Friday, 22 April 2011

Nasi Berlauk Kak Wok...


Orang kata kat Kelantan banyak makanan yang best, memang pun.hehehe.aku da lama x balik kampung ayahanda aku, last balik pun masa raya yang lepas kalau x silap. selalunya kalau balik kampung, kat sana makanan yang wajib kitorang beli ialah Nasi Berlauk Kak Wok. Kedai Kak Wok ni kat belakang Kota Bharu Medical Centre, yakni dalam kampung aku jugak la.ni rupa Nasi Berlauk tu...



kalau korang tengok, memang makanan dia simple yang teramat la.dalam bungkusan yang selalu ayahanda aku beli tetiap pagi, mesti nasik + ayam goreng + gulai + sambal tumis.kengkadang ada jugak lauk ikan. and selalunya kalau aku kat Kelantan, memang x cukup sebungkus.hehehe.ini plak suasana kedai tu.masa tengah packing nasik...



ni plak masa packing lauk...memang nampak banyak, tapi selalunya simple jek...hehehe...tapi kenyang dia, esok pagi pun korang x muak makan nasi berlauk nih...



nak cakap pasal peminat? well, for sure family aku semuanya peminat nasi berlauk Kak Wok ni. even akak ipar aku pun kengkadang cakap, lama x balik Kelantan nak makan nasik tu...hehehe..yang aku dengar, kat Kelantan memang banyak branch Nasi Kak Wok ni, tapi fyi, yang lain tu Nasi Berlauk Ala Kak Wok...bukan yang ori Kak Wok masak. yang ori, tempat kat kampung aku tu la...and bukan takat Melayu je, even Chinese pun sanggup beratur pepagi..selalunya dia bukak dalam kul 630 kot, kalau g kul 730, ada harapan kena tunggu lauk masak, or da abes...hehehe...


ada satu keluarga cina ni, masa datang kedai Kak Wok, terus dia cakap...


"Kak Wok, ni ado anak sedaro demo nok make nasi pagi nih,"


"Bilo pulok demo jadi sedaro ambo nih?" sambil gelak2...1Malaysia sebelum tahun 2010 lagik beb...hehehe...


anyway, cam aku cakap tadi, aku da lama x balik...and latest news yang aku dengar, Kak Wok dah meninggal dunia baru-baru nih...and take over oleh anak-anak dia...


kind a sad jugak coz Arwah boleh dikatakan salah satu punca pergaulan antara kaum tu semakin rapat. and sebabkan nasi dia, nenek aku happy, family aku happy. tapi aku harap, anak2 Arwah Kak Wok dapat teruskan and kekalkan apa yang ada nih...



typical Malay food, simple dan sedap... who need arts when u can be happy by the taste??


Wednesday, 20 April 2011

Sesumpah 3 ekor stoogers...




taken from Pyanhabib's blog... gua pun sokong dia...Trio 3 Stoogers memang melampau. korang ingat benda sumpah laknat ni memain je ke? sampai boleh nak babitkan Kaabah?






Nabi Ibrahim dibantu anaknya Nabi Ismail bina Kaabah dengan
tujuan yang sangat mulia, menyatupadukan umah beribadah kepada Allah.Wajarkah
Kaabah dicemarkan sebagai tempat sumpah laknat perihal video lucah?Standard tiga
Melayu penayang-penggemar-pemilik video lucah untuk bersumpah laknat, tempatnya
Carcosa Seri Negara.


Aku setuju dengan bro Pyanhabib...bukan sebab politik, aku pandang dari segi kesucian Islam. kalau 3 ekor ni nak sumpah laknat, buat dalam mahkamah je dah la. sama jugak namanya "sumpah"... betul nak tunjuk yang diri tu betul sangat-sangat tersangat-sangat la tu sampai berani sumpah laknat depan Kaabah.


p/s : automatically aku x sabar nak tunggu ceramah agama masjid KLCC sebelum solat Jumaat minggu ni.kot2 ada sebut pasal sesumpah 3 ekor nih....


Tuesday, 19 April 2011

Status?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
aku dah bertunang!!!!!
hehehehe...

Anak-anak Malaysia obes?


Sekarang ni kecoh pasal anak-anak Malaysia yang obesiti...x dinafikan, memang ramai dah. Rata-rata aku g pun memang nampak la bebudak sihat ni...aku pun sama...tapi aku overweight jek...hehehe...


Gomen sedar tanggungjawab diorang berkaitan dengan makanan kat kantin. Cuma cara pencegahan tu la yang aku kurang setuju... salah satu punca bebudak ni gedebab ialah sebab terlalu banyak hiburan and kurang aktiviti luar... itu pendapat aku la sebab aku tgk orang sekarang ni kalau nak anak-anak diorang diam, bagi je Gameboy, bagi tgk katun...


bebudak dulu pun mentekedarah jugak, tapi lepas penat main aktiviti outdoor, keluar peluh apa semua. lagipun sekarang ni fastfood da terlalu banyak and terlalu senang nak dapat. pergi je la KFC, McD, Pizza Hutt, semua mesti ada family bawak anak2 kecik diorang. bukan x boleh makan, tapi kena la kurang-kurang kan...


lagipun, maybe parents sekarang terlalu takut nak bebaskan anak-anak diorang main kat luar memandangkan ramai sangat orang gila zaman nih... mungkin sebab tu la bebudak sekarang duduk rumah jek.


aku just berpendapat, maybe if parents dapat bawak bebudak kecik ni enjoy outdoor activity lebih kerap, let say masa weekend, bwk semua jenjalan, just brisk walking je pun da cukup memadai... bukan takat leh sihat, dapat jgk eratkan kekeluargaan...hehehe...


p/s : sampai sekarang parents aku rajin ajak anak cucu outing @ Taman Botani Putrajaya... family time...hehehe...


Saturday, 2 April 2011

As Usual...


Berakit-rakit ke hulu,


Berenang-renang ketepian,


Ron97 naik dahulu,


Ron95 naik kemudian....



p/s : sampai bila rakyat Malaysia terseksa nih? takkan nak tunggu Domino Timur Tengah sampai kat sini? tapi kalau sampai, aku rasa Big Momma ngn kroni2 spender dia da lari luar negara..takut kena hukum. tunggu akhirat nanti je la dapat balasan...orang Malaysia penyabar kan???


Friday, 1 April 2011

Aku diracun!!!!






yeeee..aku diracuni mindaku oleh abang aku yang nombor dua...dia sekarang ada kat Sabah seminggu. Oleh sebab aku ni peminat kereta tegar, and dia pun tau aku minat kereta camna, so dengan selamba dia msg aku dari Sabah tadi... mula dengan dia kata kat sana kelabu mata kalau tgk kereta lama...kiri kanan depan belakang ada jek... and abang aku ni ada member yang kat sana tau pasal kereta2 lama nih jugak. so dia plan nak beli n bawak balik sebijik... and yes, kereta yang dia nak bawak balik tu memang ada dalam list aku... kereta ni haaa...


ini adalah sebuah kereta legend.Datsun 240Z atau dalam nama glamour dia Zetto.and yes, ada beberapa siri actually, ada 260Z and also 280Z.tapi 240Z ni memang best sebab 2 seater jek..umpama bawak ferarri tahun 1970-an laaa, manakala 260z ngan 280z 2+2 seater.engine in line 6, 2400cc.once masuk kategori classic, bayar separuh road tax...hehehe... kat bawah ni antara kereta yang saja2 mintak abang aku suruh member dia checkkan...



yang kat atas ni plak ialah Datsun Super Sport Saloon 510, atau nama lainnya poor man BMW. performance kereta ni memang dasat. even ayahanda aku pun pernah guna kereta ni masa kitorang tinggal di Alor Star dulu...record? dari Kedah ke KL zaman belum ada highway dalam masa 4 jam...



yang oren ni pulak adalah Honda Civic EB1. ni the 1st generation Civic. and kereta ni antara yang family aku pernah guna. caya atau x, minyak kereta ni lagi save dari kancil. heck~ abang aku sendiri bawak kereta ni naik Frasier's Hill panjat guna gear 3 jek..4 speed manual punya kereta...and dulu masa kat kitorang,kereta ni kengkawan panggil setan kuning. and mungkin kitorang gak yang promote kaler Yellow Lemon tu...hehehe... enjin 1.25cc jek tapi memang sedap...



yang kuning ni adalah Mazda RX3, atuk moyang kepada Mazda RX8 yang ramai kata lawa tu. kereta ni jugak guna rotary engine, means dia xguna piston...nak explain pun aku tak paham... kalau engine rotary, design dia camnih...


manakala yang kat bawah ni pulak enjin inline biasa...perati yang beza bahagian piston tu...



okey, sambung...yang ni pulak kereta Toyota Celica TA27...aku minat sebab design dia ala-ala Ford Mustang gituh...



and yang ni pulak kereta Toyota jugak...Toyota Cressida RX30. gambar yang sama gak dari post aku yang sebelum ni kot..hehehe...



and yang last dalam list aku, ni dia. Toyota jugak, Toyota Corolla KE35 Hardtop 2 pintu. dulu pakcik aku pernah guna kereta ni, 4 kali jugak la kena culik...lepas kali terakhir jumpa, buat balik then jual sebab da banyak bocor...



kalau ikut ada je lagi dalam list aku, tapi ini jek yang betul aku ingat... and aku minat...hehehe...papehal pun, minat je. nak kata nak bli tu, tunggu ada budget. papehal pun event hujung tahun yang paling penting sekarang. if member abang aku tu da belikan, tunggu la tahun depan baru ambik... papehal pun on top of the list, Datsun Zetto @ Datsun Super Sport Saloon 510 2 door coupe tu...aku minat sebab menurut abang aku, member dia dioffer Zetto dengan rega RM4000, walhal kat sini dalam RM30,000...menarik weh~


p/s : hobiku yang mahal...