Friday, 30 September 2011

Gua dan darah...


Last Tuesday bersamaan 27/9/2011, opis gua ada buat kempen derma darah. so, gua as usual g la join skali derma. sehingga masa ni, ada la dalam 7 kali dah gua derma. start dengan zaman kolej gua. pengalaman masa first time derma darah tu memang horror. dah la first time, dah tu cari salur darah payah nak jumpa. tak cukup dengan tu, masa needle tu dah cucuk, darah stop plak, di godek-godek plak jarum yang tengah tertusuk dalam lengan gua...belum abis cerita sebab time tu x cukup sati beg, so cucuk plak lengan belah kiri...hehehe...itu first experience gua derma darah.

lepas kes tu, gua teruskan rutin every year. seronok sebab dapat milo free tu xla...tapi rasa nak derma jek.hehehe...selama ni gua xde masalah pun derma darah. selalu lepas derma, ubat yang nurse bagi gua x makan pun. and selalunya gua just rembat milo segelas jek.

ini cerita masa gua baru derma darah last Tuesday. as usual, g isi borang, tapi masa check pressure, sampai 3 kali.gua tanya doktor, doktor kata mesin tu abeh bateri...dalam hati dah terdetik, kenapa plak macam payah je nak derma kali nih...then lepas clear semua, gua pun baring la...hulur tangan kanan, sebab selalu pun kanan jek.procedure lain gua ok, sampai la lepas 10 minit, darah gua x penuh beg lagik. sebelum tu ada brother nak race sapa pam darah paling cepat. memang dia menang la sebab darah gua tetiba stop.sudah!

actually gua pelik gak dengan cara nurse tu cucuk jarum tu. senget sket. lepas 10 minit beg x penuh, so dia datang tgk..then boleh plak dia ketatkan ikatan kat lengan gua, bila release baru darah keluar. di ulang banyak kali sampai rasa naik kecut la lengan gua nih. sebelum tu gua tgk tapak tangan gua dah pucat, and rasa kebas.huhuhu...seriau...

then bermula la acara menggodek-godek jarum macam masa first time gua derma darah tu.jarum tu ditarik perlahan-lahan, sekali nurse tu g tempat lain, darah keluar dari lubang lengan gua macam air. rasa panas je masa darah tu mengalir kat lengan gua.membazir dah darah gua.huhuhu...gua risau kena baju gua jek.and then nurse tu datang, bersihkan darah tu, lepas tu that's it, beg x penuh 450ml...apakan daya, orang dah salah cucuk.

masa tunggu darah tu nak stop, gua tgk kapas yang nurse tu bagi macam xleh nak tarik, sebab ada macam urat lekat kat kapas tu.pelik gak gua tgk.takkan tarik keluar jarum sampai urat2 skali keluar.hehehe...rupanya darah pekat yang melekat.

kali ini first time lepas derma darah gua kena duduk dulu.rasa kepala ringan n nak pitam plak..it's been 3 days since the blood donation and now lengan gua lebam.hehehe...ni pic hari Khamis...

and second picture kat atas ni adalah bekas kat lengan gua masa hari Jumaat. hehehe...so lu orang boleh agak la kan nurse tu cucuk ke arah mana?nampak lebam yang line hala keluar tu? itu la bekas derma darah tu. ada yang kat bekas tu sebab laluan darah tu ada soyok(koyak) sket, so darah berkumpul kat situ la. tu yang lebam tu.hehehe...

sebabkan bekas ni x ilang lagik, gua nk buat keje beberat pun pikir dulu. nak start angkat loceng bodoh (dumb bell) balik pun pk banyak kali (tang ni alasan) hehehehe....

papehal, benda ni x ganggu pikiran gua untuk derma darah lagi lepas ni.pada kengkawan yang baca ni (kalau ada), moh la derma darah, bagi peluang darah baru plak dalam badan lu orang. xyah risau la bdan naik ke apa ke...

p/s : gua lagi nak derma darah sebab Isnin malam tu dalam news kata darah jenis gua, jenis A tengah kritikal dalam simpanan. cuma sedih sebab x dapat derma full beg, xpe, next time plak gua nak derma, seret Cik Nila skali.hahahaha...

Wednesday, 21 September 2011

Gua dan movie...


Kali ni gua bukan nak cerita pasal movie, walaupun gua and Cik Nila baru je layan Johnny English Reborn malam tadi. kali ni gua nak cerita perihal apa yang gua x suka time tengok wayang, dan juga filem2 yang gua x berapa nak layan.


ok, first, gua kurang nak layan filem Melayu. sebab apa? bukan sebab xnak sokong filem melayu.heck, gua layan gak pilem Lurah Dendam (bukan yang X Rated punya). cuma sebab gua malas nak layan movie melayu ni, sebab filem pun ye, sebab penonton pun ye. contoh, gua tgk filem KARAK.hell, cerita memang out dari list gua but yang gua x tahan bebudak yang tgk cerita tu skali. sibuk sebut 'o goat, o goat' instead of 'o god'...lepas tu part yang x seram pun sibuk nak gelabah.senang citer, penonton yang over acting. yeszaa, bukan pelakon over acting, tapi penonton over acting. sama macam cerita Kongsi : Lu Langsi, Semua G Mati. budak sebelah gua sibuk cakap, 'padan muka kena pukul','kenapa dia pukul polis tu'...dem, just watch the damn movie la. no need to ask why.


then,gua tak suka duduk sebelah orang yang sibuk sebut 'tak logik'... omen, pity for u guys who tought that movie is real. ini cerita wayang, kalau tulis based on a true event pun, ada gak add on dia. there's also movie goers yang jenis gelak gila-gila padahal scene tu setakat baldi jatuh atas kepala, but gelak macam lawak paling gempak dalam dunia.


then ada jugak orang yang sibuk cerita jalan cerita movie. gua pernah kena masa tgk cerita Terminator Salvation. brother sebelah gua siap cerita dari Terminator, sampai Terminator 3. gua dengus 2-3 kali pun dia leh cerita lagik. x lupa jugak sampah yang sibuk letak kaki kat penyandar orang depan. gua selalu hempas badan jek kat penyandar tu, kasi orang belakang tu terkejut. selalu Cik Nila la jadi pengaman amarah gua. bayangkan sepanjang movie seat gua gegar2. kalau ada sakit Parkinson tu, sila jangan tgk wayang la.


gua pernah tengok cerita Alien vs Predator.damn, ada pulak yang bawak anak kecik.sekali scene darah2, x menjerit budak tu? pandai betul la parents yang bingai tu. gua seorang peminat wayang. tapi kadang2 benda camni yang buat gua frust. gua bayar RM10 ke atas, and gua tau semua orang camtu, sila la hormat orang lain. jangan pikir sebab dah bayar RM10 ++, panggung tu jadi lu punya rumah. jangan sampai jadi iklan DG yang mamat cakap telepon dalam panggung tu. Taiko pun lebam2 kena belasah dengan penonton wayang lain.


itu antara, ulang suara ANTARA apa yang gua x suka masa tgk wayang. lupa, gua pun x suka masuk panggung lambat, sebab gua lagi prefer tgk trailer yang ada. boleh pilih nak tgk movie apa yang akan datang.


p/s : papehal pun, gua still layan movie.

Tuesday, 20 September 2011

Perihal Jamban...

okies. kali ni gua nak luah pasal perangai orang Malaysia (sebab gua duk kat Malaysia) pasal perangai kat toilet. bukan sebab gua dah xde idea nak cerita, tapi benda ni gua rasa lu orang pun kena, paling takpun, mesti ada yang tergolong dalam spesis yang sama.




sebelum tu, meh gua nak ajar sikit. yang kat bawah ni, adalah jamban cangkung. cara guna? bukak apa yang patut dan 'aim' ke lobang bawah tanah tu dengan cara mencangkung...






dan yang kat bawah ni pulak, jamban duduk.cara nak guna? sama macam jamban cangkung, cuma kali ni lu orang kena duduk je, xperlu cangkung.





ok, apa yang gua nak luah? yang paling penting ialah, jamban duduk tu cara guna dia bukan dengan mencangkung kat atas tempat duduk tu! setiap kali gua nak melepas hajat, mesti ada tapak kasut orang mencangkung kat tempat duduk tu.wei, mau cangkung, lu orang cari jamban cangkung je la.apa kejadah lu orang cangkung kat jamban duduk? lagi satu, kalau lu orang mencangkung kat atas jamban duduk, sekali tergelincir sebab teran kuat sangat, jatuh, and mangkuk jamban tu pecah. lu orang xleh bayang ke peha ke, punggung lu orang koyak sebab kena bucu tajam lepas kena jamban yang tajam-tajam tu?



lagi satu, kepada pengguna jamban lelaki, kalau kencing tu, sila la aim betul2.ini bersepah. apa lu orang letak water sprinkler ke?lepas tu biar x di'flush'? weih, kata negara Islam, pentingkan kebersihan, lepas buang benda2 kumbahan tu, sila la flush. jangan bagi alasan "kalau flush nnt pekerja cuci jamban takde kerja,"



one more thing, antara benda yang gua x suka semasa 'private time' aku ialah menjawab phone call.ganggu konsentrasi woo...then gua xleh blah kalau pembuang yang kat bilik sebelah tu guna air paip sampai air paip menyimbah-nyimbah masuk ke port gua. apa lu orang sental jamban ke sampai guna air camtu??



come on la.treat la toilet, x kisah la public toilet or office toilet ni macam rumah lu orang punya. nak flush pun bukannya lu orang kena amik air kat perigi or kolah.tarik je tali pam or tekan button. same goes to tempat urine. flush la.ini lepas tutup pili air kecik, terus blah.then bau air kecik pekat penuh satu jamban.


*tang ni gua baru edit. lagi satu gua x suka ialah masa gua tgh membuang, pintu toilet gua digegar-gegarkan oleh mangkuk2 yang x paham bahasa.kalau lu orang tolak pintu tu, and pintu tu x terbukak, sama ada toilet tu ada orang guna or rosak.tapi sah2 kalau rosak ada signboard dia kan? ini x, siap pulas2 tombol pintu toilet tu macamkan ada orang xnak bagi masuk, then tepuk2 pintu. weih, lu orang ingat ada orang tido ke kat dalam jamban tu?sampai nak gegar2 camtu?





p/s : utamakan kebersihan tandas. nak desludging pun kena ada ketenangan baru bleh layan...


Monday, 19 September 2011

Gua dan Member KKL : 1979' Honda Civic...

gua minat kereta ni.memang antara kereta lama yang gua nak sangat guna balik sebab dulu masa zaman jadi student diploma gua selalu rembat Honda Civic mak gua yang member2 bagi gelaran 'Setan Kuning'...sebab kaler kuning dan laju(kot?). okies, berbalik kepada kereta member gua nih... gelaran kepada owner civic Jackie Chan (gelaran yang diberi oleh owner) dipanggil Wak Rajoo...padahal bukan india pun..hehehe... ini adalah hasil kreativiti Wak Rajoo nih...

base colour gelap...


nampak dah macam kaler ungu jek...

hood depan bentuk lambang Decepticon...

hasil cat kereta berjumlah RM600 ++...



murahkan cat dia? well, bila ditanya, Wak ni kata cat tu warna cokelat 2K, tanpa pengilat...hasil dia memang agak lawa, sebab gua x tgk secara live lagik...papehal pun, memang envy dengan kereta kecik nih...skali dengan owner2 skali...huhuhu....




p/s : member KKL x abis2 racun gua kereta ni yang guna enjin CVCC...dem!



Tuesday, 13 September 2011

My Proton Makeover ~ The Result...


Sebelum ni gua ada post pasal Proton punya program My Proton Makeover kan? memula gua ingat kereta tu akan di reveal pada 16/9/2011 sempena Hari Malaysia.rupa-rupanya diorang reveal awal. ni rupa kereta Bro Fadhly tu sekarang...

rear lamp n petrol tank cover a bit Ah Beng for me...

bahagian depan yang superb!

engine maintain standard, just rebuild balik jek...


papehal pun, R3 dah buat kerja yang cool untuk sebuah kereta buatan Malaysia yang dah berusia 19 tahun...apa yang R3 buat? well kereta Saga Ol'Skool ni di togelkan sepenuhnya, dan di pasang semula, and yes, it's like a brand new Saga Megavalve! plus the R3 16inch sport rims really look nice to this car...rasa nak rembat satu set untuk gua punya Lancer Malaya, tapi dah plan nak di letgo end of this year...so, to Brother Fadhly, congratz on your New Old School.. keep it for another 19 years la...hehehe...

p/s : i'm sooo envy with this Saga..hehehe...

Monday, 12 September 2011

Gua dan member KKL...


Gua minat kereta... seriously minat. kereta pun x minat gua macam gua minat kereta...hehehe..papehal pun, post kali ni gua nak tunjuk salah satu kereta ahli Kelab Kereta Lama (KKL) yang makin dicemburui oleh ahli2 kelab yang lain. nama owner Toyota Cressida kat bawah ni orang panggil Syuk...start dengan nama Syuk Lambda sebabkan dulu masa join KKL dia guna sebuah Mitsubishi Lambda dengan enjin SR20DET bongkok (sebab bentuk enjin tu macam membongkok)...

Brother Syuk ni memang ramai respek sebab dia tuan punya koleksi rim2 yang berbibir juih...kalau lu orang nak rim yang bibir boleh sorok rokok pun mungkin dia ada..hehehe... ok, back to the car...

Syuk's Cressy ni masa dia beli memang segala-galanya standard...tapi sebabkan ada Karnival KKL and also Ol 'Skool Mega Gahthering, beliau berjaya siapkan jugak si Cressy nih...la ni pulak, dia buat perangai, dulu kata xnak turbo, tapi sebab gian, terus ahli KKL lain pun dah jeles dengan dia...

nak jeles skali? jom la tgk pic bawah nih...

kengkang dah si Cressy nih...

punca ramai ahli KKL lain jeles...

1JZ 2500cc Twin Turbo beb! sapa x jeles??

x cukup dengan enjin besar, tgk la betapa kemas engine bay Cressy nih...


gua cukup kagum dengan bebudak KKL nih...always ada idea nak membezakan identiti kereta memasing...ini baru sebijik kereta yang bakal ikon dalam blog gua yang xde peminat nih...kalau ada masa nnt gua post gambar2 design and kereta unik ahli KKL... ini memanjang Wira enjin Evo, Kancil enjin Mira...dalam majalah pun bersepah sampai aku naik jemu...

p/s : no heart feeling yaaa...tapi seriously, xde idea lain ke orang2 yang main Perdanaterna, Wiralution, Perodua Move, Perodua PassoBoon?

Wednesday, 7 September 2011

History : World War 1...



Sebelum ni gua ada post pasal gambar Russia 100 tahun dulu in colourkan? ni pulak adalah sebahagian gambar masa First World War...nampak macam miniature je, padahal gambar real. layan...









gambar-gambar ni buatkan gua terbayang camana la rupa masa zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dulu-dulu...kalau ada la sketch gambar2 zaman tu, gerenti layan... fyi, gambar ni memang gambar real...

History : World War 2...


Gua merupakan peminat filem-filem perang. mula dengan cerita Saving Private Ryan yang Tom Hanks berlakon dulu. dalam movie tu, gua terasa macam benda dalam movie tu adalah the real scenario...itu je cara utk gua bayangkan kemusnahan akibat perang dunia dulu. Then, baru2 ni, gua tergerak hati nak search World War II punya gambar. and yeszaa, ada yang in colour. kat bawah ni sebahagian gambar-gambar perang yang ada...















walaupun perang dunia kedua berlaku sebelum gua lahir, tapi bila tgk kepada kemusnahan, perghhh...memang bersyukur sangat la gua x hidup zaman tu. tapi, sejak tamat perang dunia kedua, senjata pemusnah dah makin menggila sekarang ni. semua bermula lepas Amerika gugurkan bom atom kat Hiroshima & Nagasaki. the first atomic bomb yang digunakan...


and bila aku tgk videoclip lagu Counting Bodies Like Sheep by A Perfect Circle, senjata pemusnah sekarang ni dah makin gila.bukan setakat untuk melindung diri, tapi untuk mencari dan membunuh orang yang dicari walaupun orang tu duduk dalam tanah berkaki-kaki dalamnya.


p/s : Amerika sibuk nak jadi pengaman dunia, dalam masa yang sama dia membekalkan bantuan kepada Israel untuk bunuh orang2 Palestin... bagus bukan? macam setan!


Tuesday, 6 September 2011

Movie : Hantu Bonceng


semalam gua ngan Cik Nila tengok cerita nih....

.................................................................................................................................................................... ...................................................malas nak komen, lu orang g langgan Astro First je la... huhuhu...

p/s : WHY?!!!

Monday, 5 September 2011

Aksi Kucing...


gua snap pic ni masa tengah hari...
time bebudak 2 ekor ni layan tido...



x sampai setahun lagi pun kucing gua dua2 ekor ni...
tapi sekarang ni dah panjang dah badan...
pastu terlebih manja...hehehe....

Sesekali gua teringat...


Gua jumpa kad ni masa gua buat spring cleaning bilik gua...teringat gua main kad ni masa zaman sekolah rendah dulu. hehehe...and gua amik gambar kad ni sebab Honda Civic tu...hahaha...

di kala zaman gua xde video game, ini je la mainan yang dilayan...hahahaha...agak bosan, gua buat plak rumah guna kad2 nih...

Eid Al Mubarak...after 4 years tempuh jem ke Kelantan...


Salam! Selamat Hari Raya dari gua kepada lu orang semua. (ramai ke?) hehehe...well, it's been a while since gua punya last post kan? so kali ni gua nak citer pasal raya gua and family. sebelum2 ni, family gua balik Kelantan, selama 4 tahun la jugak raya balik sana. kampung ayahanda gua. so this year, family gua beraya di Cheras dan kawasan sekeliling dengannya... belah bonda gua plak..

one thing yang best raya dengan family belah bonda gua, ialah sepupu gua ramai beb. ada la dalam 40 orang, cuma yang otak mcm xde otak ada la segelintir, termasuk gua gak. hehehe... as usual, raya di Cheras maksudnya berkonvoi ke PJ & Klang skali. well, masa g Klang on the 2nd day of raya, Cik Nila pun ikut skali selepas dipaksa oleh gua. sebetulnya parents gua yang suh bawak skali.hope dia happy la jenjalan penuhkan perut sampai ke Klang.hehehe...

ok, first day raya, as usual, gua n parents gua gi solat sunat Aidilfitri dulu la. kali ni solat kat Masjid Cheras Jaya jek. lepas solat, balik rumah pulak tunggu abang-abang gua datang...sementara tu, gua kasi bedal apa2 yang patut.hehehe...


yang ni adalah satay godok. memang turun temurun punya resipi. dari moyang gua, sampai la ni bonda gua plak yang buat...memang antara faveret la nih...wajib makan dengan yang bawah nih...

yang ni lontong, Cik Nila yang belikan.layan beb... bonda gua pun happy je sebab dah lama x pekena lontong daun pisang nih...pastu top up plak dengan yang nih...



bila abang2 gua sampai, kitorang pun raya bersama-sama.ala, himpun, salam mintak maaf apa bagai, hulur duit raya kat anak2 buah aku...lepas tu first visit, rumah Nek Su belah ayah gua kat Selayang. meriah gak sebab kebetulan time tu anak2 and cucu Nek Su gua ada skali. dari Selayang, off ke Petaling Jaya plak... rumah Tok Andak and Tok Su belah bonda gua plak... x cukup round, g plak rumah auntie gua kat Kelana Jaya... hehehe..lepas berapa tahun x join konvoi macam ni, memang gua rasa happy raya kali nih...rasa nak cerita lebih pun malas, layan je la pic yang sikit2 nih...hahaha...

ayahanda & bonda gua...

abang gua yang nombor 3 dengan wife and anak bongsu dia...

abang gua yang paling tua dengan anak2 yang bleh cakap bahasa Cina...

sessi bersalaman dan memohon ampun...

ayahanda gua dengan cucu baru, Musa Hamzah & Emyra Imaan...

gua dengan abang gua...rasa ni je gambar elok gua...

anak buah gua dua beradik tgh buat planking...

yang macam Chinese tu Nek Andak gua...muallaf. Tok Andak gua pun muka Jepun...

adik2 sedara gua...


okies, gambar2 ni x banyak, sebab gua skarang memang xde nak amik gambar dah pun. bagi je orang2 yang ada kamera dasat2 and rajin yang amik, lepas tu tag saja di FB...memang tahap malas da gua nih...hehehe....

p/s : tahun ni InsyaAllah raya bujang terakhir gua...next year raya dengan family n wife...lalala...