Thursday, 30 June 2011

Movie : Transformers - Dark Of The Moon.


Aku membesar dengan kartun Transformers ni. Ayahanda aku pun pernah hadiahkan aku figura Optimus Prime version Headmaster... so agaknya aku bleh la digelar Transformers Fans kan? hehehe...papehal pun semalam, 29/6/2011 movie baru Transformers : Dark Of The Moon dah keluar kat pawagam so aku n Cik Nila layan la movie nih...


Kisah kali ni pasal Autobots yang di lead oleh Optimus Prime baru dapat tau yang manusia bumi ada menyimpan rahsia yang diorang dapat iaitu teknologi canggih planet Cybertron, iaitu sebuah alat teleport. kejadian berlaku pada tahun 60-an. mesin teleport itu dijumpai di bulan, area pesawat Autobots terakhir yang membawa Sentinel Prime, (bukan Sentil yek) iaitu Ketua Autobots pertama selama 500,000 tahun sebelum Optimus Prime, terhempas akibat ditembak oleh Decepticons. ini rupa Sentinel Prime tu...



Optimus Prime & The Autobots hangin bila dapat tau pasal rahsia yang manusia simpan selama berpuluh tahun, telah ke bulan untuk membawa pulang Sentinel Prime. keadaan SP yang tenat tu dah dapat dipulihkan dengan The Matrix dari OP. Pada masa yang sama, Megatron dibantu oleh sidekicknya Starscream, Soundwave & Shockwave, berjaya mendapatkan bantuan melalui manusia-manusia secara paksa. Menggunakan alat Teleport yang hanya mampu dioperate oleh Sentinel Prime, Megatron berjaya membawa Cybertron yang musnah untuk menggantikan bumi dan menggunakan hasil bumi dan manusia sebagai hamba. oya, Sentinel Prime tu pun jahat sebab dia sekongkol dengan Megatron. Cian Ironhide mati kena bunuh dengan Sentinel. lupa plak, ni rupa Shockwave tu...



Macam biasa, battle ni mula dengan sebanyak 200 Decepticon masuk ke bumi, Autobots dikatakan punca peperangan, di halau dari bumi dan rupa-rupanya kapal pengangkut Autobots tu dummy jek. (hambik ko semua aku btau)...and hero pun menang...


okey, part nak komen. pada aku CGI T : Dark Of The Moon ni x menghampakan. yang buat aku frust, jalan ceritanya macam ada something missing, tapi aku xtau apakebenda. rasa plot citer Revenge Of The Fallen lagi kukuh. Bak kata Cik Nila pulak, kesinambungan dalam movie tu xde, rasa itu yang buat citer tu rasa kosong kot. lagi satu, aku setuju dengan Cik Nila bila Transformers kali ini nak serapkan cara hidup manusia masuk ke dalam cara hidup Autobots & Decepticon. Megatron yang cedera dari movie yang 2nd tu ada macam kutu robot kat kepala, lepas tu dengan gaya seorang @ sebuah Drifter (org merempat)...


Optimus Prime pulak kali ni macam fragile sangat2 compare dengan masa dia kena tikam masa T : Revenge Of The Fallen. orang kata scene gaduh n perang dia dasat, pada aku x berapa sangat sebab rasa Optimus Prime kurang kick arse kali nih. cara yang jahat mati pun kurang menarik. semua bermula masa gegurl si Sam Witwicky ni nampak Megatron, lalu meracun Megatron, kononnya kalau dapat bumi, Sentinel yang akan jadi leader, bukan Megatron. so Megatron bunuh Sentinel masa Sentinel nyaris dapat bunuh Optimus, lalu Optimus bunuh Megatron. Pemeringkatan 2 kali tu...ni rupa Megatron in disguise, lori tu dalam movie baru...



yang bwh ni plak masa mengganas dalam T : Revenge Of The Fallen...



kalau ikut banyak je lagi benda x kena, such as kenapa Autobots tetiba attack negara Arab, pastu perlu ke robot watak Q tu rupa macam Einstein? tapi nnt org ckp, benda tu movie, apa yang nak diherankan...so go to hell dengan sesapa yang kata aku x reti menilai movie nih...hahahaha....sebelum end, ni poster Decepticon : Shockwave.



p/s : Transformers : Dark Of The Moon totally over-rated... not worth it tgk kali ke dua...


Sunday, 26 June 2011

Talipon bimbitku...

Hola guys and gals! Sekarang ni aku payah sket nak update blog ni. sebab apa? kamera Canon aku dah kaput 2 tahun lepas...akibat malas nak beli kamera baru, aku pun snap2 pic guna 'kamera berhenpon' aku. apakan daya last year 'kamera berhenpom' aku pulak temui ajal..so slow sket la nak update blog x laku nih...papehal pun kali ni jom kutuk henpon aku...


walaupun susunan henpon aku macam Trio Datuk T posing, tapi ni xde kena mengena yek. kalau kena pun pedulik apa aku. hahahaha...ini adalah pendatang dari Finland, Nokia Bersaudara. sebelum beli Nokia, mak aku belikan aku phone Alcatel. kalau bateri kong, ganti dengan bateri AA biasa woo...dasat. tapi xde plak pic dia...hehehe...then, Alcatel aku kaput, aku beli la Nokia 3310 ni dengan harga RM150 pada tahun 2003/2004 camtu...sekenhen jek...



aku beli ni sebab member aku yang jual, dia nak fly g US masa nih... so aku ambik je la...zaman henpon xde antena la katakan. asik main game snake je kejenye...henpon ni aku guna lama gak. sampai aku keje IWK,tahun 2009 pun aku guna lagi...tapi kalau korang tgk kondisi mcm kat atas nih...hehehe...sah tamat servis la namanya. then 3310 aku ni da start problem. korang pernah tgk 3310 punya screen boleh scroll up and kena baca terbalik? hehehe...oleh sebab time tu aku kesempitan uang, and bapak aku plak tgk kesian je kat aku, dia bagi la henpon lama dia... Nokia 7250 nih...



henpon ni ayah aku bagi..sebab selalu nak call aku jek mesti 3310 aku tiba2 off..hehehe...aku guna phone ni lama gak. kena plak aku dulu ada 2 line, memang memana g kena ada 2 phone. so guna la 3310 & 7250 nih...then abang long aku punya phone plak pindah milik ke aku...hehehe... Sony Ericson K550 ke apa ntah code dia. sejak guna menatang ni la aku rajin amik pic and buat blog. time rajin la katakan...


henpon ni jugak peneman aku masa tunggu Cik Nila abis ngajar Tuisyen kat Shah Alam. sebab apa? time dia ngajar sepanjang 2 jam tu, phone ni la aku duk dengar lagu2 faveret aku, then aku ada la amik clip2 'Whose Line Is It Anyway?'... so layan dalam kereta je la time tu...tapi apakan daya, x tahan lama. lagipun battery dia over charge, sudah kembung.huhuhu...so ayah aku pun bagi la henpon yang dia menang cabutan bertuah dengan company aku dulu kat aku. nampak sangat aku x bertuah.huhuhu.... so sekarang aku guna henpon Nokia balik... Nokia nih...



Nokia 1680 Classic...aku tau siri tu pun sebab baru je baca kat kotak tu..hehehe... neway, sekarang aku guna henpon ni jek. basic macam henpon berkamera mula2 keluar dulu. and dengan phone ni, aku asik main game jek..


mesti ada yang cakap 'apa punya cikai la budak ni layan henpon murah...' nak buat camna...aku bukan minat sangat nak beli2 henpon nih. nak beli henpon sekarang pun kena tgk spec, compatible la apa la...lagi susah dari beli kereta rasanya...hehehe..


papehal pun, insyaAllah nnt bertukar jugak la henpon lain...hehehehe....


Friday, 24 June 2011

Cuti - cuti Malaysia ~ Pulau Pemanggil


Actually aku nak tulis pasal vacation aku n Cik Nila beserta dengan staf IWK ni dah lama da...cuma masa and gambar je xde, asik tinggal kat opis...papehalpun, vacation kitorang ni start 27 Mei and balik on the 30th May, aku n Cik Nila amik cuti hari isnin tu.


Pada mulanya aku n Cik Nila da berat hati nak g sebab geng2 lain yang rapat x jadi nak gi last minute, tapi sebab dah bayar, so buat kitorang pun g la. kena pulak hari Jumaat tu aku memang dah stress habis kat opis, sampai rasa nak maki je orang2 yang panggil aku time tu...and jenis last minute bagi keje, time aku cuti dia nak keje siap, memang aku x gemar. so petang jumaat tu, dengan barang x pack lagi, kitorang pun balik la...aku hantar Cik Nila dulu, then jalan plak sangkut, aku sampai umah kul 8 malam. kul 10 janji nak jumpa dengan konvoi lain dah kat Sungai Besi...pastu dengan Cik Nila tertinggal kamera, patah balik Kampung Pandan... memang dalam hati aku dah terdetik apa punya nasib la...


So lepas tarik napas lega, semua barang da amik, kitorang pun head ke Sungai Besi..best part, kul 11 baru nak jumpa...cest! aku dengan lapar x makan...beli la burger Kepci...dalam kul 11, kitaorng pun gerak ke Mersing. Lalu jalan Endau Rompin, memang gelap and layan, sebab aku suka travel tgh malam. oya, plus Momo Cik Nila, ada 4 bijik keta, and keta kitorang paling kecik CC..yang lain keta Persona, Serena and Triton. sib baik aku sempat belikan K&N filter...kimat and sedap sket naik bukit time drive. Perjalanan ke Mersing tu amik masa dalam 6 jam jugak la nak sampai ke Jeti. sempat la tgk and langgar babi korban jalanraya...huhuhu...




dalam kul 5 kitorang sampai ke Jeti Mersing, naik bot nelayan je since orang x cukup. kalau x naik bot besar. so naik bot nelayan ni ada la dalam 3 jam baru sampai Pulau Pemanggil. yang lain tido kat dalam, aku tido kat luar. kesian Cik Nila sebab tido sambil duduk. sakit badan tu...yang gambar bawah ni Puan Penganjur bersama laki n anaknya...



Lepas 3 jam, kitorang pun sampai...ke Jeti Kampung Buau, Pulau Pemanggil...masa tgk keadaan pulau tu, memang best. relax yang amat. air pulak clear...




oh ya, pakcik yang tengah tolong punggah barang tu guide kitorang, nama dia Haji Yusoff Zain kalau x silap. Ex National Hockey Player...sempat la dengar luahan dia pasal team hoki sekarang...funny man, banyak bagi teka-teki ngarut...hehehe..cuba tgk pic bawah nih...






first day kitorang kat Pulau Pemanggil ni xde apa pun aktiviti...so aku n Cik Nila gi la explore kawasan. sampai area Kampung Pontianak...napa nama camtu? jangan tanya..hehehe...aku n Cik Nila g jenjalan jek, tapi sebab terik sangat, kitorang pun balik bilik memasing je, bantai tido, sampai kul 5 lebih. satu benda yang best kat cni, pintu chalet xleh kunci, sebab xde kes pun. Pulau kecik, pastu pantai berapa luas jek...bawah ni pic yang kitorang snap...











kenapa nama dia Pemanggil? masa naik bot menuju ke Pulau ni, ada satu batu besar, landmark Pulau tu...kata Haji Yusoff, batu tu kalau tenung lama2, memang nampak macam tangan orang tgh panggil...batu besar tu ada dalam gambar atas nih..hehehe..end of day 1, jenjalan je lepak and relax... malam tu kitorang reramai layan AF, then tgh malam ada geng nak layan bola, kedai makan tutup, dia bagi remote jek...MU vs Barca..aku ingat nak layan skali,tapi da belayar dah...and malam tu black out yang betul2 kelam. sampai aku rasa macam mata aku ni buta...


esoknya pulak, kitorang reramai layan snorkling. aku ni dah la x reti berenang... terapung bleh, berenang xleh...huhuhu...apa lagik, dah syiook layan snorkling, aku n Cik Nila da jadi macam duyung dah...berenang dengan ikan todak weh...hehehe...





lepas snorkling, kitorang dibawak round pulau...besar jugak tapi chalet ada berapa jek...tempat yang aku duduk tu memang kampung yang lawa..kalau ikutkan, ada dalam 3 buah kampung, tapi orang dah x ramai. ni salah satu resort yang ada...yang ni x best...pantai x besar...nama resort ni Lanting....



lepas round, kitorang balik bilik, mandi, siap2 utk lunch plak...one thing pasal makanan kat cni, memang simple yang amat. nasi putih + ikan goreng + sayur + kicap...style kampung jek...tapi ikan memang fresh. Cik Nila makan sampai licin tulang2...kat KL xde pun camtu...hehehe...oleh sebab snorkling gear kitorang sewa sehari, so petang tu aku n Cik Nila pun jadi duyung kali kedua...sampai kecut badan la jugak..hehehe...and malam tu kitorang reramai layan Mentor dengan makan Seafood jek... and masa maghrib tu, api still xde lagik. so aku n Cik Nila g la lepak jeti, tgk budak2 mancing. aku tanya budak yang lapah ikan todak, buat apa campak ke atas bumbung jeti, dia kata nak bagi helang makan pagi-pagi...perghhhh...





bukan main-main, tapi budak ni lapah todak tu macam fillet...respect la kat budak tu...hehehe...lepas tu kelam kabut sorok pancing sebab ayahnya balik dari laut...hehehe...malam tu kitorang disajikan dengan BBQ...sotong, udang, ketam, ayam...banyak weh...malam last la katakan...ni masa masak tu..






malam tu lagi skali xde elektrik, so kitaorang layan pelita ayam lite dinner...papehal pun pada aku vacation kali ini memang worth it. hilang segala stress...tapi masa balik ke jeti, ada benda x best jadi..keta member kitorang kena smash...balik tu aku drive, sendawa masam je sebab banyak makan seafood kot...acid kuat. esoknya aku kena g Pendang, Kedah plak. so sminggu x duduk KL memang heaven laa...


lagi satu, spot ni x sesuai utk orang yang hidup kena ada henpon. sebab kat Pulau Pemanggil ni memang payah gila nak cari line. ada meja kat kedai makan kitorang lepak tu penuh dengan phone. bila tanya, sebab kat ctu je ada line...hehehe...


sememangnya aku aman kat sana...relax yang amat, no stress, back to nature...i love it!



p/s : next stop, scuba diving!!!


Sultan Kelantan's Walk With Me - M5...


Talking about Sultan Berjiwa Rakyat? well, i guess the new Sultan Kelantan will be the best example, an educated, down to earth Sultan, Sultan Muhammad ke-5 or M5...memang kena dengan event yang dia anjurkan, Walk With Me - M5... M5 tu represent diri baginda Sultan. event ni took place kat Stadium Muhammad ke - 4, Kota Bharu, Kelantan on the 3rd till 5th June 2011...


berapa ramai yang datang? x ramai, ada la dalam 21,111 orang peserta amik bahagian berjalan dengan baginda Sultan. pada aku, memang ini la ciri sebenar pemimpin berjiwa rakyat. even baginda bahasakan diri sendiri 'saya' instead of using 'beta'...sentiasa berjubah putih, simple. and kalau korang ada dapat email pasal baginda g solat dengan drive sendiri, xde bodyguard, masjid tu dekat umah nenek aku la tu. hehehe...neway, back to the topic, malas nak tulis, sila tgk pic nih...





tu antara gambar yang aku dapat amik dari internet...hehehe...papehal pun, walaupun dalam IC aku state ******-02-****, aku bangga dengan adanya Sultan mcm Baginda Sultan M5...


p/s : even masa final Piala FA Kelantan vs Terengganu pun dia pakai jersi biasa jek...hehehe...cool~


Bila dah lama x bukak Friendster...


Aloha! aku dah lama x bukak Friendster, so aritu aku try bukak and sesaja tgk profile aku. ramai gak member2 aku yang da lama x bukak mende alah ni...well, lebih dari 1 tu kira ramai la kan?hehehe...okies. aku bukak je Friendster, terus ke Photo...and aku grab la gambar2 nih...hehehe...



ni pic masa aku baru2 je join Kelab Kereta Lama @ KKL atau KeKeLa...ampeh punya reporter suratkhabar bagi nama camtu...huhuhu..time ni masa KKL nak ke UKM Autoshow...tahun bila aku x ingat, tapi time ni konvoi ramai gak la...



ini pic masa aku naik bot kat Sungai Kelantan. saja je xnak bawak keta masuk jalan jem... bayar singgit utk ke seberang sungai. time ni pun aku sesaja je edit guna Picasa...



ni plak gambar masa raya tahun bila ntah...yang pakai cap nombor 3 dari kiri tu Amirul, owner blog yang da x active...da setahun lebih posting last dia radiator kereta dia parah...la ni da ada anak sorang, still camtu gak posting dia...



pic yang ni pun aku sesaja jek edit. time ni baru balik dari futsal kalau x silap. tapi macam silap...hehehe...ini semua cerita sejarah dulu2...time badan tengah fit lagi kot...hahahaa...


papehal pun, aku rindukan life zaman student dulu. tapi ye la, rindu je la...sekarang ni nak start life baru dengan Cik Nila...InsyaAllah hujung tahun ni life berdua dah...lalalala...


Wednesday, 22 June 2011

Ronin doing some lap @ Sepang?


Aku dapat pic ni sebab di'tag' oleh cousinku yang balik bertugas dari Jepun sempena Japan GT kat Sepang baru-baru nih...sebijik macam Ronin aku yang dah nazak tu...huhuhuhu...




Bila tengok balik kereta ni, baru aku sedar, memang model ni boleh buat 'sleepers', maksudnya kereta yang x sesuai masuk bodykit, nampak macam kereta orang tua bawak g surau, tapi hakikatnya...hehehe...

apakan daya Ronin aku dah nazak. tunggu masa je akan dicerai beraikan...sebab aku xde duit nak repair balik kereta tu, and yes, sebab x boleh nak tukar nama pun...takut anything jadi tgh jalan...