Tuesday, 16 August 2011

Cara mudah nak cari halaman dalam Al-Quran?


Gua dapat ni dari email member opis gua. belum try lagik, tapi kalau lu orang mau try, x salah rasanya.. sila la sila...


Contoh 1

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:

5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8. Letakkan no 2 selepas jawapan.

Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82 Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:

10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18. Letakkan no 2 selepas jawapan.

Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3

Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:

23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44

Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442

Subhanallah, sungguh menakjubkan.


Tapi gua x sure plak kalau nak cari page yang ending number dia 1... tapi benda ni sekadar berkongsi..mana tau lu orang senang nak cari bila guna teknik nih... selamat mencuba dan selamat beramal!!!

2 comments:

khayalkhayal said...

Yang ni aku mesti try balik karang sebab aku rasa macam tertakluk kepada edisi cetakan Quran tertentu je kut? Aku masih ada Quran yang aku gunakan zaman aku mengaji time bebudak dulu dan tu edisi yang dikeluarkan zaman Ayahanda dan Bonda tu. Aku nak try kat Quran tu.

phat_lee said...

sila...sila...hehehe...