Friday, 24 June 2011

Cuti - cuti Malaysia ~ Pulau Pemanggil


Actually aku nak tulis pasal vacation aku n Cik Nila beserta dengan staf IWK ni dah lama da...cuma masa and gambar je xde, asik tinggal kat opis...papehalpun, vacation kitorang ni start 27 Mei and balik on the 30th May, aku n Cik Nila amik cuti hari isnin tu.


Pada mulanya aku n Cik Nila da berat hati nak g sebab geng2 lain yang rapat x jadi nak gi last minute, tapi sebab dah bayar, so buat kitorang pun g la. kena pulak hari Jumaat tu aku memang dah stress habis kat opis, sampai rasa nak maki je orang2 yang panggil aku time tu...and jenis last minute bagi keje, time aku cuti dia nak keje siap, memang aku x gemar. so petang jumaat tu, dengan barang x pack lagi, kitorang pun balik la...aku hantar Cik Nila dulu, then jalan plak sangkut, aku sampai umah kul 8 malam. kul 10 janji nak jumpa dengan konvoi lain dah kat Sungai Besi...pastu dengan Cik Nila tertinggal kamera, patah balik Kampung Pandan... memang dalam hati aku dah terdetik apa punya nasib la...


So lepas tarik napas lega, semua barang da amik, kitorang pun head ke Sungai Besi..best part, kul 11 baru nak jumpa...cest! aku dengan lapar x makan...beli la burger Kepci...dalam kul 11, kitaorng pun gerak ke Mersing. Lalu jalan Endau Rompin, memang gelap and layan, sebab aku suka travel tgh malam. oya, plus Momo Cik Nila, ada 4 bijik keta, and keta kitorang paling kecik CC..yang lain keta Persona, Serena and Triton. sib baik aku sempat belikan K&N filter...kimat and sedap sket naik bukit time drive. Perjalanan ke Mersing tu amik masa dalam 6 jam jugak la nak sampai ke Jeti. sempat la tgk and langgar babi korban jalanraya...huhuhu...




dalam kul 5 kitorang sampai ke Jeti Mersing, naik bot nelayan je since orang x cukup. kalau x naik bot besar. so naik bot nelayan ni ada la dalam 3 jam baru sampai Pulau Pemanggil. yang lain tido kat dalam, aku tido kat luar. kesian Cik Nila sebab tido sambil duduk. sakit badan tu...yang gambar bawah ni Puan Penganjur bersama laki n anaknya...



Lepas 3 jam, kitorang pun sampai...ke Jeti Kampung Buau, Pulau Pemanggil...masa tgk keadaan pulau tu, memang best. relax yang amat. air pulak clear...




oh ya, pakcik yang tengah tolong punggah barang tu guide kitorang, nama dia Haji Yusoff Zain kalau x silap. Ex National Hockey Player...sempat la dengar luahan dia pasal team hoki sekarang...funny man, banyak bagi teka-teki ngarut...hehehe..cuba tgk pic bawah nih...






first day kitorang kat Pulau Pemanggil ni xde apa pun aktiviti...so aku n Cik Nila gi la explore kawasan. sampai area Kampung Pontianak...napa nama camtu? jangan tanya..hehehe...aku n Cik Nila g jenjalan jek, tapi sebab terik sangat, kitorang pun balik bilik memasing je, bantai tido, sampai kul 5 lebih. satu benda yang best kat cni, pintu chalet xleh kunci, sebab xde kes pun. Pulau kecik, pastu pantai berapa luas jek...bawah ni pic yang kitorang snap...











kenapa nama dia Pemanggil? masa naik bot menuju ke Pulau ni, ada satu batu besar, landmark Pulau tu...kata Haji Yusoff, batu tu kalau tenung lama2, memang nampak macam tangan orang tgh panggil...batu besar tu ada dalam gambar atas nih..hehehe..end of day 1, jenjalan je lepak and relax... malam tu kitorang reramai layan AF, then tgh malam ada geng nak layan bola, kedai makan tutup, dia bagi remote jek...MU vs Barca..aku ingat nak layan skali,tapi da belayar dah...and malam tu black out yang betul2 kelam. sampai aku rasa macam mata aku ni buta...


esoknya pulak, kitorang reramai layan snorkling. aku ni dah la x reti berenang... terapung bleh, berenang xleh...huhuhu...apa lagik, dah syiook layan snorkling, aku n Cik Nila da jadi macam duyung dah...berenang dengan ikan todak weh...hehehe...





lepas snorkling, kitorang dibawak round pulau...besar jugak tapi chalet ada berapa jek...tempat yang aku duduk tu memang kampung yang lawa..kalau ikutkan, ada dalam 3 buah kampung, tapi orang dah x ramai. ni salah satu resort yang ada...yang ni x best...pantai x besar...nama resort ni Lanting....



lepas round, kitorang balik bilik, mandi, siap2 utk lunch plak...one thing pasal makanan kat cni, memang simple yang amat. nasi putih + ikan goreng + sayur + kicap...style kampung jek...tapi ikan memang fresh. Cik Nila makan sampai licin tulang2...kat KL xde pun camtu...hehehe...oleh sebab snorkling gear kitorang sewa sehari, so petang tu aku n Cik Nila pun jadi duyung kali kedua...sampai kecut badan la jugak..hehehe...and malam tu kitorang reramai layan Mentor dengan makan Seafood jek... and masa maghrib tu, api still xde lagik. so aku n Cik Nila g la lepak jeti, tgk budak2 mancing. aku tanya budak yang lapah ikan todak, buat apa campak ke atas bumbung jeti, dia kata nak bagi helang makan pagi-pagi...perghhhh...





bukan main-main, tapi budak ni lapah todak tu macam fillet...respect la kat budak tu...hehehe...lepas tu kelam kabut sorok pancing sebab ayahnya balik dari laut...hehehe...malam tu kitorang disajikan dengan BBQ...sotong, udang, ketam, ayam...banyak weh...malam last la katakan...ni masa masak tu..






malam tu lagi skali xde elektrik, so kitaorang layan pelita ayam lite dinner...papehal pun pada aku vacation kali ini memang worth it. hilang segala stress...tapi masa balik ke jeti, ada benda x best jadi..keta member kitorang kena smash...balik tu aku drive, sendawa masam je sebab banyak makan seafood kot...acid kuat. esoknya aku kena g Pendang, Kedah plak. so sminggu x duduk KL memang heaven laa...


lagi satu, spot ni x sesuai utk orang yang hidup kena ada henpon. sebab kat Pulau Pemanggil ni memang payah gila nak cari line. ada meja kat kedai makan kitorang lepak tu penuh dengan phone. bila tanya, sebab kat ctu je ada line...hehehe...


sememangnya aku aman kat sana...relax yang amat, no stress, back to nature...i love it!



p/s : next stop, scuba diving!!!


3 comments:

otak3suku said...

best ni...brapa bajet semua?

phat_lee said...

dalam RM330. tapi make sure ko jenis bleh hidup tanpa line tepon and internet..hehehe...



aku yakin aku aman selama ada kat sana...

Ebba (Infra) said...

as salam phat lee

harap tak keberatan beri info.

1. Nama dan No telefon chalet seperti gambar di atas (chalet depan pantai sebelah pencawang tu)

2. No telefon perkhidmatan sewa kenderaan.

terima kasih.