Thursday, 22 December 2011

Gua dan Life : Sebelum dan Selepas II

As per requested by Puan Cyana, ni sedikit gambar hari pernikahan gua last week... enjoy la yek...


barang-barang hantaran...


my wife with her best buddies..thanks sebab teman Cik Nila..



serahan mas kahwin...




sah dah jadi suami isteri...




rasa macam artis plak bila ramai camera fokus kat kitorang nih...


sejarah hidup gua pada 17/12/2011, dan azam tahun 2011 gua dah lunas...


oya, majlis akad nikah gua dengan Cik (Puan) Nila dilangsungkan di Masjid Al Imam As Shafie, Taman Maluri... gua and family sampai kat masjid awal woo...sejam sebelum akad dah ada kat sana.sebab ayahanda gua xnak sampai lambat, lagi lambat, lagi suspen.hehehe...

then kul 11 pagi, tok khadi sampai, tapi saksi pulak lambat, g pasar katanya...hehehe...neway, sekarang tinggal majlis utk bersanding jek di Dewan Banquet Putra, Universiti Putra Malaysia, 24/12/2011 nih...

Wednesday, 14 December 2011

Gua dan Kereta - CVT Transmission


Lately ni lu orang mesti dah sinonim dengan word CVT Transmission kan? well, kejadahnye CVT tu? gua sebagai manusia yang xde kelulusan dalam bidang automotif kat sini rasa macam tau CVT tu hapa, tapi kalau ditanya macam mana CVT tu berfungsi, gua xtau nak explain...

Kejadahnye CVT tu? well, CVT adalah tulisan short cut bagi perkataan long cut Continuous Variable Transmission. Ianya merupakan salah satu jenis sistem transmisi @ spesis gear yang wujud dalam bidang automotif nih. Kebiasaannya, CVT ni digunakan oleh jentera2 berat sahaja, cuma lately ni kenderaan biasa pun dah mula guna, contohnya kereta kesukaan ramai, Proton Saga FLX...

Kenapa CVT?Fyi, CVT zaman sekarang ni adalah teknologi yang boleh menjimatkan petrol sesebuah kenderaan, sebab dengan CVT, kuasa @ Torque dapat dicapai dan prestasi sesebuah kenderaan dapat dimaksimumkan penggunaannya. di Malaysia, gua rasa CVT start glemer dengan kemasukan Honda City CVT 7 Speed @ kereta Honda design pelik. Bermula dari kereta tu, sekarang kebanyakan pengeluar kenderaan mula R&D on CVT secara menyeluruh. Dan yang gua tau, Nissan punya CVT paling dasat di mana Nissan Grand Livina dapat anugerah kenderaan paling jimat petrol. (kalau gua x silap dulu)


Gambar diatas ni adalah imej CVT Nissan Grand Livina. Lu orang nampak yang belt yang hubungkan 2 benda bulat tu?Itulah item utama dalam CVT. Kalau ikut penjelasan dalam Wikipedia, CVT ni mampu menjimatkan petrol lebih dari transmisi lain, sebab CVT membenarkan enjin menggunakan kuasa yang paling efisyen mengikut Putaran Perminit @ Revolution Per Minute @ RPM sesebuah kenderaan. Senang cerita, kuasa untuk menggerakkan sesebuah kenderaan tersebut dapat digunakan secara maksimum tanpa mengorbankan penggunaan petrol.

Fun fact, manusia yang mula2 memikirkan konsep CVT ini ialah Leonardo Da Vinci pada tahun 1490, manakala manusia yang memula membuat design ialah Daimler & Benz pada tahun 1886.

Zaman sekarang, transmisi CVT dah mula mendapat tempat sebab rata2 pengeluar kenderaan mahukan sebuah kenderaan yang rendah penggunaan petrol. Even Proton selepas ini pun menggunakan transmisi CVT bersama enjin Turbo.

Senang cerita, penggunaan CVT ni lebih kurang macam lu orang naik motor skuter, pulas minyak je, and x terasa bila penukaran gear tu...

p/s : maaflah kalau lu orang x paham dengan cara gua sampaikan maklumat. gua sampaikan thru minat, belajar sikit2 jek...

Tuesday, 13 December 2011

Gua dan Sejarah : Hiroshima & Nagasaki II


Ini gua nak sambung sikit pasal sejarah pengeboman Hiroshima & Nagasaki. Kat bawah ni merupakan ilustrasi bom atom Fat Man dengan Little Boy...




Dan yang ini pula merupakan antara pengebom bersama-sama kapal terbang Enola Gay yang membawa dan menggugurkan Fat Man & Little Boy ke atas Hiroshima & Nagasaki.



Ini pula adalah gambar sebelum dan selepas pengeboman...


Hiroshima...


Nagasaki...


Dan yang ini adalah tapak bom atom digugurkan sekarang...


p/s : Gua berminat dengan benda2 sejarah @ perang...tapi sekadar suka2 tengok jek. x de la sampi berminat benda ni terjadi lagi sekali...azab satu dunia yang rasa...

Gua dan Sejarah : Hiroshima & Nagasaki I


Gua tengah googling around, looking for gambar2 yang pada gua gambar bersejarah, and gua teringat peristiwa kali pertama bom atom digunakan. And yang ini antara gambar-gambar bombing Hiroshima & Nagasaki...

after the bombing...


gambar sebenar (in color) masa Fat Man digugurkan di Nagasaki...


jam ini berhenti semasa peristiwa itu. 8.15 a.m, August 1945.


kemusnahan yang diakibatkan oleh atomic bombing...


dark history...


after the bombing, in color...


bangunan industri yang sekarang menjadi Hiroshima Memorial...


memorial bomb atom Japan, August 1945...



Pada masa bom atom ini digugurkan, penduduk Hiroshima & Nagasaki majoritinya baru sahaja memulakan rutin harian mereka. Fyi, Japan di bom 2 kali menggunakan bom atom, iaitu Hiroshima pada 6 August 1945, dan Nagasaki pada 9 August 1945.

Pada kejadian tahun itu, Bom Atom Little Boy di Hiroshima mengorbankan kira-kira 90,000 hingga 166,000 penduduk manakala Fat Man pula mengorbankan 60,000 hingga 80,000 penduduk Nagasaki.

6 hari selepas pengeboman Hiroshima & Nagasaki, Jepun menyerah kalah kepada Allied Powers, iaitu U.S dan British, masa yang sama juga menamatkan Perang Dunia Kedua dirantau Asia Pasifik.

Selepas peristiwa itu, Japan menandatangani perjanjian yang tidak membenarkan Japan menggunakan atau membangunkan senjata nuklear.

p/s : America melarang negara lain memiliki senjata nuklear, tetapi America sendiri membangunkan senjata tersebut. Even Israel pun antara negara yang paling banyak membangunkan senjata nuklear.

Monday, 12 December 2011

Ombak Menyu...


Gua tau benda ni dah lama dalam internet, tapi pedulik hapa...
gua nak post jugak.hahahaha...
gua dapat pun dari email abang gua...hahahaha...


one word to say it. "epic"....muahahahaha....

Wednesday, 7 December 2011

AFC Cup 2012.

Cerita pasal bola lagik. Kali ni tournament bola AFC CUP 2012 yang mana 2 pasukan dari Malaysia akan sama-sama masuk tournament nih, iaitu Kelantan & Terengganu. Kat bawah ni adalah table Group Stage.



Papehal pun, gua tetap sokong Kelantan & Terengganu. Mana la tau, lepas tournament ni player Malaysia dapat langkah jauh lagi dalam arena bola sepak....

p/s : kenapa ayat gua kali ni x best?huhuhu...

Tuesday, 6 December 2011

E'eh? Kad apa nih??




p/s : x sampai 2 minggu je lagi gua membujang....herkhhhghhh!!!!

Melayu tolong Melayu beb~


Dipendekkan cerita, gua dah fed up nak tolong orang yang sama warna dengan gua a.k.a Melayu ni meniaga. Bukan gua nak cakap yang semuanya kantoi. Tapi kebanyakan yang gua kena, mesti perangai yang sama.

Mula dari zaman gua join Kelab Kereta Lama. Niat nak tolong promote, sekali dengan abang gua kena. Nak pasang disc brake, tukar door panel, pun amik masa 3 hari. Kejadah! Lepas tu bila gua dengan abang gua datang, tengok rim depan and belakang lain-lain. Alasan sebab PCD disc brake tu tak ngam dengan rim kereta abang gua. Tu belum lagi tgk kondisi rim tu.Dengan sopak-sopak, lepas tu rim 3 ketul jek. Bila abang gua cakap nak pasang balik yang disc lama, dihambur plak dengan carutan. Memang lepas tu gua tak gi langsung dah...

Sekarang ni pun ada gak benda yang sama jadi... senang cerita, buat ikut suka @ syok sendiri. Bukan ikut apa yang client nak. Memang gua dah fed up dah dengan spesis-spesis macam ni. Kadang-kadang sampai terfikir, pasal ni jugak la orang bangsa gua susah nak meniaga. Sebab customer fed up, bukan sebab tak nak sokong...

Friday, 2 December 2011

Harimau Malaya U23...


Gua tau lu orang dah naik muak dengan cerita Harimau Malaya U23 ni kan?hehehe... gua nak update last week tapi apakan daya, xde kemudahan and masa yang gua boleh luangkan.busy dengan preparation, and also pening2 lalat sikit.okies, kebenda yang gua nak ceramah kali ni?Player Harimau Malaya U23 yang gua rasa boleh pergi jauh.

Rata-rata dah tau yang penyokong Harimau Malaya U23 dah kecewa lepas kalah 3 game berturut-turut sempena Kelayakan Olimpik London 2012.Kalau ikutkan, kita dah terkeluar, melainkan ada nasib yang menyebelahi skuad Harimau Malaya U23.Latest game ialah Malaysia dikalahkan oleh Bahrain 3-2 dengan Harimau Malaya lead 2-0...

Berbalik kepada player yang gua rasa okey, ni antara muka-muka dia...memang selama Harimau Malaya punya game, gua tengok diorang memang perform la.



First, budak kecik ni memang menarik perhatian gua. Bukan menarik perhatian macam tengok perempuan, tapi cara dia control game. Pada gua, budak Nazmi ni kalau diberi peluang join skuad senior untuk gain more experience, masuk game2 international, InsyaAllah boleh pergi jauh. Sepanjang game Kelayakan Olimpik, gua tengok dia banyak buka game, and yes, score dia masa lawan Bahrain tu memang superb. One of the best pada gua...and also, sekecik-kecik dia ni, sprint dia memang boleh tahan laju. Congratz to Nazmi sebab dapat pujian dari seluruh negara walaupun baru nak ambik SPM...



Lepas tu, Mahali Jasuli (ntah betul ke idak nama dia camnih)...salah sorang player defend yang dah banyak pengalaman gua rasa. Kalau ganding dengan Muslim Ahmad, memang bahagian pertahanan secured jugak la. Tapi gua rasa untuk next Olimpik, dia dah x boleh main kot.Syarat untuk Olimpik kena berumur under 23 kan?



Yang ni plak, Gary Steven Robart. Bukan yang baju biru tu, yang tu Didier Drogba. Walaupun sama kaler, tapi Gary ni kena gain more experience and expertise.Tapi dia ni memang pandai jugak la cari peluang. Gua ingat masa lawan Lubnan, dia yang buat thru pass kepada Wan Zack Haikal. Tapi lepas dia kena red card and injured, langsung xnampak dah kelibat si Gary ni dalam Skuad Harimau Malaya U23. Gua harap next round Kelayakan Olimpik ni dia dapat main...



Syahrul Azwari ni pulak, memang antara yang laju dalam Team Harimau Malaya U23. Masa tengok dia punya score masa game lawan mana ntah, gua x ingat, tapi strike dia memang bagus. Cuma selalunya orang salah baca game dia.Tapi itu sekadar pendapat gua jek. Kalau nak serang dari attacking midfielder kanan, he's the right person...

Actually ramai lagi player muda Malaysia yang boleh main, tapi gua x ingat pulak nama-nama dia.Cuma selalunya diorang ni leka atas padang lepas lead satu2 game.Gua rasa Team Harimau Malaya U23 ni better dikekalkan supaya boleh jadi satu skuad senior pulak.

p/s : itu sekadar pendapat gua jek.gua bukanlah pakar bola sepak pun, cuma ada jugak la idea pasal bola sepak nih...

Friday, 25 November 2011

Zaman Bujang Gua Nak Hampir Ke Penghujung!




Yeah! Gua bakal jadi suami kepada Cik Nila @ blogger..
Bila?
Next month @ December...
Wahlaweih...sungguh x sangka!
Wish us luck, k?

Thursday, 24 November 2011

Harimau Malaya vs Helang Merah...

Semalam ada game untuk kelayakan Olimpik London 2012, and gua memang nak tgk game antara Malaysia vs Syiria, atau Harimau Malaya vs The Red Eagle (kalau x silap gua)...




dan resultnya pasukan Harimau Muda kalah 2-0. tapi semalam memang gua nampak semua xboleh focus masa 2nd half. a bit frustrated jugak la bila kalah semalam.tapi it's okay, kita ada game lagi ahad ni... Malaysia vs Bahrain. hopefully menang la...biar harapan tu menyala balik...

p/s : Harimau Muda masih muda.masih banyak pengalaman diperlukan.hope next year ada banyak friendly match...

Wednesday, 23 November 2011

Quote from Ong Kim Swee...


they don't respect you, they don't respect our flag, they don't respect our King and they don't respect your parents. If you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them what being Malaysian is all about...


Ong Kim Swee
Coach of Harimau Muda.


p/s : this is why our Harimau Muda fight till the end...

Tuesday, 22 November 2011

Gua dan Ol'Skool Gadget...


Lu orang pernah dengar product View-Master x? parents gua dulu pernah beli benda nih. and fyi, View-Master ni adalah device untuk view imej dalam bentuk 3D, atau pada masa tu, digelar 'stereo image'...ni gambar device tu...


and yang ni pulak adalah bentuk disket (gua xtau nak gelar apa) yang memaparkan gambar2 tu....


dan di bawah ni cara guna dia...

walaupun sekarang ni View-Master dianggap sebagai alat permainan kanak-kanak, tapi View-Master ini asalnya digunakan untuk pelancong menikmati gambar2 pusat perlancongan dalam imej 3D...first concept View-Master ni adalah pada tahun 1939, dan View-Master masih digunakan sehingga kini...cool device pada tahun 80-an dulu...hehehe...

kalau x silap gua, View-Master yang ada di rumah gua dulu ayahanda gua beli masa dia ada course Polis sedunia kat Amerika. and movie yang jadi pilihan ialah Pete's Dragon. Mesti ramai yang x tau pasal cerita nih, kan?hehehe...



p/s : mana la gua campak benda alah ni...

Pengunjung phat-lee.blogspot.com di serata dunia?


gua sesaja je check berapa ramai pengunjung blog gua yang x seberapa nih. erk? rasa macam x percaya je bila tengok total pengunjung. tapi maybe sebab gua x bagi anonymous comment kot, pasal tu komen kat page gua x naik2...macam makin menurun jek.hehehe...


waktu sekarang...


dalam sehari...


dalam seminggu...


dalam sebulan...


dari zaman awal mem'blog'...


poyo je gua bila kata ramai peminat.hahaha...papehal pun, gua hargai lu orang yang tinggalkan komen. mana la tau kot2 ada info gua yang x betul, maybe boleh diperbetulkan. papehalpun, gua dah tukar setting, so anonymous pun boleh komen....

p/s : gua bukan nak glemer, cukup la bila kengkawan gua baca and komen posting gua...arigato gozaimasu!!!!

Ibu segala pingat Emas Sukan SEA milik Malaysia!


Salam... maybe gua lambat posting, but watdehei laa, gua post gak. posting kali ni pasal kemenangan dalam game bola sepak Final Sukan SEA 2011 semalam antara Malaysia dengan tuan jimah, eh, tuan rumah Indonesia...


gua sambil ditemani Cik Nila, lepas office hour terus shoot ke RIM, sebuah restoran mamak port peminat bola sepak selalu lepak kalau ada game... kat sana, gua dah set utk layan game malam tadi dengan member2 Kajang Highschool gua.

masa sampai tu, memang banyak meja dah penuh, so gua ngan Cik Nila amik meja dalam, betul depan TV sambil tunggu member2 lain datang...

gua malas nak komen pasal the whole game, cuma yang gua boleh kata, gol penyamaan Asra tu memang menghina keeper, pada gua la, and gua memang suka cara tu...hahahaha... score sambil meniarap.and pada gua, ref pun agak bias bila senang bagi advantage kepada tuan rumah, and sekadar amaran je masa player Malaysia stop game sebab offside, but player Indonesia tackle dari belakang. udah la dari belakang, and masa tu bola xde pun kat player Malaysia. and memang sepatutnya di layang kad merah, tapi ref cuma bagi amaran lisan jek.

lagi satu, ref banyak bagi freekick dekat dengan kotak penalti kepada Indonesia, cuma bila kita buat sesuatu dengan cara yang betul, nescaya tuah tu datang kat kita, ye tak?

pasal game malam tadi, memang pada gua and Cik Nila game yang buat orang sakit jantung. berapa banyak goal offside yang dua2 team dapat. and masa penalti tu memang gua x senang duduk. penyokong lain kat kedai mamak tu jangan cerita la... siap berdiri and buat macam kat stadium. masa Kapten Malaysia amik penalti tu, gua start sorak 'gol' banyak2 kali, diikuti oleh Cik Nila, and bila dah ada sorang sahut, abis satu kedai sahut. bila bola confirm masuk, gua celebrate sampai hilang2 suara sekejap.

paling best bila tgk mamak kedai tu pun sibuk amik video penyokong Harimau Malaya celebrate gol penalti tu.memang satu game yang epic....selepas cemuhan, kejian dan juga ugutan yang diterima oleh Harimau Malaya, kita still boleh tunjuk yang kita better than Indonesia yang turun dengan beratus ribu Garuda mininya...


Sukan SEA 2011 ni memang la Indonesia menang secara keseluruhan, but Malaysia menang ibu segala piala emas dalam Sukan SEA, iaitu bola sepak!!!!

p/s : x melampau rasanya kalau gua kata Harimau Malaya semalam ibarat 300 askar Sparta yang berdepan dengan ratus ribu askar Parsi, cuma kali ni, 11 pejuang Harimau Malaya berdepan dengan 100,000 lebih askar Garuda...