Friday, 28 October 2011

Bila Tiba Masa...

"Nek Alang mintak maaf if both of us cannot make it to your wedding nanti. bukan Nek Alang and Tok Alang xmau datang, tapi tengok kepada keadaan masa tu, ye?"

Ayat tu terngiang-ngiang kat telinga gua sekarang ni.tak sangka apa yang gua agak tu jadi.Nek Alang dah bagi hint dah masa tu, and hari ni, 28/10/2011, hari Jumaat, Nek Alang telah pergi meninggalkan dunia yang sementara ini...

Tapi gua tau, masa Tok Alang meninggal Ahad lepas, Nek Alang memang cukup sedih. gua tau diorang memang jarang berenggang.selalu berdua...and hari ni, selang 5 hari Tok Alang gua meninggal, Nek Alang juga pergi.

Kali ni gua lebih banyak tolong...maybe sebab serba salah x membantu sangat sebelum ni.well at least gua dapat sama-sama usung jenazah hari ni...

To Tok Alang n Nek Alang, you will be missed...

Wednesday, 26 October 2011

Kembali kepadaNya...

Last Sunday merupakan hari Ahad yang gloomy buat family gua... Tok Alang gua telah kembali ke rahmatullah pada pagi Ahad, jam 8.09 pagi...

gua a bit sedih la, tapi bila ingat balik, gua sempat jumpa arwah masa dia dalam keadaan sedar, 2 minggu sebelum Tok Alang gua tinggalkan dunia yang sementara ni.

pada masa yang sama, masa gua melawat arwah di Hospital Serdang, Nek Alang gua, wife kepada arwah pun dimasukkan dalam hospital yang sama. cuma lain2 level. gua jumpa arwah Tok Alang gua, dengar dia cakap dia xde selera makan, kalau minum air soya pun, dia muntah balik. Tok Alang gua sakit paru-paru berair, sama kes macam Arwah Nenek gua dulu.

masa jumpa dia, sempat jugak la bagitau gua akan bernikah hujung tahun ni. memang masa tu Tok Alang gua senyum, dalam pada dia sakit tu. sebelum tu gua tgk dia tahan sakit masa nurse masukkan ubat ke apa ntah dalam tiub dia...

gua rasa dah lama sangat x jumpa Tok Alang. dulu masa kecik2, gua and sepupu sepapat askar gua selalu terrorized kawasan rumah dia sampai Nek Alang gua bising. hehehe...what a memory. lepas tu Tok Alang n Nek Alang gua pindah duk apartment.

pada hari terakhir gua melawat Tok Alang, dia nampak berumur sangat..umur 83 tahun.and pagi tu dia terjatuh sebelum gua sampai...

sebelum naik melawat Nek Alang plak, gua salam Tok Alang, genggam tangan dia, and dia senyum... that will be the last memory of Tok Alang smiling at me... masa jumpa Nek Alang plak, sempat la Nek Alang cakap, kereta Tok Alang tu dah jadi tukun kat rumah.hehehe...guess that is the last joke Nek Alang ever said about Tok Alang...

pada pagi Ahad 23/10/11, gua dapat msg dari mak gua, kata Tok Alang nazak. time tu jam 7.30 pagi, and kul 8.09 pagi, Tok Alang telah meninggal dunia. terus terang, gua dah dapat agak, sebab lepas jumpa dia Ahad sebelum tu, Tok Alang gua dah x sedarkan diri...

gua nak g hospital pada mulanya, tapi bila pikir balik, gua tunggu sampai jenazah sampai ke masjid. masa abang gua call, jenazah dah dimandikan dan akan dikapankan. and sempat gua tatap wajah Tok Alang gua buat kali terakhir... gua sedih masa jumpa dengan Nek Alang gua...bila dengar Nek Alang kata

"Nek Alang baru keluar hospital 3 hari, Nek Alang tunggu Tok Alang balik rumah.."

automatik gua sebak. tambah pulak Nek Alang genggam tangan gua and abang long gua kuat2. sedih masa tu...gua mintak Nek Alang kuatkan semangat, cakap gua sempat jumpa and borak sikit dengan Tok Alang masa dia sedar... gua sedih tgk air mata Nek Alang mengalir camtu.sapa x sedih bila tgk orang berumur 79 tahun menangis...

cuma gua xdapat nak kucup Tok Alang...gua bagi laluan kat family dia...gua bagi cucu2 dia masa and ruang untuk arwah atuk diorang.

Arwah Tok Alang dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melaka, Hulu Langat. kubur yang sama dengan Arwah Nenek gua...

Tok Alang, walaupun kita jarang jumpa, tapi cucu-cucu Masrom ni sayangkan Tok Alang. semoga rohnya ditempatkan disisi orang2 yang beriman...

"It's good that you're getting married,bukan xnak datang, tapi tengok kepada keadaan Nek Alang and Tok Alang pada masa tu yek?"

p/s : ayat atas ni adalah ayat Nek Alang masa gua melawat dia...

Gua dan ceramah agama...

Assalamualaikum! lama dah gua x update blog ni...bukan apa, sekarang ni gua a bit tense dengan keadaan opis, pastu pc opis gua pulak kaput, segala data dalam tu penting pulak tu untuk run kempen besar company gua...huhuhu...

okies, kali ni gua nak cerita bab ceramah agama. bukan gua nak bagi ceramah, sebab ilmu agama gua x tinggi...rendah je, kecik je rasa bila cerita bab agama nih. kali ni gua nak cerita pasal penceramah bebas yang sekarang tengah top. Ustaz Azhar Idrus... ni gambar tuan empunya nama...


first of all, arigato kepada abang gua yang second sebab gua tau pasal ustaz ni dari dia. kenapa gua minat dengan ceramah dia? dulu, gua boleh kata ada la jugak dengar ceramah Ustaz Ismail Kamus, TG Nik Aziz, Ustaz Haslin, and ada beberapa yang gua x ingat nama dia. cuma baru ni gua jadi peminat Ustaz Azhar Idrus.

apa background Ustaz ni, gua tak tau, tapi for sure, ceramah dia memang menarik. even parents gua pun duk beli VCD ceramah dia setiap minggu kat pasar tani.berbaloi beb. cerita pasal ceramah dia ni, yang gua tengok, macam ceramah2 lain jugak la, memula dengan tazkirah, kemudian sesi soal jawab. banyak info yang lu orang boleh tau dari ceramah dia...

Ustaz Azhar ni, dialek Terengganu dia memang pekat, so ada yang susah sikit nak paham apa yang dia cakap, even gua sendiri pun kengkadang payah nak paham sebab dialek Kelantan gua xde la power mana pun. cuma boleh la tangkap sket2. Ustaz ni memang pedas sindiran dia. tapi pedas2 pun, sedikit sebanyak menyedarkan diri gua yang ilmu agama gua x tinggi. maybe ada antara lu orang yang kenal gua kat FB duk cakap 'gua cakap pasal hudud macam belajar tinggi konon,' well, gua tau pasal agama Islam ni sedikit sebanyak dengan cara2 camni laa...dengar ceramah dari orang2 yang ilmu agama lagi tinggi dari kita...

pasal Ustaz Azhar ni, aritu gua ada ternampak Ustaz Azhar kat Sogo, tapi x sempat gua nak kejar, nak tegur dia, dia hilang dulu dah. hehehe...kalau x, maybe ada peluang gua nak post gambar gua dengan dia kat sini.

pasal ceramah dia ni, memang gua rasa lu orang boleh terima. cuma slang or dialek dia je la yang maybe lu orang akan ada masalah nak paham sket. tapi mostly memang berbaloi if lu orang nak try dengar. no harm kan?

Ustaz Azhar ni jugak seorang peminat ketip2 gambar...maksudnya minat dalam photography la...ada hasil kerja dia kat internet. kalau x silap gua, ni website hasil dia...


kalau2 lu orang nak tengok hasil kerja dia. memang nampak pro la Ustaz! hehehe...neway, gua memang bertuah dapat dengar, dapat mengenali Ustaz Azhar Idrus ni. bila lu orang dengar, lepas tu bagitau orang lain promote kat orang lain, kita semua mungkin dah termasuk dalam golongan yang memperjuangkan Islam, InsyaAllah...


Ustaz Azhar Idrus in action.hehehe...cool la Ustaz!

p/s : sepedas-pedas ceramah Ustaz, boleh jugak terima betapa kerdilnya kita...Allahuakbar~

Tuesday, 18 October 2011

Amekkaw!!!

Amekkaw!!!

nak sangat senang dapat duit?

ni cara paling baguih nak dapat duit...

janji ianya halal...




hehehehe...

mana nak ada dapat duit dengan senang camtu...

kalau dapat pun...

sila la check halal ke tak...


pada gua...

tak...

sebab tak nampak usaha kat mana...

Friday, 14 October 2011

Gua dan kerja...


Salam...rasa dah lama gua x update blog ni kan?bukan xde idea, cuma gua kemalasan and also sebab computer gua dah kaput.

Lately ni gua selalu tension kat opis.bukan tension apa, kalau kerja banyak sebab memang project gua, no hal beb. ini project orang lain, yang dibuat tanpa meeting department, lantik agensi yang macam haram buat keje, and bila dah start ada kekalutan, tolak kat orang yang x dilantik masa memula planning project.

bukan apa, gua kalau kata buat keje demi syarikat, memang gua no hal. in this case, bekerja sebab nak cover 'shit' yang orang lain buat supaya tidak di soal oleh management. bullshit betul dengan orang yang diberi jawatan besar tapi otak singkat...

gua xtau la nak cakap apa, dah la dalam dept ada conflict, ada puak2, then bila ada event atas nama company, xde nak buat meeting besar-besaran, semua nak simpan dalam poket memasing. WTF dengan minded camnih? kalau gua, even ada function or project kecik pun dah wajib inform satu department. bukan dengan nak tunjuk sensorang boleh buat keje, bila dah ada problem, baru la terhegeh-hegeh nak mintak tolong member department lain... sapa nak tolong kalau camtu?

memang lately ni gua fed up dengan kerja yang diberi. fed up sebab cover keje orang yang dah memang silap in the first place...

berkenaan dengan agency pulak. gua xtau mana datang agency yang dilantik tu. tau2 je dah deal. sepatutnya, bila dah ada agency, everything agency yang kena buat. bukan agency SURUH kita buat keje dia. agency yang dibayar dengan cost yang banyak, boleh pilih mana kerja yang diorang buat, mana kerja yang diorang xnak buat. mana boleh camtu. lu dibayar dengan banyak, bukan RM10K, lebih dari RM100K, supposed apa yang company nak, agency kena handle. pihak gua patut boleh cakap 'we don't accept 'no' from you'... ini x, bila agency kata xnak buat, mula la nak suruh orang dalam dept yang buat...

gua xtau la berapa lama boleh tahan dalam working environment camnih. bila orang keliling dah start 'kuntau' semua taik yang sepatutnya dia bersihkan kepada orang yang xtau apa, nak g keje hari2 pun naik malas.heck~ event bila fikir esok Monday pun gua dah tension.

p/s : bila jadi camnih, gua rasa nak terus je amik loan business, start bukak cafe...

Thursday, 6 October 2011

Datsun Waja...

Sepanjang gua join scene kereta sejak zaman sekolah dulu, yup, zaman sekolah dah gila kereta, nih,selalu gua tgk Nissan Cefiro diubahsuai jadi Nissan Skyline, sebab Cefiro senang dapat n murah manakala Nissan Skyline pulak senang nak dapat tapi mahal. and yes, most of the part from both cars ni bleh P&P jek...engine boleh P&P, lampu apa bagai...


same goes to Proton Wira yang diconvert jadi Lancer, hatta Lancer Evolution sekali pun... Kancil jadi Mira, Kenari jadi Move...


but, paling gua xleh blah tgk pic Datsun nak jadi Waja.hehehe... bodyline lawa plak dia buat.cist! gua rasa maybe owner DAtsun ni x mampu nak beli Waja, or pada dia Waja cuma lawa pada lampu belakang jek. so dia amik lampu belakang Waja utk hybridkan Datsun dia...

p/s : amcam? tu belum cat lagi tu...hehehe...

Rumah dasat area tempat tinggal gua...

Posting kali ni just nak share gambar rumah unik yang ada di sekitar Cheras & Kajang. x banyak pun, ada dua jek...



gambar yang kat atas ni merupakan sebuah rumah. yang bestnya, dekat depan rumah tu, dia gunakan kapal terbang lama untuk jadikan bumbung porch. kat mana area rumah ni? kalau lu orang tau area Taman Connought Cheras, kat situ la rumah ni.gua nak explain lebih pun gua x sure. and yes, katanya kapal terbang tu memang kapal terbang lama zaman dolu-dolu. kalau tgk dari segi design, macam kapal terbang Jepun pun ye gak...hehehe..respect sama owner~




and rumah kedua ni terletak kat Sungai Ramal, Kajang. kalau kat Highway tu memang boleh nampak.betul dekat simpang Sekolah Ma'ahad Kajang tu.asal rumah ni pun gua xtau, tapi time kecik dulu bila tgk rumah ni memang creepy...kena plak ada cerita ceriti pasal dalam rumah ni diorang ada jumpa mayat..hehehe.. rasa nak tgk rumah ni lebih detail ,tapi takut plak nnt ada makhluk ikut gua balik rumah...


itu jek yang gua nak share sama lu orang. kalau ada rumah2 yang unik lu orang tau, sila2 la share link ke, gambar ke...


p/s : paragraph last tu mmg x kena.macam la ramai sangat yang baca blog gua nih...huhuhu...


Bila media tanya artis pasal hudud...

Gua bukan orang yang tinggi sangat ilmu agamanya...gua pun sebenarnya x layak nak explain pasal hukum hudud ni kat mana-mana. cuma gua boleh berborak mengenai hukum hudud dengan orang2 yang gua kenal. lebih kepada diskusi.


semalam gua baca paper Harian Mentol (ini ejek, bukan Harian Metroll dari Blog Serius) and terbaca la mengenai komen artis mengenai hukum hudud. terus terang, alasan yang gua boleh terima tapi markah tak cukup pun ialah komen Cat Farish. kalau nak baca, sila klik n zoom la gambar bawah nih...




rata-rata yang cakap, hudud x sesuai dengan zaman sekarang..haiyoo...Islam bukan agama sesuai sepanjang zaman ke?gua post kat FB gua, lantas member gua isukan beberapa benda kalau betul Islam tu x sesuai lagi zaman sekarang...


1) kalau x sesuai, kenapa bila mati, orang Islam masih dibaluti kain kapan?


2) kalau x sesuai, kenapa Haji dan Umrah buat kat Mekah? kenapa x buat kat Malaysia jek ikut niat hati?


3) kalau x sesuai, kenapa artis kahwin still buat akad nikah?kenapa x ikut style moden orang barat yang tinggal sekedudukan sampai dapat anak?


itu yang member gua tulis kat komen gua di FB. bagi gua, zaman sekarang ni la paling sesuai laksana hudud, bukan buat sekolah untuk gadis bawah umur yang mengandung. zaman sekarang dah manusia makin kejam. bayi baru lahir pun dicampak macam sampah...


bak kata seorang Ustaz, hudud ni dikenakan kepada orang yang betul2 jahat, seperti membunuh orang di khalayak ramai, berzina dikhalayak ramai.dan saksi yang dipilih bukan calang2 manusia...actually bukan senang nak jatuhkan hukum hudud ni. saksi, hakim semuanya kena bertanggungjawab dengan segala keputusan yang diberi.


p/s : media pun satu hal.kalau dah komen artis tu xboleh diterima, x payah la keluarkan statement diorang. x pasal2 dah aib artis2 ni pasal agama...

Wednesday, 5 October 2011

Gua dan Elevator...



Kenapa tajuk kali ni macam bercinta? hehehe...sebab elevator atau lif adalah keperluan untuk gua naik ke opis gua di tingkat 27. lu orang semua gunakan lif kan? mesti pernah ngadap benda2 or perkara2 yang totally annoying semasa lu orang dalam lif kan?


xde isu pun sebenarnya...cuma benda ni kadang2 annoying pada gua..hehehe..gua anti betul kalau dalam lif tu, gua tgh bercakap dengan seseorang dengan tone biasa, orang lain pulak mula bercakap dengan tone lebih kuat. gua jugak x suka orang2 yang cakap telefon dalam lif and bercakap dengan tone yang kuat. lelebih lagi kalau dialog tu melibatkan wang. nak bagitau sangat kerja lu orang penting n libatkan duit juta-juta? sekali ada yang iut lu orang sampai rumah and rompak, x ke naya life lu dengan family lu?


benda yang baru jadi kat gua pagi tadi pun best gak.bukan jadi kat gua directly, but sebab kejadian tu jadi dalam lif yang gua naik, so xpasal-pasal gua pun kena skali. kalau lu orang nak cepat sampai level yang lu orang nak pergi, xpayah la nak rebut masuk lif.semua orang nak cepat beb. lagi satu, kalau kata ada orang dah sampai level ditujui, dan pintu lif lambat nak tutup, why not lu orang tekan button utk tutup pintu tu...kalau dah berdiri dekat button lif tu, buat-buat la amal kebajikan sket. at least lu orang pun boleh sampai opis on time, ye tak?



tapi nak buat camana, dalam dunia ni banyak jenis perangai manusia.perangai manusia ni kalau dikaji, memang kelakar...kalau yang poyo2 tu, better buat movie 300 punya style..hahahaha...

Tuesday, 4 October 2011

Cerita sedih pasangan bercinta...

Lokasi disebuah Hospital...

Gadis : Hari ini saya akan menjalani pembedahan jantung sayang...
Jejaka : Saya tau...saya doakan sayang selamat dan sihat selamanya...i love you...
Gadis : I love you too (sambil mengalirkan air mata)

apabila tersedar dari pembedahan, si gadis mencari si jejaka namun tiada.cuma ayah si gadis sahaja yang berada di dalam wad si gadis...

Gadis : Ayah, mana Abang Man, yah?
Ayah : Siti, banyak-banyak bersabar yek...
Gadis : kenapa ayah?
Ayah : Siti...Siti tau tak siapa sebenarnya yang dermakan jantung baru Siti?
Gadis : Abang Man??? (terus menangis)

.
.
.
.
.
.
.
Ayah : Hehe. Takde la, ayah melawak je. Dia pergi ke tandas sekejap. Hahahaha...

Monday, 3 October 2011

Gua dan perihal orang mati.

salam...kali ni maybe gua nak post pendek jek. berkenaan dengan bangsa-bangsa manusia yang suka posting mayat-mayat orang yang meninggal sebab kemalangan.



pada gua, kalau lu orang nak email, nak masukkan dalam forum gambar2 kemalangan, dengan niat nak mengingatkan orang kepada kematian and supaya orang lain berhati-hati, gua xde hal. yang buat hal ialah bila bangsa-bangsa manusia yang suka letak gambar kemalangan beserta mayat-mayat yang terhimpit, yang xde rupa manusia...



bayangkan if salah seorang family lu orang yang eksiden, lepas tu gambar mayat diorang orang ramai duk post kat internet. apa perasaan lu orang?



hentikan laaa post gambar2 orang mati eksiden tu. hormat la perasaan keluarga and sahabat2 si mati. yang paling gua xbleh blah bila ada manusia yang sanggup record video.lepas tu youtube kan. kejadah lu orang nak buat macam tu?



p/s : gua posting ni sebab semalam ada eksiden yang libatkan seorang peminat kereta lama.gambar arwah terhimpit dalam kereta dia yang remuk tu sekarang dah berlegar kat dalam alam siber nih..



p/s/p : keta remuk kat atas ni la gambar kereta peminat kereta lama yang gua kata tadi. and, gua baru tau yang arwah tu adalah sepupu kepada kawan abang gua...so pempaham la kenapa gua anti orang yang suka post mayat-mayat nih?