Monday, 23 May 2011

Movie : Kongsi

Last Saturday aku, Cik Nila, adik aku and boyfriend dia layan movie Kongsi...yup, aku bukannya 100% anti filem tempatan, cuma kurang minat dan aku memilih sikit pasal movie Malaysia nih. okey, berkenaan dengan movie Kongsi ni pulak...





Citer ni mengisahkan seorang pembunuh upahan dari Thailand, Tumulak ke nama dia yang bekerja di bawah arahan sapa ntah nama ketua dia, tapi orang Thai jugak yang menyuruh Tumulak membuat kacau antara ketua-ketua samseng. dalam masa yang sama, kes pembunuhan dan kekacauan yang Tumulak buat ni disiasat oleh seorang pegawai polis yang juga merupakan rakan training Tumulak dulu.


itu serba sedikit pasal movie nih...and sekarang komen lepas tgk movie ni... pada aku, Farid Kamil @ Scripwriter, dah ada idea nak buat cerita yang tunjuk 100% dari mula sampai abis kacau bilau yang dilakukan oleh Tumulak. cerita ni pun ada idea dari movie Lucky Number Sleven, yang Bruce Willis berlakon tu.


tapi, pada aku, storyline dia lemah, dialog dah okey, and ending dia yang agak tergantung, bukan sebab Tumulak tergantung terbalik, tapi memang tergantung. apa yang jadi dekat ketua samseng pun aku xtau. tapi dalam cerita ni, yang aku respect adalah scene memusnahkan kereta Proton Waja PDRM, yang mana aku rasa just tampal decals n buat lampu2 sket, and also musnahkan Nissan 180SX. dalam scene car chase ni pun, bleh nampak la kalau polis betul2 nak tahan penjenayah camna...tapi macam aku cakap, scene musnah kereta je best, scene kejar-mengejar tu kantoi sebab gambar dilajukan dan sound kereta-kereta tu amik dari video game. mana ada kereta polis yang Evo X tu bunyik blow off macam dalam Grand Turismo...


neway, movie ni banyak kelemahan, terus terang aku cakap...still banyak nak kena improve, idea dah ada and adegan gaduh best jugak tapi agak bersepah lagi.


p/s : at least movie ni bukan pasal hantu yang sekarang ni sibuk masuk panggung...


2 comments:

Nino said...

Hantu? Dua antu yang duk sebelah awk tu ke? memekak je.

phat_lee said...

itu hantu bodoh...kalau watak polis tu mati memang saya bantai gelak je...

~hahahaha..polis korang mati dah...hahaha...~

malangnya polis tu x mati plak...