Wednesday, 27 October 2010

Sakit mata...


assalamualaikum guys...tajuk post kali ni xde kene mengena dengan kesihatan aku, tapi sakit mata, sakit hati, sakit jiwa bila tengok situasi semalam...


semalam lepas opis, aku ngn Cik Nila g la dinner kat fast food yang ada badut (korg tau la kan?)...restoran ni dua tingkat, and ada smoking zone. oleh sebab suasana kat dalam, bahagian aircond dia aku rasa sesak, so aku ngan Cik Nila pun lepak la luar sambil mentekedarah Spicy Ciken Mekdilaks Blekpeper (gila sepah) and Mekciken.


Dijadikan cerita, datang la segerombolan bebudak sekolah sebab diorg memang bawak buku sekolah... datang melepak dekat bahagian smoking zone tu...and yes, ada antara diorg yang smoke, and ada yang baru nak belajar smoke...maka dengan itu bermulalah permandangan paling x best time dinner tu...


aku rasa, bebudak ni mesti ponteng kelas tuisyen, sebab elok jarum jam tunjuk pukul 10 malam, ada antara diorg yang balik. biasa tuisyen malam start kul 8 sampai kul 10 kan?emm...


the best part is, bebudak ni da start pandang aku sebab aku pandang diorg.adeh la...sekali hembus je bebudak ni...nak tunjuk samseng. lepas makan, kitorg x cakap banyak, terus balik. fed up dengan environment mcm tu....


dalam kereta time balik tu, aku cakap kat Cik Nila...kalau bebudak tu buat hal tadi, rasa jam CAT aku da memang kat penumbuk, then bayar kat mekdi sebab jahanamkan tray diorg...heck, kalau aku campak salah sorg dari diorg ke tingkat bawah pun x salah kan? sebab aku yang kena serang...hmmm...pertahanan diri kan??
aku tengok diorang ni da macam menatang kat bawah nih...huhuhuhu~

p/s : tetiba seram bila pikirkan keadaan bebudak lagi 5 tahun akan datang nih...mcm mana plak la perangai diorg??

3 comments:

Marvic said...

aku xnak bayangkan budak kecik skrg dlm masa 5 tahun akan dtg..yg skrg pon aku gerun nak tengok..lagi2 kalo anak2 kita semua yg x wujud lagi ni kan...mcm phobia plak...mak takuttttttt

khayalkhayal said...

Mak bapak sebenarnya yang menunjukkan teladan sedemikian. Pagi tadi ada kereta jalan merangkak-rangkak di lorong kanan. Kereta kat belakang dia pun hon. Orang dalam kereta merangkak tu (yang di dalamnya ada anak remaja) keluarkan tangan di tingkap dan tunjuk jari kat pemandu belakang yang hon dia. Di trafik light, dia turun dari kereta dan pergi ke kereta belakang sambil maki hamun drebar kereta yang hon dia.

phat_lee said...

marvic ~ tu la pasal...memang kalu aku stay lama, ada can bergaduh tu...

dzam ~ situasi mcm tu elok dikeluarkan henpon sambil record video...aku pernah sampai nak kena pukul dengan geng2 hindraf sebab hon keta diorg masuk lane x bg signal...