Monday, 31 January 2011

SMS pakcik sapa ntah...

Last week @ last Saturday aku dapat SMS nih...sebelum ni pun ada gak dapat, tapi bahasa Malaysia... la ni dapat bahasa apa ntah plak...huhuhu...sila la baca yek...
This father to KAD person,
please fill in the father Maxis RM30 top up number 0128140146 under - new father,
father ade article Kes police dibalai
itu la msg yang aku dapat...hehehe...nampak sangat translate guna software je nih....hahaha...and lagi satu, number yang send SMS ni ialah +6289694987575...and rasanya number dari negara jiran...
kalau kambing reti guna handphone, dia pun xnak layan SMS camni...kalau ada orang yang respon, masukkan RM30 tu, satu word je bleh describe...
ba wau dal wau haaa!!!!
hahahahaha!!!!

Thursday, 27 January 2011

Future plans for Mr.Ronin...

Lama dah aku x update pasal kereta aku kan? well, sekarang kereta aku, Ronin tengah melepak kat parking jek, and kadang-kadang abang aku pinjam bawak g keje...hmm...banyak benda aku nak buat sebenarnya, but kena buat dalam masa yang panjang la...for the time being, aku mencari nih...
gambar ni adalah adjustable absorber tinggi rendah brand JIC yang diambil dari half cut Nissan Silvia S13, boleh masuk but kena mod sikit la...paling murah aku tengok pun dalam RM500...huhuhu...depan saja lak tu. sebab untuk belakang aku plan nak masuk standard absorber, just masuk spring Honda Integra DA6 je...stiff lebih sikit...
yang kat atas ni pulak, antara benda yang aku plan nak masukkan untuk performance Mr. Ronin...yang kat atas ni adalah Throttle Body jenama Skunk...kelebihan dia? saiz dia besar sikit dari asal...so that angin yang masuk lebih dari standard...rasa benda alah ni ada la dalam RM400...kentut berdarah jugak la...hehehe...

and yang kat atas ni pulak, inlet manifold, yakni selepas throttle body...benda ni tempat masuk angin ke engine...laluan dia?

air filter --> throttle body --> inlet manifold --> combustion

and yes, mende ni jenama Skunk jugak, price around RM500...ada yang brand Edelbroock (betul ke x eja nih), tapi mahal nak mampus kepala hotak...sebab benda tu selalu orang masuk untuk drag race...bukan drag queen yek..hehehe...

well, itu je yang aku rasa nak buat, but mcm aku cakap tadi, kena buat wisely...mana yang perlu je buat dulu...hehehe...so lepas ni just routine service memandangkan Mr.Ronin tu pun da lebih setengah tahun kot x servis...hehehe...

mahal sungguh hobi saya ni kan?? papehal pun aku tau mana keutamaan aku sekarang nih...hehehe...

Wednesday, 26 January 2011

....dan mereka mula bersuara pasal agama...

assalamualaikum... lama dah x update blog yang x ramai reader nih...hehehe... arinih bukan nak cakap pasal apa, just benda-benda yang riuh masa nak Pilihanraya Kecil Tenang nih...BN diwakili oleh Mohd Azahar Ibrahim and PAS pulak letak Normala Sudirman sebagai calon...
tapi yang aku nak tulis-tulis ni bukan pasal pilihanraya tu sangat pun. ni pasal orang bukan Islam yang nak menunjuk pandai pasal agama Islam. bukan pasal apa, pasal MCA exploit hal bersalam...
semuanya sebab Normala Sudirman pakai glove, and also tidak bersalam dengan lelaki...bukan tidak mahu yek, tidak bersalam...which mean benda tu terpaksa sebab agama ISLAM... and benda ni dipertikaikan oleh Chua Soi Lek, pelakon popular Malaysia tidak lama dulu (tahun lepas rasanya)...
mana orang-orang UMNO yang dikatakan berjuang demi bangsa dan agama? mana pergi ulamak-ulamak di Jabatan Perdana Menteri masa Chua Soi Lek buat komen pasal hal salam nih? kot ye pun nak menang pilihanraya, perjuangkanlah ISLAM dulu...walaupun berbeza politik, ISLAM tu satu jek...
hal yang sama masa Kerajaan Pakatan Selangor nak buat undang-undang melarang orang ISLAM bekerja kat kedai-kedai arak, kilang judi apekebenda lagi...kalau UMNO perjuangkan bangsa and agama, kenapa x sokong benda nih? untuk masa depan MELAYU & ISLAM jugak yang kerja tempat-tempat nih...
Kerajaan Pakatan Selangor nak serahkan kuasa memilih kepada Sultan pun orang UMNO kata derhaka pada Sultan... udah-udah la PHD tu...kita ni MELAYU...ISLAM...semua bersaudara...dengan orang Indonesia kita mengaku serumpun, yang tinggal satu negeri ni xnak mengaku pulak???
papehal pun, aku harap orang-orang Tenang buat pilihan yang tepat...aku x kenal siapa Azahar, siapa Normala...kalau rasa PAS okey, undilah PAS...kalau UMNO korang rasa ok, x korupsi, x amalkan kronisme, and lain dari ahli UMNO yang lain, sila lah...untuk masa depan korang jugak...
p/s : sejak bila ada akta yang membolehkan isteri-isteri menteri boleh wakili Menteri untuk jumpa Menteri negara lain ek? aku rasa diorang bukan tau tugas...berjalan je tau la...

Tuesday, 11 January 2011

Perdana V6 Replacement...

Dari title tu, ni bukan Proton Perdana baru yek...ini adalah Nissan Fuga, kereta yang bakal menggantikan kereta rasmi kerajaan nanti...lawa kan?



spec kereta ni? yang aku tau kereta ni CBU, means complete built unit la...sebijik sebijon masuk dari Japan...and lagi satu, kereta ni 2.5cc V6...platform dari Nissan Skyline...of course la kereta ni lagi mahal dari kereta Proton, Honda Accord, Toyota Camry hatta Hyundai Sonata sekalipun...

the best part is, diorang umum nak beli kereta ni time orang ramai tengah tertekan dengan harga barang2 asas makin naik nih...

p/s : harga makin naik, and gomen suruh kita kurangkan penggunaan barang2 yang naik harga nih... satu perkataan je yang aku leh kata pasal diorg...simple word... KEJI~

Monday, 10 January 2011

AJL?

semalam kecoh kat umah sebab adik aku sebok nak tgk AJL...
x...bukan Anugerah Jantan Lembut....
Anugerah Juara Lagu...
benda ni aku da lama sangat x tgk...
and semalam tgk masa ada performance dari Juara2 dari tahun 1986 tu jek...
lepas tu aku x tgk dah...
sebab apa?
ntah...
maybe sebab life hiburan aku da tertinggal kat mana-mana...
and lagu2 yang aku dengar sekarang...
sungguh banyak lagu baru sampai aku xtau sapa yang nyanyi...
maybe sebab dalam kereta aku asik cucuk MP3 lagu2 rock kapak...
sapa juara semalam ek?
apa kriteria nak pilih juara?
emm...x kisah sangat sebab semalam dari kul 6.30 pagi kat golf course...
yang aku tau kul 10 lebey aku dah berdengkur kepenatan....
so pada yang menang semalam, AJL maksud aku, congratz...
pada yang x berjaya, next year cuba lagi...
p/s : nampak sangat aku still ngantuk...huhuhu....

Friday, 7 January 2011

Rare Species Note...

ini benda rare nih...
10 keping je ada dalam Malaysia...
Bank Negara pun nak balik benda ni kot...




kenapa rare?tgk je pada tulisan SA-PULOH Ringgit tu...itu yang buat note RM10 ni rare...aku nak jual dengan harga RM100,000.00...sapa mau? cash sahaja and duit asli yek...no cek or bank draft what so ever...

p/s : bertuah la ada orang nak beli RM100,000.00 untuk duit ni...but again, 10 keping dalam Malaysia...jangan cakap la benda ni mahal...rare tuuu...

Lepas ni tak raya dah kita...

korang pernah tengok orang ni x? yang jenis menunggu depan TV utk pengisytiharan Raya or Puasa mesti ingat... dia ni ialah Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

dari dulu, setiap kali nak isytihar Raya, dia ni mesti ada kat TV...time tu kalendar kuda pun xde tulis sangat bila nak raya, bila nak puasa...la ni semua leh tengok kat kalendar jek. neway, tiap kali dia ada kat tv, time tu kitorang suspen nak tunggu dia sebut bila nak raya...dengan cara slow-mo dia...hehehe...

so lepas ni xde dah tgk dia kat kaca tv... xtau la pulak macam mana pulak pengisytiharan dari Mohor Besar Raja-Raja ni...

he will be missed...hehehe...

Wednesday, 5 January 2011

.................

RON97 naik lagi RM0.10...
so skang price dia RM2.40 sen seliter...
yey!!!!
keep on voting Barang Naik!!!

Tuesday, 4 January 2011

Bila Harga Petrol (B)Naik Lagi...

bila isi petrol RON95, power kereta makin kurang...
bila power kurang, kena push lebih...
bila push lebih, minyak makin banyak guna...
bila minyak makin banyak guna,makin banyak kena isi...
bila makin banyak kena isi, makin kopak la poket...
bila makin kopak poket, makin x keluar rumah la...
bila makin x keluar rumah, makin anti sosial la kita...
bila anti sosial, makin kurang la kawan...
bila makin kurang kawan, makin tensen la idup...
bila makin tensen idup nih.......................................


p/s : prepare untuk malam ni...kemungkinan RON97 naik lagik...

Harimau Malaya, not Harimau Malaysia...


damn it la...
politician ni kalau x menyibuk...
xleh ke?

nama Harimau Malaya tu dah sinonim dengan nama Malaysia...
xpayah nak tinggalkan legacy bodoh...
nak tukar nama Harimau Malaya jadi Harimau Malaysia...

tgk balik la..
dalam buku pasal binatang pun diorang guna Malayan Tiger...
means Harimau Malaya...

lagi satu...
pada aku nama Harimau Malaysia x gagah...
jangan nak tukar Harimau 1Malaysia plak dah la...

jangan sibuk nak politikkan sukan Malaysia...
sebab politik, sukan negara hancur...
jangan sibuk nak tinggalkan legacy...

Harimau Malaya, not Harimau Malaysia...