Sunday, 22 May 2011

Movie : Thor


Aku nak review pasal movie superhero guna tukul ni, diberi nama Thor. aku layan movie ni dengan Cik Nila.terus terang, aku kurang minat dengan kartun @ komik Thor, sebab guna tukul. tapi dalam movie Thor ni, pada aku memang puas hati la.



Thor ni mengisahkan cerita pasal para dewa. Thor ni merupakan anak kepada All Father kalau tak silap aku la..and dia ada adik yang bernama Loki, bukan Choki Choki tu. cerita bermula bila Thor dah dewasa and masa hari dia nak ditabalkan jadi ketua dewa bila musuh yang berdendam dengan ayahanda dia berjaya pecah masuk planet dia yang nama apa ntah...


sebabkan kedegilan Thor yang angkut kengkawan n abang dia g attack musuh sesuka hati, so dia pun kena humban ke bumi. and abang dia, Loki dapat jadi ketua segala dewa. fyi, Loki adalah anak angkat All Father, merangkap abang angkat Thor. dia ni pun anak ketua jahat tu sebenarnya...


cam biasa, hero kalah dulu, lepas tu dapat balik power n dapat kalahkan abang dia...(aku rasa ni review paling malas pernah aku buat)...


jalan cerita Thor ni memang xde nak fikir banyak, but benda2 tu dapat dicover oleh penggunaan CGI yang agak dasat, walaupun ada scene yang pelakon dengan CGI x ngam, contoh masa Thor gasak dengan pemusnah dia...member lain relax je tgk padahal segala debu semua betul kat muka...


overall, movie ni ok...berbaloi la jugak tgk...


p/s : korang kena tunggu sampai abis credit baru tau apa jadi dengan Loki...aku kuar awal, dah terlepas dah...huhuhu...


2 comments:

Nino said...

Gagah perkasa kan Thor ni? hehehe.. xkelip mata pandang.. wahaha..

phat_lee said...

huh~ terus saya diabaikan sampai movie abis...