Monday, 12 September 2011

Gua dan member KKL...


Gua minat kereta... seriously minat. kereta pun x minat gua macam gua minat kereta...hehehe..papehal pun, post kali ni gua nak tunjuk salah satu kereta ahli Kelab Kereta Lama (KKL) yang makin dicemburui oleh ahli2 kelab yang lain. nama owner Toyota Cressida kat bawah ni orang panggil Syuk...start dengan nama Syuk Lambda sebabkan dulu masa join KKL dia guna sebuah Mitsubishi Lambda dengan enjin SR20DET bongkok (sebab bentuk enjin tu macam membongkok)...

Brother Syuk ni memang ramai respek sebab dia tuan punya koleksi rim2 yang berbibir juih...kalau lu orang nak rim yang bibir boleh sorok rokok pun mungkin dia ada..hehehe... ok, back to the car...

Syuk's Cressy ni masa dia beli memang segala-galanya standard...tapi sebabkan ada Karnival KKL and also Ol 'Skool Mega Gahthering, beliau berjaya siapkan jugak si Cressy nih...la ni pulak, dia buat perangai, dulu kata xnak turbo, tapi sebab gian, terus ahli KKL lain pun dah jeles dengan dia...

nak jeles skali? jom la tgk pic bawah nih...

kengkang dah si Cressy nih...

punca ramai ahli KKL lain jeles...

1JZ 2500cc Twin Turbo beb! sapa x jeles??

x cukup dengan enjin besar, tgk la betapa kemas engine bay Cressy nih...


gua cukup kagum dengan bebudak KKL nih...always ada idea nak membezakan identiti kereta memasing...ini baru sebijik kereta yang bakal ikon dalam blog gua yang xde peminat nih...kalau ada masa nnt gua post gambar2 design and kereta unik ahli KKL... ini memanjang Wira enjin Evo, Kancil enjin Mira...dalam majalah pun bersepah sampai aku naik jemu...

p/s : no heart feeling yaaa...tapi seriously, xde idea lain ke orang2 yang main Perdanaterna, Wiralution, Perodua Move, Perodua PassoBoon?

No comments: