Thursday, 30 June 2011

Movie : Transformers - Dark Of The Moon.


Aku membesar dengan kartun Transformers ni. Ayahanda aku pun pernah hadiahkan aku figura Optimus Prime version Headmaster... so agaknya aku bleh la digelar Transformers Fans kan? hehehe...papehal pun semalam, 29/6/2011 movie baru Transformers : Dark Of The Moon dah keluar kat pawagam so aku n Cik Nila layan la movie nih...


Kisah kali ni pasal Autobots yang di lead oleh Optimus Prime baru dapat tau yang manusia bumi ada menyimpan rahsia yang diorang dapat iaitu teknologi canggih planet Cybertron, iaitu sebuah alat teleport. kejadian berlaku pada tahun 60-an. mesin teleport itu dijumpai di bulan, area pesawat Autobots terakhir yang membawa Sentinel Prime, (bukan Sentil yek) iaitu Ketua Autobots pertama selama 500,000 tahun sebelum Optimus Prime, terhempas akibat ditembak oleh Decepticons. ini rupa Sentinel Prime tu...



Optimus Prime & The Autobots hangin bila dapat tau pasal rahsia yang manusia simpan selama berpuluh tahun, telah ke bulan untuk membawa pulang Sentinel Prime. keadaan SP yang tenat tu dah dapat dipulihkan dengan The Matrix dari OP. Pada masa yang sama, Megatron dibantu oleh sidekicknya Starscream, Soundwave & Shockwave, berjaya mendapatkan bantuan melalui manusia-manusia secara paksa. Menggunakan alat Teleport yang hanya mampu dioperate oleh Sentinel Prime, Megatron berjaya membawa Cybertron yang musnah untuk menggantikan bumi dan menggunakan hasil bumi dan manusia sebagai hamba. oya, Sentinel Prime tu pun jahat sebab dia sekongkol dengan Megatron. Cian Ironhide mati kena bunuh dengan Sentinel. lupa plak, ni rupa Shockwave tu...



Macam biasa, battle ni mula dengan sebanyak 200 Decepticon masuk ke bumi, Autobots dikatakan punca peperangan, di halau dari bumi dan rupa-rupanya kapal pengangkut Autobots tu dummy jek. (hambik ko semua aku btau)...and hero pun menang...


okey, part nak komen. pada aku CGI T : Dark Of The Moon ni x menghampakan. yang buat aku frust, jalan ceritanya macam ada something missing, tapi aku xtau apakebenda. rasa plot citer Revenge Of The Fallen lagi kukuh. Bak kata Cik Nila pulak, kesinambungan dalam movie tu xde, rasa itu yang buat citer tu rasa kosong kot. lagi satu, aku setuju dengan Cik Nila bila Transformers kali ini nak serapkan cara hidup manusia masuk ke dalam cara hidup Autobots & Decepticon. Megatron yang cedera dari movie yang 2nd tu ada macam kutu robot kat kepala, lepas tu dengan gaya seorang @ sebuah Drifter (org merempat)...


Optimus Prime pulak kali ni macam fragile sangat2 compare dengan masa dia kena tikam masa T : Revenge Of The Fallen. orang kata scene gaduh n perang dia dasat, pada aku x berapa sangat sebab rasa Optimus Prime kurang kick arse kali nih. cara yang jahat mati pun kurang menarik. semua bermula masa gegurl si Sam Witwicky ni nampak Megatron, lalu meracun Megatron, kononnya kalau dapat bumi, Sentinel yang akan jadi leader, bukan Megatron. so Megatron bunuh Sentinel masa Sentinel nyaris dapat bunuh Optimus, lalu Optimus bunuh Megatron. Pemeringkatan 2 kali tu...ni rupa Megatron in disguise, lori tu dalam movie baru...



yang bwh ni plak masa mengganas dalam T : Revenge Of The Fallen...



kalau ikut banyak je lagi benda x kena, such as kenapa Autobots tetiba attack negara Arab, pastu perlu ke robot watak Q tu rupa macam Einstein? tapi nnt org ckp, benda tu movie, apa yang nak diherankan...so go to hell dengan sesapa yang kata aku x reti menilai movie nih...hahahaha....sebelum end, ni poster Decepticon : Shockwave.



p/s : Transformers : Dark Of The Moon totally over-rated... not worth it tgk kali ke dua...


No comments: