Friday, 10 June 2011

Puss In Cage~


Hola! actually aku da lama nak post pasal budak nakal 2 ekor nih...tapi sebab xde kamera untuk amik gambar, so xdapat la nak post...ye la, mana syiok xde gambarkan? gambar ni pun ihsan dari Cik Nila.

okies, kucing 2 ekor ni aku namakan Broadband & Blackie, dua beradik nih. and dua2 jantan...



nampak baik je kan? memang baik pun, manja plak tu...itu bila dalam cage la, bila aku lepaskan diorang nih, abis netting nyamuk yang mak aku pasang dia panjatnya. kucing ni pun selalu gak dapat mainan and also vitamin, ihsan Cik Nila sebab dia nak kucing ni sihat n gemuk. tapi sekarang x gemuk, berat je lebih..hehehe...


start cerita, aku jumpa dua ekor ni kat belakang bawah kereta Honda Accord aku, pagi masa aku nak g keje. time tu dua ekor ni kecik lagi, adala besar sikit dari tapak tangan. time tu pulak hujan, aku pun masukkan dalam kotak and biarkan kat tempat redup skit so that mak kucing ni boleh jumpa. and malam tu masa aku balik, aku tgk kotak dah beralih, ingatkan maknya da amik bawak g tempat lain, bila aku tgk kat dalam, dua2 ada lagik and x bergerak. aku dah start sedih sebab comel sangat, tapi tetiba tgk mata dia jeling kat aku, terus je bawak masuk area umah aku. aku letak kain je bagi panas.


aku terpikir nak letak kat tempat lain since mak aku kata dah xnak bela kucing dah sejak Buffy mati. so sebabkan kesian, aku pun bawak la dua2 ekor ni g skali g keje. siap belikan susu anak kucing and also botol susu lagik. kat basement parking, aku tinggalkan dua2 dalam boot, since kereta aku aeroback, so xde masalah udara la... aku letakkan makanan dengan harapan dia makan. tapi x jugak, kebulur pun dia minum susu jek. selalunya Cik Nila yang bagi guna botol. time aku bagi xnak pulak dia minum..hehehe..


so aku pun mula beli sangkar... kecik je dengan harga RM50, itupun cage utk travel actually. time tu dua2 ekor da start lasak. tgh drive pun dia bleh panjat tengkuk aku apa bagai. so letak dalam cage, tinggalkan kat umah jek. mula dari situ la mak aku cakap, "cage kecik, kesian kat dua ekor tu," sebab aku belikan bekas jamban masa tu, so aku pun me 'mudah.my' kan diri cari cage...dapat la cage 2 tingkat dengan harga RM150. boleh muat 2 ekor kucing dewasa.


dari masa tu, sampai la sekarang, mak aku rajin lepaskan kucing tu. kengkadang mak aku call masa aku kat opis just nak btau kucing tu dah keluar, dah makan apa bagai. mak aku suka la tu. lagipun anak buah aku suka main dengan kucing2 nih...walaupun geli-geli lagik.hehehe...



pasal nama plak, kenapa aku panggil yang atas ni Broadband and yang bawah ni Blackie?



as usual, nama Blackie ni dapat sebab dia hitam. tapi ada putih kat dada n perut dia...ibarat kucing pakai two-piece...hahaha...Broadband plak? sebab masa kecik dia makan paling banyak, and yes, selalu buli Blackie. kira spoil brat jugak la nih...aku bagi nama Broadband sebab perut dia lebar dan berjalur. better nama yang aku bagi daripada idea adik aku, J Lo n Justin Bibir. xleh blah..huhuhu... kalau pasal mandi, Broadband ni ok, x susah sangat nak mandikan, tapi Blackie, perghhh...menggelupur time mandi...hehehe..


ok la. rasa tu jek aku nak citer pasal budak 2 ekor nih. walaupun belum cecah setahun., tapi aku rasa berat dia dah boleh tahan la jugak huhhu...kalau bagi Royal Canine yang sekilo RM25, x sampai 3 minggu pun...huhuhu...kopak la jugak aku...adeh...


p/s : budak nakal ni pun buli adik aku jugak. hahahaha...


No comments: