Monday, 27 December 2010

Malaysia vs Indonesia... 1st round...

semalam berlangsung game final Piala Suzuki AFF antara Malaysia dan Indonesia...lawan kat Stadium Nasional Bukit Jalil. petang tu aku and Cik Nila g wedding one of my close friend kat area2 ctu gak and masa kitorang sampai, polis da jaga traffic, masa balik lak, da start ramai penyokong berjersi kuning, kaler Harimau Malaya... aku just layan game kat rumah jek. malas nak bersesak-sesak kat stadium, and also sebab esoknya isnin, hari keje...
sebelum ni, aku memang frust dengan performance team Malaysia, but semalam bagi aku, team Malaysia yang baru. credit to Malaysia's Norshahrul Idlan Talaha, yang jadi punca goal pertama Malaysia semalam...walaupun dia just assist, but still dia punca bola sampai ke Safee Sali, striker Malaysia. fyi, Norshahrul Idlan Talaha tu baru jek jadi pengantin hari sabtu lepas...kira wedding present la kot...hehehe... some of the pic yang ada...
pic masa Safee Sali score... one damn nice header...

pengantin in action... Malaysia's Most Valueable Player (MVP) 2009...


sekelumit dari 85,000 peminat bola sepak yang datang ke stadium...
the new Malaysian Team ni kalau dikekalkan, InsyaAllah boleh pergi jauh. sebab yang aku tgk, diorang memang main laju kalau formation betul. and one more thing, team Malaysia kali ni x berapa nak mintak simpati dari pengadil... but x boleh happy lagik coz rabu nih, 29/12/2010 ni 2nd round final plak kat Indonesia, and Indonesia kena menang 4-0 untuk julang Piala Suzuki AFF nih...
p/s : jangan ditanya kenapa final ni diorang nak buat 2 round...aku pun tatau...

No comments: