Monday, 23 May 2011

Sebikut Macaroon?


Last week, aku and Cik Nila sesaja nak try sebikut yang ramai orang cakap best...biskut Macaroon ni hah...


terus terang aku cakap, i'm not a fan to this kind of a food...actually both of us. Cik Nila takyah citer la...betul frust lepas beli sebikut nih...aku xtau pun sebikut ni wujud, tapi sebab Cik Nila duk citer kengkawan kat opis dia asik beli, and duk cakap sedap la apa bagai... pastu member baik Cik Nila pun sibuk duk mencari sebikut nih. so kitorang pun beli...


dengan berbayarkan RM18 untuk 6 bijik sebikut ni, sebelum makan kitorang agak excited la...sekali kunyah, muka dah berubah...baru telan sebijik, aku rasa macam nak kena potong kaki...nahai punya manis. ntah mana punya lidah ntah bebudak yang kata sebikut ni sedap...tapi ye la, taste orang lain-lain...


kena pulak dengan harga 6 ketul biskut yang bersamaan dengan sebijik burger Carl's Junior, kitorang memang teramat laa frust dengan sebikut nih...indah khabar dari rupa. pada aku, sebabkan bekerja kat area2 yang agak elit ni membuatkan orang sibuk nak cari makanan yang harga boleh cover makanan2 dibawah sekali hidang...


nasik putih 2 pinggan + telur bungkus + daging masak merah + tomyam campur + kangkung goreng belacan x termasuk air...


rasa dia pulak? manis yang amat. sampaikan aku rasa sesapa yang sugar dalam badan dia kategori sihat, makan benda ni terus kena amik insulin...teramat laaa manis...aku sampai pening2 sket sebab sugar naik mendadak...adeh la...terus teguk air mineral je pastu...


macam aku cakap tadi, rata-rata sanggup beli sebikut ni pun mungkin sebab ego..ye la, kawan lain mampu beli, xkan awok x mampu beli...pastu mesti jenis dialog di bawah nih...


"ko makan apa tgh hari tadi?" soal A..


"aku makan Macaroon jek," jawab B...


"perghhh...class la ko makan Macaroon," ujar A dan C serentak dan nak kawan dengan B...


pada yang taste macam aku, jenis lepak gerai burger, beli bekpes tepi2 jalan, dinasihatkan jangan makan mende ni...nnt korang menyesal. tapi kalau nak jugak, sila laa...lain org lain taste...aku n Cik Nila dah janji xnak beli dah...


p/s : lepas ni aku nak makan sebikut kering dengan kopi o suam jek...lagi puas...


Movie : Kongsi

Last Saturday aku, Cik Nila, adik aku and boyfriend dia layan movie Kongsi...yup, aku bukannya 100% anti filem tempatan, cuma kurang minat dan aku memilih sikit pasal movie Malaysia nih. okey, berkenaan dengan movie Kongsi ni pulak...





Citer ni mengisahkan seorang pembunuh upahan dari Thailand, Tumulak ke nama dia yang bekerja di bawah arahan sapa ntah nama ketua dia, tapi orang Thai jugak yang menyuruh Tumulak membuat kacau antara ketua-ketua samseng. dalam masa yang sama, kes pembunuhan dan kekacauan yang Tumulak buat ni disiasat oleh seorang pegawai polis yang juga merupakan rakan training Tumulak dulu.


itu serba sedikit pasal movie nih...and sekarang komen lepas tgk movie ni... pada aku, Farid Kamil @ Scripwriter, dah ada idea nak buat cerita yang tunjuk 100% dari mula sampai abis kacau bilau yang dilakukan oleh Tumulak. cerita ni pun ada idea dari movie Lucky Number Sleven, yang Bruce Willis berlakon tu.


tapi, pada aku, storyline dia lemah, dialog dah okey, and ending dia yang agak tergantung, bukan sebab Tumulak tergantung terbalik, tapi memang tergantung. apa yang jadi dekat ketua samseng pun aku xtau. tapi dalam cerita ni, yang aku respect adalah scene memusnahkan kereta Proton Waja PDRM, yang mana aku rasa just tampal decals n buat lampu2 sket, and also musnahkan Nissan 180SX. dalam scene car chase ni pun, bleh nampak la kalau polis betul2 nak tahan penjenayah camna...tapi macam aku cakap, scene musnah kereta je best, scene kejar-mengejar tu kantoi sebab gambar dilajukan dan sound kereta-kereta tu amik dari video game. mana ada kereta polis yang Evo X tu bunyik blow off macam dalam Grand Turismo...


neway, movie ni banyak kelemahan, terus terang aku cakap...still banyak nak kena improve, idea dah ada and adegan gaduh best jugak tapi agak bersepah lagi.


p/s : at least movie ni bukan pasal hantu yang sekarang ni sibuk masuk panggung...


