Friday, 22 April 2011

Nasi Berlauk Kak Wok...


Orang kata kat Kelantan banyak makanan yang best, memang pun.hehehe.aku da lama x balik kampung ayahanda aku, last balik pun masa raya yang lepas kalau x silap. selalunya kalau balik kampung, kat sana makanan yang wajib kitorang beli ialah Nasi Berlauk Kak Wok. Kedai Kak Wok ni kat belakang Kota Bharu Medical Centre, yakni dalam kampung aku jugak la.ni rupa Nasi Berlauk tu...



kalau korang tengok, memang makanan dia simple yang teramat la.dalam bungkusan yang selalu ayahanda aku beli tetiap pagi, mesti nasik + ayam goreng + gulai + sambal tumis.kengkadang ada jugak lauk ikan. and selalunya kalau aku kat Kelantan, memang x cukup sebungkus.hehehe.ini plak suasana kedai tu.masa tengah packing nasik...



ni plak masa packing lauk...memang nampak banyak, tapi selalunya simple jek...hehehe...tapi kenyang dia, esok pagi pun korang x muak makan nasi berlauk nih...



nak cakap pasal peminat? well, for sure family aku semuanya peminat nasi berlauk Kak Wok ni. even akak ipar aku pun kengkadang cakap, lama x balik Kelantan nak makan nasik tu...hehehe..yang aku dengar, kat Kelantan memang banyak branch Nasi Kak Wok ni, tapi fyi, yang lain tu Nasi Berlauk Ala Kak Wok...bukan yang ori Kak Wok masak. yang ori, tempat kat kampung aku tu la...and bukan takat Melayu je, even Chinese pun sanggup beratur pepagi..selalunya dia bukak dalam kul 630 kot, kalau g kul 730, ada harapan kena tunggu lauk masak, or da abes...hehehe...


ada satu keluarga cina ni, masa datang kedai Kak Wok, terus dia cakap...


"Kak Wok, ni ado anak sedaro demo nok make nasi pagi nih,"


"Bilo pulok demo jadi sedaro ambo nih?" sambil gelak2...1Malaysia sebelum tahun 2010 lagik beb...hehehe...


anyway, cam aku cakap tadi, aku da lama x balik...and latest news yang aku dengar, Kak Wok dah meninggal dunia baru-baru nih...and take over oleh anak-anak dia...


kind a sad jugak coz Arwah boleh dikatakan salah satu punca pergaulan antara kaum tu semakin rapat. and sebabkan nasi dia, nenek aku happy, family aku happy. tapi aku harap, anak2 Arwah Kak Wok dapat teruskan and kekalkan apa yang ada nih...



typical Malay food, simple dan sedap... who need arts when u can be happy by the taste??


No comments: