Saturday, 11 June 2011

Movie : Super 8

Last Thursday aku and Cik Nila layan movie nih... cerita arahan J.J. Abrams dengan Steven Spielberg sebagai producer, citer Super 8...


cerita ni pasal apa? okies, movie ni katanya, katanya laaa, ada kena mengena dengan real life pengarah tu sendiri. part mana, xtau la plak. aku x borak dengan J.J. Abrams lagik.hehehe...berbalik pada plot.


senario filem ni adalah pada tahun 70's, di mana pada masa itu, ada sekumpulan budak sekolah tengah berusaha nak siapkan movie pendek untuk dimasukkan ke dalam sebuah pertandingan filem @ movie. kebetulan pada satu malam, masa diorang tgh shooting kat stesen keretapi, satu kemalangan dasyat dah berlaku yang mana sebuah pick up truck cikgu diorang telah berlanggar dengan keretapi tersebut. and pada scene ni, memang dasyat effect dia. puas hati beb...


pada masa kelam kabut tu, budak bernama John secara x sengaja nampak sesuatu keluar dari gerabak keretapi tu. and memandangkan dia ni minat buat model kit, automatik dia tau keretapi tu adalah hak milik Tentera Udara memandangkan ada tempat cangkuk kat atas semua kontena.


lepas je peristiwa tu, pekan kecik tersebut da start kelam kabut. enjin kereta hilang sekali banyak, oven dari kedai, semuanya hilang. even anjing2 pun larikan diri ke daerah lain. pada masa ni, pihak tentera berusaha nak rahsiakan kes sebenar dari penduduk. kumpulan budak yang sibuk shooting tu pulak tau ada benda yang bukan manusia sedang menyorok kat pekan itu.


berkaitan dengan cikgu sekolah yang rempuh keretapi tu, dia adalah bekas penyelidik Tentera Udara. and dia rempuh sebab nak elakkan dari tentera pindahkan makhluk asing tu.


kalau korang nak tau kenapa tajuk filem ni Super 8, cuba la tgk sendiri kat wayang. kalau korang minat dengan cerita Cloverfield yang J.J. Abrams buat dulu, filem ni lebih kurang macam tu jugak. alien dia x berapa nak nampak, yang membuatkan minah tua gedik kat sebelah Cik Nila x senang duduk.


papehal pun filem ni memang berbaloi bagi aku. dengan cara J.J. Abrams direct movie ni and sedikit sentuhan dari Steven Spielberg, memang cool... kena plak dengan special effect yang nahai dasat...


p/s : start next week, aku nak try beli early show Transformers : Dark of The Moon...


No comments: