Wednesday, 1 December 2010

RON97 naik lagi 15sen...

hurmm... semalam da umum harga RON97 naik lagi 15 sen. and sekarang alasan yang diorg bagi sebab RON97 ikut harga apungan.kalau harga minyak dunia naik, harga RON97 pun naik.kalau harga minyak mentah dunia turun, agak-agak harga RON97 turun x? aku rasa x.aku x sure, tapi rasa harga ni naik pun untung kat gomen jugak, kan? kenapa bila naik, semua stesen naik dengan harga yang sama? kalau aku own Petronas, aku biarkan je Shell, Caltex etc naik 15 sen, aku punya naik 10 sen jek. mesti ramai yang nak isi kat Petronas, kan?huhuhu...dulu masa zaman sebelum PM Najib nih, gomen da buat keputusan drastik dengan menaikkan harga petrol sampai RM2.70, pastu diesel pun diorg naikkan sampai nak sama dengan petrol.kenapa gomen xnak pegang je subsidi minyak, and kurangkan subsidi kat tempat2 lain?kurangkan subsidi gula ke, barang2 lain la.sebab pada aku, minyak ni barang asas.nak hantar barang, nak proses apa semua guna minyak kan? lepas tu zaman PM Najib ni plak, idea *terbaik diorang ialah dengan menghapuskan subsidi.dalam banyak2 idea yang ada utk jimatkan duit gomen, keputusan yang paling mengong ni jugaklaa yang diorg pilih.camna nih? gaji x sampai RM2K, kos sara diri da melampau tinggi, tu belum niat nak beli rumah lagi tu.harga kat area Kajang saja da start dengan RM200K++.nak suruh beli kat mana? Dengkil? Nilai? ke nak kena beli kat Ipoh?aish laa...nak kena tukar keje lagi la...nak join MLM, aku x setuju dengan konsep dia.
*baca dengan tona paling keji...

No comments: