Friday, 8 October 2010

Proton Re-Call balik Satria Neo & Gen2 2004-2008?

Lama aku x menulis kat blog nih. sejak kerja aku jadi writer kat company nih, banyak plak aku kena setelkan. so sementara mengisi masa 10 minit sebelum balik, apa kata kita borak pasal company kereta Malaysia kita nih.
Ye tetuan dan pepuan...kita nak borak pasal Proton sebab pagi tadi, kecoh Proton panggil balik kereta Satria Neo and also Gen2 diorang yang di keluarkan sekitar tahun 2004 hingga 2008 sebab ada masalah sikit dengan clock spring.
mesti korang tanya, apakejadahnya clock spring tuh? well, yang ikut pemahaman aku yang x seberapa, clock spring itu terletak antara steering dan dashboard. function dia ialah sebagai sambungan suis dan airbag di dalam steering kepada radio, hon dan juga cruise control. so rasanya problem ni untuk kereta Proton yang High Line je la...gambar bawah ni contoh clock spring.


Proton dengan relahati memanggil semula kereta-kereta ini (kena bwk yek, bukan dia jalan sendiri) ke Pusat Servis proton yang berdekatan. korang nak check sendiri samaada kereta korang problem atau x pun buleh gak...just log in link bawah nih...
dalam page tu ada camna korang nak check keta korang thru online... ni plak antara simptom-simptom penyakit yang ada.
1. bunyi-bunyian masa pusing steering.
2. hon bunyik dengan sendiri (seram woooo)
3. remote radio yang kat steering tu asik rosak...
4. Air bag tetiba je deploy...(bahaya nih)
5. kereta xleh start sebab short circuit kat electronic component.
memandangkan benda-benda yang diatas ni merbahayakan nyawa, apa kata korang yang guna Proton zaman and jenis ni amik cuti, g check keta korang sebelum benda yang glemer tapi x best jadi...
p/s : ni pun punca kenapa aku kurang minat kereta yang teknologi gila-gila...

No comments: