Saturday, 30 July 2011

Good bye WC 2014, kita try kelayakan 2015 plak.


Yup, gua tau gua 'ter'lambat post pasal result Kelayakan Piala Dunia 2014 Brazil bagi Zon Asia. pedulik hapa gua. gua nak gak puji team yang gua dah lama tunggu boleh buat impact camnih. skuad Harimau Malaya x layak untuk ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia Zon Asia selepas terikat 1-1 dengan musuh tradisi Singapura pada Khamis lepas. Anyway, tahniah gua ucapkan secara ikhlas, sebab skuad negara kali ini dapat buat stadium penuh, buat semua orang berdebar menunggu tarikh perlawanan. cuba bagitau gua bila kita, rakyat Malaysia kali terakhir amik kisah pasal skuad bola sepak negara nih? yang gua tau, tahun 2007 dulu masa final Piala Suzuki tu pun setakat 2000 je penyokong negara yang datang. tapi sekarang? yang gua dengar, dekat 90,000 jugak yang datang bagi sokongan. tapi apakan daya, nasib x menyebelahi kita.

game aritu gua tengok dengan Cik Nila bersama-sama kengkawan highschool gua dulu. gua x nafikan Singapura lepas banyak peluang, heck, even Malaysia pun ada peluang. tapi terus terang, ini kritik gua untuk skuad Harimau Malaya, walaupun gua tau diorang pun x baca benda nih.

1. Need to study more on ball controlling, passing, tackling and dribbling. sebab selalu sangat bola tu terlepas kat player lawan. really Datuk K.Rajagobal, u need to look at this kinda problem.

2. Need more international friendly game so that player x kaget sangat, x kisah la dari negara area mana. termasuk la Senegal. why? sebab Senegal pernah buat sejarah layak ke Suku Akhir World Cup dulu sebagai pasukan underdog...gua pernah sokong team ni sebabkan semangat diorang.

3. Semangat Harimau Malaya lepas menang Piala Suzuki tahun lepas gua tgk dah merudum. main macam xde semangat. gua rasa elok satu team dengan coach and manager g masuk PLKN or Wataniah. kasi kuat mental and lebih rasa berjuang untuk negara.

4. Singapura ada padang tiruan, bila Malaysia nak ada pulak? bukan apa, so that nnt atas padang tiruan kat negara orang lain, kita x risau sangat dengan keadaan permainan. at least biar semua player dalam negara ni merasa main atas padang tiruan.

5. Fizikal. kena set untuk tahan 120 minit.

6. Cari seberapa banyak play maker supaya ada back up, so that xde la masalah macam masa Safiq Rahim kena buang padang tu.

itu jek yang gua boleh pikir sekarang. bukan nak tunjuk pandai, tapi yang gua tgk, part di atas ni memang ada masalah. gua bukan pakar bolasepak, tapi sebab sayangkan skuad Malaysia nih. gua dari dulu, sejak tahun bila ntah, yang team Malaysia yang ada Zainal Abidin Hassan dulu, game final Sukan SEA kalau x silap gua, kalah. and satu team kena pecat. since then, gua jadi penunggu bila team Malaysia nak naik balik.

sejak dari hari tu, gua panas telinga bila tgk game Malaysia, ada suara2 yang cakap "tgk pun buat apa, confirm kalah," and yes, member2 gua pun ada gak penyumbang statement2 tadi, dan diorang jugak yang sibuk beli jersey Malaysia lepas skuad negara start naik balik. gua memang percaya dari dulu, one day akan ada balik suasana macam zaman Semi Pro, stadium penuh je tiap kali game.

yang gua dapat tau sekarang, kat FB pun dah kecoh suruh Datuk K.Rajagobal letak jawatan. gua nyampah dengan org2 yang sibuk suruh letak jawatan nih. mesti bodoh orang2 camnih. bukan apa, kalau pecat, bila nak dapat keserasian tu? wake up la. scene bolasepak Malaysia ni bukan EPL la wei. it's not the end of the world, kita still ada Piala Asia. so,biar maintain team ni, and Datuk Rajagobal, learn from your mistakes too. jangan terlalu support player tu. kalau 1st game nampak dia kaget, xtau nak buat apa, try the other way around. aku tau bola sepak ni bukan american football, yang mana defence and offence ada coach memasing.

sebelum makin panjang gua melalut, baik gua stop kat cnih. bawah ni gambar2 lepas skuad Harimau Malaya dinafikan kelayakan ke pusingan ketiga Piala Dunia Zon Asia. sila tgk.



Norshahrul Idlan Talaha dipujuk oleh isteri dia lepas tgk Harimau Malaya x dapat ke pusingan seterusnya. Sebak weh gua tgk pic nih. kita yang x main pun frust, apa lagi tukang main yang galas tanggungjawab nih...

Apek, Safee Sali and Amirulhadi. Safee Sali siap mintak maaf kat penyokong. xpe bro, still boleh improve banyak benda, just pijak lah pada bumi yang nyata.

player of the match, Apek pun frust jugak. mana tak, dia kerja paling kuat untuk pastikan gawang Malaysia x bolos. good job bro. you and the team layak dipuji walaupun still ada kelemahan.

kepada semua peminat, jangan putus asa lagi dengan team nih. diorang still ada perjalanan yang jauh. papehal pun, sekarang ni kita tgk kemampuan team Ong Kim Swee, kita bagi team Rajagobal rehat dulu, bleh? time to move on. and bawah ni adalah jadual perlawanan untuk Olimpik 2012... be prepared!

21 September 2011 - Japan vs Malaysia
23 November 2011 - Malaysia vs Syria
27 November 2011 - Malaysia vs Bahrain

5 Februari 2012 - Bahrain vs Malaysia
22 Februari 2012 - Malaysia vs Japan
14 Mac 2012 - Syria vs Malaysia

jom kita pastikan stadium untuk perlawanan kat atas ni penuh. kekalkan sokong Harimau Malaya. we can do it...

p/s : Malaysia, Tanah Tumpahnya Darahku...

Wednesday, 27 July 2011

Malaysia vs Singapore, WCQ Brazil 2014.


last week tiket yang ni laku kat Stadium Jalan Besar.. macam tiket bas mini je gua tgk... and melalui tiket ni jugak la Harimau Malaya kalah kepada Sang Singa...

tapi Khamis ni, 28/7/2011, tiket yang kat bawah ni pulak yang laku. dalam masa beberapa jam je dah terjual 75,000 keping tiket. hari ni tinggal balance lagi 25,000. katanya penyokong Singapore beli x sampai 2,000 keping. sama ada yakin diorang boleh menang atau dalam kepala dah set penyokong Harimau Malaya akan merusuh kalau kalah... tak tahu la kan??

anyway, gua harapkan kemenangan Harimau Malaya kali nih. pada semua player, please o please focus for the last 90 minutes to 120 minutes. we can do it... gua memula rasa nak join tgk kat stadium, tapi sebabkan Jumaat tu kerja, maka simpan la niat tu. first and last gua layan bola kat stadium ialah masa friendly Malaysia vs Brazil. meremang bulu roma masa jalan menuju ke stadium, gua dengar suara berpuluh ribu peminat bola nyanyi lagi Negaraku. serius meremang beb..

environment memang berbeza kalau tgk kat stadium dengan tgk kat kedai mamak or rumah. tapi malam esok, gua tgk kat kedai mamak je la dengan Cik Nila. boleh pekena Roti Nan or apa2 makanan lain.. hahaha... tapi kedai mamak pun x kurang jugak menarik dia. last week punya game, bila Harimau Malaya dapat 2nd & 3rd goal tu, meremang jugak la sebab tempikan 'gol'...

tapi gua yakin, malam esok akan jadi game yang 'epic'... bukan 'epic movie' yang biol tu.hehehe... 'epic' sebab dua2 team adalah musuh tradisi, ibarat Manchester United dengan Liverpool, and malam esok Harimau Malaya perlu main berhabis-habisan untuk layak ke 3rd round.

papehal pun, sukan menyatukan kita semua... so, peace! gi stadium with peace, balik dari stadium pun with peace.

p/s : come on Harimau Malaya, stay focus, stay strong. may the force be with you!



p/s2 : kepada pihak berwajib, sila ambil tindakan sewajarnya kepada owner link ini...


kalau ye pun nak untung, jangan la sampai 10 kali ganda harga dia...

Sunday, 24 July 2011

Result : Singapore (5) vs Malaysia (3)...


Malam tadi, 23/7/2011, Harimau Malaya tewas kepada The Lions Singapura dengan jumlah jaringan 5 -3 ... entah mana silapnya malam tadi, gua tgk pun frustrated. tapi perjuangan masih belum selesai... next game akan berlangsung di negara kita pulak...


Gua bukan pakar bolasepak, tapi bila tgk game tadi, gua frust betul dengan defend and goalkeeper Harimau Malaya punya performance. seriously frustrated. imagine The Lions dapat score 4 gol sebelum tamat separuh masa pertama. perlu di ingat, player The Lions ada yang berumur 41 tahun, and yes, dia berjaya score dalam game malam tadi.

Gua frust dengan semua persembahan malam tadi. maybe la, sebab padang tiruan pun satu hal. bola akan jadi lebih laju berbanding main atas padang rumput. tapi tu bukan alasan bila keeper mcm x berusaha langsung utk save bola. gua tgk masa 2nd and 3rd goal tu. frust beb...huhuhu...

lagi satu yang mungkin punca, ialah so called 'Awang Import' The Lions... sekali diorang body contact, player Harimau Malaya dah macam kena langgar dengan kereta...

papehal pun, kita masih ada peluang..tapi dengan keputusan 5-3 ni, kita kena menang di tempat sendiri dengan score 2-0, atau 3-1, atau seberapa banyak yang boleh, as long beza jumlah gol dalam game tu x kurang dari 2...

come on Harimau Malaya!!! please jangan hampakan harapan penyokong nak tgk kenapa Harimau Malaya wajar digeruni semula di Asia...

p/s : Malaysia ~ Tanah Tumpahnya Darahku...

Saturday, 23 July 2011

All hails Monster Tajima!!!


Mungkin ada antara lu orang yang x kenal sapa kejadahnya Nobuhiro Tajima nih. well, gua sendiri pun x kenal dia sebab dalam susur galur keluarga gua xde kaitan dengan dia. tapi, pakcik Tajima ni, atau dengan nama glemernye Monster Tajima adalah orang yang x asing lagik dalam dunia race Hillclimbing, rally, and also merupakan pengasas bengkel tuning Monster Sport.


apsal orang tua ni glemer sangat? well, yang gua tau pakcik resakse Tajima yang berusia 61 tahun ni merupakan manusia terpantas dalam acara Pikes Peak International Hill Climb. and baru-baru ni Monster Tajima dah pecahkan record beliau sendiri, iaitu dengan masa bawah 10 minit untuk tamatkan Hillclimb Challange nih. Pada tahun 2007, Monster Tajima berjaya set record baru, iaitu 10 minit 1 saat, tapi pada bulan lepas, dia pecahkan record dengan kepantasan 9minit 51 saat!! world record by an old guy!

p/s : kenapa patut respect? tgk video atas ni and pikir la...umur Monster Tajima dah 61 tahun masa dia pecahkan record dia sendiri...

Brazil 2014 World Cup Asean Qualifiers...



To all supporters of Harimau Malaya, tonite, 7.30 pm, our National Team will be facing our traditional enemy, The Lions of Singapore. No matter what people said about our Harimau Malaya, we must show them who we are.

To Harimau Malaya, play as you guys play against Garuda of Indonesia last December. Hari ini merupakan perlawanan pertama, make sure defend kita x bagi ruang, and striker kita try cari goal seberapa banyak. Trust us, the supporters of Harimau Malaya will be cheering here, walaupun x dapat follow skali ke Singapore.

p/s : To the coach of Taiwan @ Chinese Taipei, jangan la marah kitorang dapat kalahkan korang walaupun dengan 3 penalty dalam satu game...

Friday, 22 July 2011

Golden Hindi...


mesti lu orang yang pernah lepak kat ruang tamu dengan parents sambil layan filem hindi lelama pernah dengar lagu ni kan? gua dulu2 rajin gak tgk pilem hindi nih...(kantoi), tapi dulu la. sebab pilem2 zaman lama ni penuh dengan moral and real life situation. lagu bawah ni antara kegemaran ayahanda and bonda gua. hehehe...and gua jugak.


yang gua ingat pasal pilem Yadon Ki Barat ni, cerita pasal 3 beradik yang terpisah sejak kecik, tapi dipertemukan oleh lagu yang selalu dinyanyikan oleh orang tua diorang masa kecik. tapi masalah ialah, abang yang sulung merupakan penjenayah @ perompak ke hapa ntah yang diburu pak polisi... so masa lagu nih, dia nak join nyanyi bersama pun xleh, so tgk and nanges je la sebalik dinding.hehehe...

p/s : korang x pernah ke x minat pilem hindi? you sure ahh???

Wednesday, 20 July 2011

Gua dan eww!!!

assalamualaikum ! posting kali ni gua dapat dari facebook member gua. memula malas nak layan video nih. tapi bila dah layan, this dude memang cool. and video yang gua post kali ni ialah pasal topic penggunaan ejaan kegemaran bebudak zaman sekarang. iaitu menjahanamkan dan juga membuat gua nak bagi friendly punch straight kat muka person yang gedik2 guna perkataan nih...iaitu penggunaan 'ew'. contoh? akew (aku), itew (itu)...


macam mamat ni cakap, perkataan jenis tu ada yang cakap ayat cute. ayat cute? sure aah? really sure ahh this kinda word is cute? pada gua, cute lagi anak sedara gua sebut nama gua...aileee...hehehe...papehal pun, gua anti 'ew' nih. tapi nak bagi friendly punch pun, bangsa2 ni ramai... macam parasit dah...so elakkan je dari jumpa org2 gini...

p/s : akew puwn rasew nakew gunew kewjap laww...sh*teww...

gua lu aku engkau saya awak kawe demo...

tajuk entry xde makna?
memang pun....
cuma ramai member2 aku guna perkataan 'gua, lu'...
gua pun nak try la sebulan dua...
kalau ok, gua on sampai gua tukar balik guna aku...
kalau tetiba gua x guna aku tapi guna saya...

gua xtau maknanya....
lu orang jangan marah gua pulak...
nnt saya takut awak2 semua xnak baca blog saya dah....
(sekadar hiasan bingai)


Tuesday, 19 July 2011

Dinner malam itu...


Semalam, aku n Cik Nila g makan malam kat Kajang. dia pun baru je balik dari Johor. otstesen bak kata orang2 kampung...hehehe...

kitorang dinner kali ini nak pekena satay...so kitorang pun order la..and also order nasik. selepas satay selamat dibalun, masa utk makan main course plak...(satay tu bukan main course ke???) nak dijadikan cerita, tetiba Cik Nila terperasan ada serpih kaca dalam nasik dia. aku pun risau jugak masa tgk memula. kot2 ada yang buat lidah luka or apa-apa.

dengan rilexnya aku panggil budak yang amik order kitorang tadi. pujian jugak kat budak tu sebab dia memang elok je jawab. lepas mintak maaf and tukar nasik, dia siap belanja kitorang makan. aku n Cik Nila pun dah agak serba salah. ye la, orang tu meniaga, and mengaku salah diorang, tapi aku x sangka plak dinner malam tu sampai on the house. kitorang insist nak bayar jugak, well at least bayar satay la, sebab cecah RM12 utk satay sahaja.

lepas memasing degil, kitorang nak bayar jugak walaupun satay sahaja, sebab tau bukan salah dia pun...and budak laki tu plak insist kedai belanja makan kitorang malam tu...last2 dia mintak bayar duit minum jek...em, ok la kan?

well, moral of the story is, kepada tukang jual, make sure la benda ni x jadi lagik. sebab secara jujur, satay gerai tu memang sedap. aku n Cik Nila plak bukan xtau customer punya rights, tapi kitorang paham la orang meniaga...lagipun budak laki tu ok dengan kitorang, so agak berat jugak la nak terima sampai macam tu skali. kalau x ok, memang terus je aku report. hehehe...

kepada customer plak, kalau jadi kes2 camni, xyah la nak tengking2. ko nak makan makanan yang diorang masak,ko nak tengking2 bagi semua orang dengar n malukan orang kedai tu? kalau org kedai tu ego, xpe la jugak. jangan la sebab ayat "customer always right", korang bleh buat and demand macam2. kalau kena gaya makanan tu x dihalalkan? x ke naya? hehehe...

p/s : tolerate is the best thing to do, bukan guna customer always right punya terms...

SB1ヤマトシビック VS B110アドバンサニー


mesti korang x paham kan apa yang tertulis kat title tu? aku pun bukan reti, just yang pasti ada perkataan SB1 Honda Civic vs B110 Datsun...maybe Cik Nila bleh translate???


link ni aku amik dari member aku. actually dia pun merisik dari youtube gak. hehehe...papehal pun, ini la rupa race tahun 70'an dulu. and yes, dua2 model ni adalah model top jugak dalam scene race Jepun. yang aku tau, Honda Civic dalam video ni guna enjin yang asalnya 1.2cc, tapi confirm dah rebore dan di mod sepenuhnya kepada racing spec...

hasilnya??? about 180hp dalam sebuah kereta comel yang berat x sampai 1000kg. Power to weight ratio yang agak resakse pada aku...hehehe...

p/s : sampai sekarang aku masih menghargai kereta-kereta lama...

Sedara gua kat Jepun~


Yup, dalam gambar kat bawah ni adalah sedara aku yang camna ntah tercampak kat negara asal moyang kitorang dulu, Jepun...


Gambar ni diambil baru-baru ni jek masa dia dengan geng2 Jepun dia naik Mount Fuji (sesungguhnya aku jeles!) and dia jugak adalah salah sorang pejuang bangsa. x caya? cuba klik gambar tu...

p/s : lu bila mau balik Malaysia? kita layan BBQ lagi laa (itu pun kalau dia baca blog hampeh inih)

Sunday, 17 July 2011

Malaysia vs BPL Big Four.


Yeah ~ aku tau Harimau Malaya kalah dengan dua2 team besar BPL, iaitu Arsenal(4-0) and Liverpool(6-3). and yes, aku a bit frustrated dengan result dua2 game. aku x dapat tgk both game tapi bila tgk kat Youtube, memang patut la defend Harimau Malaya kena hukum. Bak kata member aku, Ahmad Syah, player kita terlalu respect kepada team lawan. and yes, sebab xnak injured pun ye gak memandangkan Harimau Malaya akan bertemu The Lions Sabtu ni, 23 Julai kat Singapore untuk perlawanan Kelayakan Piala Dunia Zon Asia... anyway, bawah ni adalah score-score game Harimau Malaya vs Liverpool..


pada aku, team kita bagi gol mudah to Liverpool tu... aku percaya kalau la friendly ni buat lepas kelayakan lawan The Lions, aku rasa result will be better than both games...lagipun setakat friendly jek. at least Rajagobal nampak tang mana yang still kena improve. kena fikir positif la kan?

masa lawan Arsenal pun, yang aku tgk, keeper paling lemah, second to blame ialah defend. pada aku wing Harimau Malaya dah ada improvement. tapi siapa la saya nak komen lelebih pasal bola ni kan? zaman sekolah dulu pun sepak bola pun kantoi...hehehe...

papehal pun, Sabtu ni aku rasa nak pakai baju kuning. aku percaya Harimau Malaya bleh baham The Lions walaupun Singapore main psycho...main kat stadium kecik yang bleh muat 6000 penonton, 4500 adalah penyokong Singapore sebab tiket untuk org luar setakat 1500 je dia bagi...

oya, game semalam sama macam masa team kita against Arsenal. semalam Stadium Nasional da jadi macam Anfield, semuanya merah jek...memang ada yang akan cakap, "diorg datang sekali sekala, y not kitorang pakai je jersi merah," it's all about moral support la dude...kita sebagai penyokong ni jadi player ke-12 dalam game2 camnih... aku tgk Safee Sali pun xtau nak celebrate goal dia kat area mana sebab tgk semua merah... kalau aku pun aku lari tgh padang jek...

papehal pun aku percaya Harimau Malaya akan bangkit lawan musuh ketat kita...kena ingat, Singapore main dengan player import, sama macam Indonesia import si Gonzales tu. kita je still 100% Malaysian...

p/s : win or loose, aku still berbangga dengan skuad Harimau Malaya... satu2nya wakil Asia Tenggara untuk Olympic 2012 pun kita gak...hopefully lepas ni lagi banyak la international friendly...

Friday, 15 July 2011

Gelak2 petang Jumaat...

Aku dapat benda ni dari abang aku.

Berikut adalah nama Isteri di HP Suami (hasil survey majalah)


Baru menikah: MY LOVELY WIFE

1 thn menikah: MY WIFE

5 thn menikah: HOME

10 thn menikah:IBU PEJABAT

15 thn menikah: BILIK GERAKAN

20 thn menikah: BOS:

25 thn menikah: WRONG NUMBER

30 thn menikah: WONG EDAN

dan yang paling epic...

⑨ 35 thn menikah : MAK LAMPIR...


Jangan marah yek...cuma seronok2 di petang hari...hehehe...

Saturday, 9 July 2011

Wasiat Bapa Kemerdekaan Kita.


aku dapat benda ni dari blog Mazidul Akmal Sidek...
bila baca final line tu, aku rasa Tunku a bit frustrated...

how about u guys...
rasa apa yang aku rasa?

Wednesday, 6 July 2011

Ferrari F40 vs Porsche 959


Aku minat video ni. sebab apa? sebab dua kereta yang legendary, di uji untuk drag race. Dua-dua kereta ni adalah kereta tahun 80an...and yes, dua-dua ni supercar yang dari dulu berentap dengan setiap model baru yang diorang keluarkan... Ferrari F40 dengan Porsche 959... cool...



p/s : time drag neck to neck yang best tuuu....

Tuesday, 5 July 2011

Proses "Copy, Edit & Paste" yang Blockbuster!


Transformers : Dark Of The Moon memang gempak kan? tapi aku baru dapat tau dari Youtube pasal proses "copy, edit and paste" satu scene dalam citer Transformers tu dari scene movie The Island... here it is...


Info yang xtau boleh dipercayai atau x mengatakan ada scene yang dibuat utk filem Transformers mengakibatkan stunt man diorang injured, mati atau x aku xtau.. so bagi mengisi kekosongan scene tu, diorang pun sumbat la scene yang di ambil dari citer The Island tu...