Tuesday, 19 April 2011

Anak-anak Malaysia obes?


Sekarang ni kecoh pasal anak-anak Malaysia yang obesiti...x dinafikan, memang ramai dah. Rata-rata aku g pun memang nampak la bebudak sihat ni...aku pun sama...tapi aku overweight jek...hehehe...


Gomen sedar tanggungjawab diorang berkaitan dengan makanan kat kantin. Cuma cara pencegahan tu la yang aku kurang setuju... salah satu punca bebudak ni gedebab ialah sebab terlalu banyak hiburan and kurang aktiviti luar... itu pendapat aku la sebab aku tgk orang sekarang ni kalau nak anak-anak diorang diam, bagi je Gameboy, bagi tgk katun...


bebudak dulu pun mentekedarah jugak, tapi lepas penat main aktiviti outdoor, keluar peluh apa semua. lagipun sekarang ni fastfood da terlalu banyak and terlalu senang nak dapat. pergi je la KFC, McD, Pizza Hutt, semua mesti ada family bawak anak2 kecik diorang. bukan x boleh makan, tapi kena la kurang-kurang kan...


lagipun, maybe parents sekarang terlalu takut nak bebaskan anak-anak diorang main kat luar memandangkan ramai sangat orang gila zaman nih... mungkin sebab tu la bebudak sekarang duduk rumah jek.


aku just berpendapat, maybe if parents dapat bawak bebudak kecik ni enjoy outdoor activity lebih kerap, let say masa weekend, bwk semua jenjalan, just brisk walking je pun da cukup memadai... bukan takat leh sihat, dapat jgk eratkan kekeluargaan...hehehe...


p/s : sampai sekarang parents aku rajin ajak anak cucu outing @ Taman Botani Putrajaya... family time...hehehe...


No comments: