai sepanjang zaman ke?gua post kat FB gua, lantas member gua isukan beberapa benda kalau betul Islam tu x sesuai lagi zaman sekarang...


1) kalau x sesuai, kenapa bila mati, orang Islam masih dibaluti kain kapan?


2) kalau x sesuai, kenapa Haji dan Umrah buat kat Mekah? kenapa x buat kat Malaysia jek ikut niat hati?


3) kalau x sesuai, kenapa artis kahwin still buat akad nikah?kenapa x ikut style moden orang barat yang tinggal sekedudukan sampai dapat anak?


itu yang member gua tulis kat komen gua di FB. bagi gua, zaman sekarang ni la paling sesuai laksana hudud, bukan buat sekolah untuk gadis bawah umur yang mengandung. zaman sekarang dah manusia makin kejam. bayi baru lahir pun dicampak macam sampah...


bak kata seorang Ustaz, hudud ni dikenakan kepada orang yang betul2 jahat, seperti membunuh orang di khalayak ramai, berzina dikhalayak ramai.dan saksi yang dipilih bukan calang2 manusia...actually bukan senang nak jatuhkan hukum hudud ni. saksi, hakim semuanya kena bertanggungjawab dengan segala keputusan yang diberi.


p/s : media pun satu hal.kalau dah komen artis tu xboleh diterima, x payah la keluarkan statement diorang. x pasal2 dah aib artis2 ni pasal agama...

No comments: