Tuesday, 14 June 2011

Petang Isnin 13.6.2011

Orang-orang kat Malaysia sekarang ni macam ramai sangat yang kaya, kan? Almost every day aku nampak kereta Porsche 911, kalau Porsche Cayenne tu lagi la xyah citer, hari-hari boleh nampak kat KL nih. Lamborghini? xpayah la. selalu sangat nampak. Kat sebelah opis aku pun ada sebijik Gallardo oren. Ferrari lagi x payah cerita. Supercar zaman moden ni macam dah selalu sangat aku nampak sampai kurang heran dah. Aston Martin? kat Shah Alam pun ada. Aston Martin DBS kalau x silap aku...tapi kali ni memang aku and Cik Nila bertuah sangat sebab jumpa kereta nih...

Kereta apa nih? ini adalah kereta the legend......wait for it....daryyyy Ford GT40. yes, this is the original GT40. kenapa aku sengetkan perkataan "the" tu? sebab Ford ada buat versi moden, tapi nama dia Ford GT, bukan GT40. kitorang nampak kereta ni masa lepak makan nasik lemak lepas kerja kat Desa Pandan. pada mulanya aku ingatkan bunyi superbike...sekali tengok, hambik! dengan racing stripes and decals Gulf Racing, memang banyak mata-mata yang perati kereta ni. aku lagi la...sampai letak sudu and garfu. nasib baik la nasik da abis.hehehe... belum dengar time dia tarik in gear kat traffic light.walaupun jauh, tapi bunyik dia...superb sgt sampai meremang segala bulu...

time dia lalu, korang boleh dengar sound V8 dia growl. totally superb sound from the 60's...hehehe...oh ya, fyi kereta ni juga adalah kereta klasik. and dari engine so called classic tu jugak korang boleh tweak sampai ke 700hp...

okey, kenapa nama dia GT40? well, GT stands for Grand Touring manakala 40 pulak stands for ketinggian kereta itu iaitu 40 inci. awal tadi aku ada sebut pasal Ford GT kan? well pada tahun 2002, Ford decide untuk keluarkan balik kereta GT40 nih, tapi oleh sebabkan ketinggian kereta baru adalah lebih 3 inci dari yang asal, maka supercar itu dipanggil Ford GT.

walapun rupa atuk GT n cucu GT ni sama, still ada beza dia. antaranya? body line...GT40 ada curve yang lagi smooth compared dengan FordGT. antara lain ialah lampu belakang and also lampu depan. tapi korang lagi senang detect tgk lampu belakang jek.

p/s : hopefully ni bukan kali terakhir aku jumpa kereta tu...

2 comments:

Nino said...

the best engine sound i ever heard.. meremang bulu roma.. cishh!

phat_lee said...

hehehe...pastu dalam mimpi pun sibuk buat...hehhe...