Monday, 21 March 2011

Nikah kat masjid menyimpang?


Malaysiakini ada tulis artikel pasal kes kat tajuk tu...kat bawah ni artikel dia...sila baca dua-dua artikel yek..

Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.Beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.Kesanggupan seorang lelaki yang turut berada dalam masjid untuk mengahwini wanita itu menyebabkan Rasulullah melakukan akad nikah dalam masjid.Ini adalah satu-satunya kes akad nikah dalam masjid yang dilakukan baginda, kata pendakwah itu hari ini ketika diminta mengulas keghairahan umat Islam ketika ini menjadikan masjid sebagai tempat akad nikah kerana menganggap ia lebih berkat.Ahmad berkata adalah lebih baik akad nikah dilakukan di rumah pengantin.

yang kat atas ini dari pemahaman seorang Datuk...kat bawah ini pulak respon dari seorang Ustaz...

Hukum menikah di masjid adalah sunat menurut setengah ulamak manakala setengah ulamak berkata dengan harus..siapa yg kata nikah di masjid itu wajib nyata dia telah tersalah.....siapa yg kata nikah di masjid adalah bid’ah atau menimpang dari ajaran Nabi saw maka orang ini tidak lari dari dua keadaan :

1. Sebab terlalu jahil kerana tak tahu hukum2 agama

atau

2. Sengaja mahu menyesatkan kerana tidak endahkan pendapat2 ulamak yg muktabar yg mengatakan sunat atau harus nikah di masjid kerana berdalil dengan hadith Tirmizi yg bertaraf Hasan.

Tidak bolih jadi dalil salah nikah di masjid sebab orang kristian buat kerana banyak lagi amalan 2 lain yg kita amalkan ada juga di buat olih kristian contohnya sembahyang di gereja, jadi kita tak bolih sembahyang di masjid sebab kristian juga sembahyang di gereja..tak ke haru jadinya..Yg sebetulnya tidak bolih nikah di gereja sbb meniru adat orang krtistian..kalau nikah di masjid, tak salah.Ramai sangat nak tunjuk pandai sekarang ni padahal mendedahkan kebodohan sendiri..

Nikah dalam masjid harus disisi ulamak mazhab Syafie, Hanafi, Hanbali dan Maliki .Diantara ulamak2 muktabar yg mengharuskan dan tidak melarang nikah di masjid ialah Imam Nawai, Imam Ghazali, Imam Rafi’I, Ibnu Qayyim , Syeikh Ibn Hajar, Syeikh Hasanain Makluf , Syeikh Ali Jadul Haq dan Syeikh Farid Wajdi (ketiganya adalah bekas mufti Negeri Mesir).Mana lebih alim antara Mufti2 mesir dgn org2 perlis ni?

Syiekh Uthaimin sendiri ada berkata tidak salah nikah di masjid dan jangan dikata ianya adalah amalan orang krsitian..Hasilnya tidak salah nikah di masjid dgn menjaga adab2 dalam masjid.Jng terpedaya dgn dakyah2 melarang nikah di masjid kerana bercanggah dgn perktaan ulamak2 muktabar. Kenapa kita nak ikut perkataan orang2 bodoh lagi jahil ini dgn meninggalkan perkataan ulamak2 yg muktabar di seluruh dunia..Jgn biarkan aqal tuan2 semua tidak berfungsi dgn baik..wallahua'lam...

pada so called Datuk tu, pernah tak beliau terfikir benda yang beliau cakap ni boleh pecah belahkan ajaran Islam? pernah pikir x apa pasangan2 yang da nikah kat masjid rasa? kalau diorang rasa nikah diorang x sah camna? pangkat beliau sebagai Datuk kat Majlis Fatwa Perlis tu dapat jawatan based on orang dalam or knowledge dalam hal agama??


p/s : dunia...dunia... kalau aku nak kata Datuk tu musnahkan Islam pun boleh dah nih...

3 comments:

khayalkhayal said...

Tu yang buat orang malas nak menikah tu... Leceh sangat...

phat_lee said...

hehehe... so jadi Amerikaaaaa! (tonasi filem Budak Kelantan)

Teddy said...

orang yang cakap tu frust sebab zaman dia masjid xde cantik2 macam skrg.