Sunday, 22 May 2011

Movie : Thor


Aku nak review pasal movie superhero guna tukul ni, diberi nama Thor. aku layan movie ni dengan Cik Nila.terus terang, aku kurang minat dengan kartun @ komik Thor, sebab guna tukul. tapi dalam movie Thor ni, pada aku memang puas hati la.



Thor ni mengisahkan cerita pasal para dewa. Thor ni merupakan anak kepada All Father kalau tak silap aku la..and dia ada adik yang bernama Loki, bukan Choki Choki tu. cerita bermula bila Thor dah dewasa and masa hari dia nak ditabalkan jadi ketua dewa bila musuh yang berdendam dengan ayahanda dia berjaya pecah masuk planet dia yang nama apa ntah...


sebabkan kedegilan Thor yang angkut kengkawan n abang dia g attack musuh sesuka hati, so dia pun kena humban ke bumi. and abang dia, Loki dapat jadi ketua segala dewa. fyi, Loki adalah anak angkat All Father, merangkap abang angkat Thor. dia ni pun anak ketua jahat tu sebenarnya...


cam biasa, hero kalah dulu, lepas tu dapat balik power n dapat kalahkan abang dia...(aku rasa ni review paling malas pernah aku buat)...


jalan cerita Thor ni memang xde nak fikir banyak, but benda2 tu dapat dicover oleh penggunaan CGI yang agak dasat, walaupun ada scene yang pelakon dengan CGI x ngam, contoh masa Thor gasak dengan pemusnah dia...member lain relax je tgk padahal segala debu semua betul kat muka...


overall, movie ni ok...berbaloi la jugak tgk...


p/s : korang kena tunggu sampai abis credit baru tau apa jadi dengan Loki...aku kuar awal, dah terlepas dah...huhuhu...


Saturday, 21 May 2011

Movie : Fast5

It's been a while since my last movie review... sebab aku xde masa yang sesuai nak update blog nih. huhuhu...neway, kali ni aku nak review filem Fast5...




aku memang minat nak follow cerita ni. since dari 1st movie dulu. Fast & Furious, 2 Fast 2 Furious, Fast & Furious : Tokyo Drift, Fast & Furious 4 dan yang latest Fast5 ni. sebab apa? bukan sebab jalan cerita pun. just sebab aku minat kereta. I'm a carholic..hehehe..


back to the movie, kalau betul nak tau turutan, fast5 ni event sebelum Tokyo Drift, sebab masa tu, Han, mamat Jepun tu idup lagik.hehee... and selepas Fast & Furious 4. Kali ni cerita start dengan geng Dom dengan adik dia lepaskan Dom dari bas yang bawak penjenayah. and the rest of the story ialah pasal diorang tersilap langkah buat rompakan keretapi kat Rio De Jenario yang mana rupa-rupanya kereta yang diorang curi tu ada hidden agenda DEA. dalam movie kali ni, Dwayne "The Rock" Johnson berlakon sebagai pegawai DEA yang boleh dikatakan elit la,sebab semua yang dia siasat semuanya dapat. and pada kali ni, the group dengan The Rock cari pasal dengan penjenayah paling berpengaruh kat Rio.


senang citer, akibat nakkan duit, Dom and the group nak rompak Mob of Rio tapi diganggu oleh DEA, but dalam masa yang sama, polis Rio yang amik rasuah dari Mob of Rio try nak bunuh DEA, yang buatkan DEA pakat dengan Dom and the group utk rompak semua duit Mob of Rio...kalau nak tau lagi pasal movie ni, g la tengok.


macam aku cakap tadi, aku minat movie ni sebab kereta. but personally, aku a bit frust sebab apa yang aku nak tgk, xde dalam movie ni. mcm sebelum ni, movie Fast & Furious ni sepanjang movie ada melody from under every hood kereta yang ada dalam movie tu, but kali ni kurang. even race masa nak dapatkan Porsche 911 RS GT3 tu pun xde, tau2 balik bawak skali kereta. but overall, movie ni ok, lelebih lagi masa adegan gasak Vin Diesel dengan The Rock. reminder : don't mess with someone yang ada passion for their cars.


malas nak cerita lagi dah, ni jentera-jentera yang berlakon dalam Fast5 nih...


The legendary Chevrolet Corvette Grand Sport, masa diorang junamkan kereta ni dalam sungai, time tu la aku sebak.huhuhu...vintage tuu...wlpun aku tau kereta tu kit car jek...


The legendary Ford GT40...


yang kat bawah ni plak kenderaan yang Team DEA (geng2 The Rock) naik sepanjang movie tu..besar bangat!



cuba compare dengan van sebelah dia tu...nak lagi detail? cuba tgk size orang kat gambar bawah nih..

then yang wajib ada, American Muscle...



kereta wajib ada, Dom Toretto Charger...super cooolllll.... and also The Legendary Datsun Skyline GT-R KPGC10, one of my fav. car! apakandaya, kat Jepun sendiri harga dia RM450,000.00...


dari first day aku dengar member aku cerita this GT-R will be in the movie, aku dah excited dah. but nak buat camna, dia jadi pelakon sampingan jek...huhuhu...


neway, Fast5 is a great movie, kalau nak tengok, dipersilakan...


Wednesday, 18 May 2011

Osama Laden

Osama Laden dah dibunuh...
warga Amerika seronok...

warga Arab Islam kata dia syahid...
warga dunia kata dia pengganas...

siapa yang cap dia pengganas?
Amerika...
siapa yang bantu Osama bebaskan Afghanistan dari USSR?
Amerika...

kita sokong Amerika serang Osama, saudara Islam kita atas nama keamanan...
tapi apa yang Amerika buat bila Israel bunuh orang Palestin?

siapa yang selalu bagi amaran kepada Israel?
Osama...
siapa yang selalu bagi amaran kepada Amerika?
Osama...
siapa yang selalu bagi amaran kepada musuh Islam?
Osama...

siapa Osama sebenarnya?
Pejuang?Pengganas?

siapa lagi yang boleh takutkan Amerika sama macam Osama takutkan Amerika lepas nih?

aku xtau tujuan dia wujudkan Al-Qaeda...
yang aku tau Osama je yang mampu takutkan Amerika...
yang aku tau Osama orang Islam...

semoga roh beliau dicucuri rahmat...

Tonggengjawab?


member aku compare tanggungjawab dia dengan aku.sebab aku kata dia lagi kaya dari aku.

...hehehe...

rasa betul la kan?


selama ni duk cakap mampu beli macam-macam, Nissan Silphy harga RM120K pun dia bleh kata murah...buat kenduri adik dia apa semua, beli Honda City baru downpayment RM30K

...semua dalam masa setahun...

korang x rasa kaya ke? pastu jual saham dapat RM20K plak

...hehehe...

aku salah guna ke perkataan "Kaya" tu?



papehal pun, walaupun tanggungjawab aku so called "kurang" compare dengan dia, tapi korang tau ke tanggungjawab seseorang tu secara spesifik?


...hurmm...



...aku malas nak cakap banyak, just cakap...


"ok"


...hehehe...


Harga gula 2011...



kat bawah ni komen2 pembaca Malaysiakini.com pasal harga gula naik yang aku saja surf...





1. Bila isteri lebih disayangi dari rakyat...hehehehe.


2. RM : Ling..ling..I nk shopping ni...u kena usahakan jugak dptkan dana utk I pi shopping...:P

NR : Hrtuh I baru NAIKkan harga minyak, tak cukup lg? Ok demi U...i rela...I NAIKkan harga GULA pula..Biarlah RAKYAT didahulukan beban demi PENCAPAIAN poket U, dear...:P

3. penggunaan kata selaras tu memang cukup significan kan? cakap naik je kan senang.. aku rasa sebab tu la puak2 depa tak perasan sebab diorang tak faham..ish2..kalau puak depa sendiri yang susah xpe la, kini 1malaysia kena parahnya..


4. 'siapa kata harga gula 'NAIK', KERAjaan 'SELARAS' aje la...' kata si BoNgoktegar.


5. Pak menteri~tol free, rumah free, kereta free, minyak free, mkn free, pakaian free, shopping free, hiburan free, apa mau ssh..rakyat byr semuanya...


6. dlm ini negara ada undang2...rakyat xboleh makan.. cuma boleh ambil bau shj...


7. rakyat dah di HULUkan, penCACAIan diutamakan.


8. terlebih sayangkan bini , bini didahahulukan rakyat dibebankan , tak tahula siapa yg jadi PM , rosmah atau tok jib.


9. syorkan semua umat UMNO buat solat hajat kesyukuran di atas kejayaan mendahulukan rakyat dengan kenaikkan harga gula... kah kah kah.


10. Depa reti ka? p masjid pun sbb nak angkat sumpah ja... ( respon utk komen no.9)



lagi sekali, aku dapat benda ni pun dari komen2 pembaca Malaysiakini.com...bukan buat2 sendiri, k?


Gula naik, elok utk kesihatan rakyat...so ramai la yang bleh hidup lama utk sokong Dulu, Kini dan Sampai Mampos...