Wednesday, 21 September 2011

Gua dan movie...


Kali ni gua bukan nak cerita pasal movie, walaupun gua and Cik Nila baru je layan Johnny English Reborn malam tadi. kali ni gua nak cerita perihal apa yang gua x suka time tengok wayang, dan juga filem2 yang gua x berapa nak layan.


ok, first, gua kurang nak layan filem Melayu. sebab apa? bukan sebab xnak sokong filem melayu.heck, gua layan gak pilem Lurah Dendam (bukan yang X Rated punya). cuma sebab gua malas nak layan movie melayu ni, sebab filem pun ye, sebab penonton pun ye. contoh, gua tgk filem KARAK.hell, cerita memang out dari list gua but yang gua x tahan bebudak yang tgk cerita tu skali. sibuk sebut 'o goat, o goat' instead of 'o god'...lepas tu part yang x seram pun sibuk nak gelabah.senang citer, penonton yang over acting. yeszaa, bukan pelakon over acting, tapi penonton over acting. sama macam cerita Kongsi : Lu Langsi, Semua G Mati. budak sebelah gua sibuk cakap, 'padan muka kena pukul','kenapa dia pukul polis tu'...dem, just watch the damn movie la. no need to ask why.


then,gua tak suka duduk sebelah orang yang sibuk sebut 'tak logik'... omen, pity for u guys who tought that movie is real. ini cerita wayang, kalau tulis based on a true event pun, ada gak add on dia. there's also movie goers yang jenis gelak gila-gila padahal scene tu setakat baldi jatuh atas kepala, but gelak macam lawak paling gempak dalam dunia.


then ada jugak orang yang sibuk cerita jalan cerita movie. gua pernah kena masa tgk cerita Terminator Salvation. brother sebelah gua siap cerita dari Terminator, sampai Terminator 3. gua dengus 2-3 kali pun dia leh cerita lagik. x lupa jugak sampah yang sibuk letak kaki kat penyandar orang depan. gua selalu hempas badan jek kat penyandar tu, kasi orang belakang tu terkejut. selalu Cik Nila la jadi pengaman amarah gua. bayangkan sepanjang movie seat gua gegar2. kalau ada sakit Parkinson tu, sila jangan tgk wayang la.


gua pernah tengok cerita Alien vs Predator.damn, ada pulak yang bawak anak kecik.sekali scene darah2, x menjerit budak tu? pandai betul la parents yang bingai tu. gua seorang peminat wayang. tapi kadang2 benda camni yang buat gua frust. gua bayar RM10 ke atas, and gua tau semua orang camtu, sila la hormat orang lain. jangan pikir sebab dah bayar RM10 ++, panggung tu jadi lu punya rumah. jangan sampai jadi iklan DG yang mamat cakap telepon dalam panggung tu. Taiko pun lebam2 kena belasah dengan penonton wayang lain.


itu antara, ulang suara ANTARA apa yang gua x suka masa tgk wayang. lupa, gua pun x suka masuk panggung lambat, sebab gua lagi prefer tgk trailer yang ada. boleh pilih nak tgk movie apa yang akan datang.


p/s : papehal pun, gua still layan movie.

3 comments:

Puaka Anglerz Tribe said...

aku layan transformer yg latest aritu ada young husband & wife bawak baby... cis!!!

-ipen-

phat_lee said...

hahahaha...ke ngko yang bawak tu ipen?hehehe...

Puaka Anglerz Tribe said...

aku pi tengok sorang2 woooo...
bini aku pun aku xbawak... hahahaha...