Saturday, 30 July 2011

Good bye WC 2014, kita try kelayakan 2015 plak.


Yup, gua tau gua 'ter'lambat post pasal result Kelayakan Piala Dunia 2014 Brazil bagi Zon Asia. pedulik hapa gua. gua nak gak puji team yang gua dah lama tunggu boleh buat impact camnih. skuad Harimau Malaya x layak untuk ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia Zon Asia selepas terikat 1-1 dengan musuh tradisi Singapura pada Khamis lepas. Anyway, tahniah gua ucapkan secara ikhlas, sebab skuad negara kali ini dapat buat stadium penuh, buat semua orang berdebar menunggu tarikh perlawanan. cuba bagitau gua bila kita, rakyat Malaysia kali terakhir amik kisah pasal skuad bola sepak negara nih? yang gua tau, tahun 2007 dulu masa final Piala Suzuki tu pun setakat 2000 je penyokong negara yang datang. tapi sekarang? yang gua dengar, dekat 90,000 jugak yang datang bagi sokongan. tapi apakan daya, nasib x menyebelahi kita.

game aritu gua tengok dengan Cik Nila bersama-sama kengkawan highschool gua dulu. gua x nafikan Singapura lepas banyak peluang, heck, even Malaysia pun ada peluang. tapi terus terang, ini kritik gua untuk skuad Harimau Malaya, walaupun gua tau diorang pun x baca benda nih.

1. Need to study more on ball controlling, passing, tackling and dribbling. sebab selalu sangat bola tu terlepas kat player lawan. really Datuk K.Rajagobal, u need to look at this kinda problem.

2. Need more international friendly game so that player x kaget sangat, x kisah la dari negara area mana. termasuk la Senegal. why? sebab Senegal pernah buat sejarah layak ke Suku Akhir World Cup dulu sebagai pasukan underdog...gua pernah sokong team ni sebabkan semangat diorang.

3. Semangat Harimau Malaya lepas menang Piala Suzuki tahun lepas gua tgk dah merudum. main macam xde semangat. gua rasa elok satu team dengan coach and manager g masuk PLKN or Wataniah. kasi kuat mental and lebih rasa berjuang untuk negara.

4. Singapura ada padang tiruan, bila Malaysia nak ada pulak? bukan apa, so that nnt atas padang tiruan kat negara orang lain, kita x risau sangat dengan keadaan permainan. at least biar semua player dalam negara ni merasa main atas padang tiruan.

5. Fizikal. kena set untuk tahan 120 minit.

6. Cari seberapa banyak play maker supaya ada back up, so that xde la masalah macam masa Safiq Rahim kena buang padang tu.

itu jek yang gua boleh pikir sekarang. bukan nak tunjuk pandai, tapi yang gua tgk, part di atas ni memang ada masalah. gua bukan pakar bolasepak, tapi sebab sayangkan skuad Malaysia nih. gua dari dulu, sejak tahun bila ntah, yang team Malaysia yang ada Zainal Abidin Hassan dulu, game final Sukan SEA kalau x silap gua, kalah. and satu team kena pecat. since then, gua jadi penunggu bila team Malaysia nak naik balik.

sejak dari hari tu, gua panas telinga bila tgk game Malaysia, ada suara2 yang cakap "tgk pun buat apa, confirm kalah," and yes, member2 gua pun ada gak penyumbang statement2 tadi, dan diorang jugak yang sibuk beli jersey Malaysia lepas skuad negara start naik balik. gua memang percaya dari dulu, one day akan ada balik suasana macam zaman Semi Pro, stadium penuh je tiap kali game.

yang gua dapat tau sekarang, kat FB pun dah kecoh suruh Datuk K.Rajagobal letak jawatan. gua nyampah dengan org2 yang sibuk suruh letak jawatan nih. mesti bodoh orang2 camnih. bukan apa, kalau pecat, bila nak dapat keserasian tu? wake up la. scene bolasepak Malaysia ni bukan EPL la wei. it's not the end of the world, kita still ada Piala Asia. so,biar maintain team ni, and Datuk Rajagobal, learn from your mistakes too. jangan terlalu support player tu. kalau 1st game nampak dia kaget, xtau nak buat apa, try the other way around. aku tau bola sepak ni bukan american football, yang mana defence and offence ada coach memasing.

sebelum makin panjang gua melalut, baik gua stop kat cnih. bawah ni gambar2 lepas skuad Harimau Malaya dinafikan kelayakan ke pusingan ketiga Piala Dunia Zon Asia. sila tgk.



Norshahrul Idlan Talaha dipujuk oleh isteri dia lepas tgk Harimau Malaya x dapat ke pusingan seterusnya. Sebak weh gua tgk pic nih. kita yang x main pun frust, apa lagi tukang main yang galas tanggungjawab nih...

Apek, Safee Sali and Amirulhadi. Safee Sali siap mintak maaf kat penyokong. xpe bro, still boleh improve banyak benda, just pijak lah pada bumi yang nyata.

player of the match, Apek pun frust jugak. mana tak, dia kerja paling kuat untuk pastikan gawang Malaysia x bolos. good job bro. you and the team layak dipuji walaupun still ada kelemahan.

kepada semua peminat, jangan putus asa lagi dengan team nih. diorang still ada perjalanan yang jauh. papehal pun, sekarang ni kita tgk kemampuan team Ong Kim Swee, kita bagi team Rajagobal rehat dulu, bleh? time to move on. and bawah ni adalah jadual perlawanan untuk Olimpik 2012... be prepared!

21 September 2011 - Japan vs Malaysia
23 November 2011 - Malaysia vs Syria
27 November 2011 - Malaysia vs Bahrain

5 Februari 2012 - Bahrain vs Malaysia
22 Februari 2012 - Malaysia vs Japan
14 Mac 2012 - Syria vs Malaysia

jom kita pastikan stadium untuk perlawanan kat atas ni penuh. kekalkan sokong Harimau Malaya. we can do it...

p/s : Malaysia, Tanah Tumpahnya Darahku...

2 comments:

Marvic said...

ala..aku pon tetiba rasa sebak bila tengok gambar nangis tu..

phat_lee said...

bukan ko jek.ramai lagi yang sebak...masa seri aritu pun aku dah sedih..huhuhu..