Friday, 29 October 2010

Nak nih~...

Assalamualaikum... petang-petang camnih, elok kita post topik-topik santai, kan? so aku pilih pasal hobi aku sket. kumpul mug ni pun antara hobi aku jugak. and tadi aku tgk kat mudah.my, nampak la benda nih. unik gak....

yup...mende alah ni adalah mug yek. berbentuk kamera Canon punya zoom lens... budak opis aku ada guna, tapi rasanya dia amik Nikon. terasa gak nak beli, harga dalam RM75.00...


nampak sangat aku ni suka benda lain dari yang lain. hobi utama pun kereta lama...hehehe...papehal pun, memang aku suka kumpul benda-benda camnih...

Wednesday, 27 October 2010

Sakit mata...


assalamualaikum guys...tajuk post kali ni xde kene mengena dengan kesihatan aku, tapi sakit mata, sakit hati, sakit jiwa bila tengok situasi semalam...


semalam lepas opis, aku ngn Cik Nila g la dinner kat fast food yang ada badut (korg tau la kan?)...restoran ni dua tingkat, and ada smoking zone. oleh sebab suasana kat dalam, bahagian aircond dia aku rasa sesak, so aku ngan Cik Nila pun lepak la luar sambil mentekedarah Spicy Ciken Mekdilaks Blekpeper (gila sepah) and Mekciken.


Dijadikan cerita, datang la segerombolan bebudak sekolah sebab diorg memang bawak buku sekolah... datang melepak dekat bahagian smoking zone tu...and yes, ada antara diorg yang smoke, and ada yang baru nak belajar smoke...maka dengan itu bermulalah permandangan paling x best time dinner tu...


aku rasa, bebudak ni mesti ponteng kelas tuisyen, sebab elok jarum jam tunjuk pukul 10 malam, ada antara diorg yang balik. biasa tuisyen malam start kul 8 sampai kul 10 kan?emm...


the best part is, bebudak ni da start pandang aku sebab aku pandang diorg.adeh la...sekali hembus je bebudak ni...nak tunjuk samseng. lepas makan, kitorg x cakap banyak, terus balik. fed up dengan environment mcm tu....


dalam kereta time balik tu, aku cakap kat Cik Nila...kalau bebudak tu buat hal tadi, rasa jam CAT aku da memang kat penumbuk, then bayar kat mekdi sebab jahanamkan tray diorg...heck, kalau aku campak salah sorg dari diorg ke tingkat bawah pun x salah kan? sebab aku yang kena serang...hmmm...pertahanan diri kan??
aku tengok diorang ni da macam menatang kat bawah nih...huhuhuhu~

p/s : tetiba seram bila pikirkan keadaan bebudak lagi 5 tahun akan datang nih...mcm mana plak la perangai diorg??

Monday, 25 October 2010

Jelesi...jelesi...

Gambar-gambar penggugat iman aku...adeh la...memang betul aku jeles dengan owner2 kereta nih...sebab kereta2 diorang amatlaaa smart utk kereta berusia lebih dari 30 tahun..huhuhu...


tak puas hati...yok kita ke jamban mencari ilham~

sekadar gambar hiasan..hehehe...

"Photobomb"??

Jarang dah aku update blog nih. Kekurangan idea, tapi time banyak idea, masa nak menulis lak xde. hehehe...arinih aku nak cerita pasal "photobomb". Pebenda "photobomb" tu? Bahasa bukan saintifik dia ialah menjahanamkan gambar orang lain dengan aksi pelik korang...hahaha... aku suka buat benda ni. tapi kalau gambar wedding, aku dah diberi amaran awal-awal...huhuhu...
kat bawah ni antara "photobomb" yang aku amik dari website...sikit je nih. kat website tu melambak lagik...

resakse laut!!!

xtau la samada mamat tu da mabuk ke hapa...buruk giler...


hahaha...rosakkan pic yang konon lawa...


harus dilempang mamat tu...on da 2nd tot...best pic ni...seram woo...


gedebab~ dia tergolek kat belakang tuh...hahaha...konon sweet la...


chicken dance paling horror...cian awek baju merah yang control ayu tuh...hahaha...


mamat tu berjaya buat muka paling burok pernah aku tengok...hahahah....

kalau korang nak tgk pic yang lain-lain, korang just g je kat website nih....
enjoy la yek...

Thursday, 14 October 2010

Kajang High School...

Aku bukak FB, and benda ni yang aku jumpa...sekolah lama aku...really miss those days. Sekolah ni memang betul ajar student dia tentang life...sebab nak kena selamatkan diri jek..hahaha... mcm posting aku yang lelama dulu, aku masuk KHS tahun 1996, and tahun 2000 adalah tahun terakhir aku kat sana. tahun ni, dah 9 tahun jugak la aku tinggalkan KHS. memula dulu rajin gak g sana, jumpa cikgu2 lama aku. tapi dalam tempoh 2 tahun, da cukup buat kitorg jadi orang asing. bebudak junior pun bukan kenal kitorg pun...hehehe..


Blok Utama..kelas aku masa form 2B...


tangga paling durjana kat Kajang...bukan KHS jek... berapa ramai student jadi kaki skodeng hasil dari melepak kat tangga nih...


tapak perang dengan sekolah lain bila ada sukan daerah Hulu Langat...aku x pasti mana datang rel keretapi dalam lubang tu.tp memang ada....



blok ni masa aku form 5E..kelas Pure Science(gila)...
yang bawah ni, adalah bekas kelas aku jugak.sekarang da jadi stor simpan kerusi & meja rosak. kat cni la 1st year aku join family KHS. dekat belakang kelas aku ni pun ada sebijik tangki air yang misteri. x lupa jugak lubang Jepun yang merupakan terowong askar Jepun zaman perang dulu.

blok separuh papan...


x silap aku, sekolah ni da banyak berubah...student pun da x macam dulu. hehehehe... sekolah ni walaupun org kata lebih kurang sekolah henry gurney, tapi aku bangga jadi student KHS...memang aku rindu sesangat time sekolah...
p/s : labor, omnia, vincit~

Wednesday, 13 October 2010

Ronin...to continue or not...

aku sekarang di dalam dilema, tapi for the time being ni x kronik lagi la...bukan apa, Ronin aku ada problem. sampai sekarang aku still x tukar nama menunggukan dokumen2 dari pakcik aku. once dapat dokumen, boleh la aku buat sikit2 sampai cukup sifat utk hantar g inspection, JPJ and Puspakom. and mengikut abang aku plak, agak susah nak tukar nama sebabkan engine and keadaan Ronin tuh...lagi satu, aku nak buat macam2 tapi x tukar nama, nnt in the future kot2 pakcik aku nak balik ke, x pun anak dia nak balik ke kereta tu, x ke termenung aku nnt? huhuhu...kalau by next year takdak jugak document, maybe Ronin tu aku tolak balik.



so buat masa ni aku just make sure Ronin tu boleh digunakan sebagai kereta spare jek...sebab aku bawak Ken last Friday, and condition Ken memang da teruk...sedih betul la...itu pun kalau masuk workshop koman2 mau dalam 3-4 hari jugak Ken tuh...


aku rajin masuk mudah.my...sesaja tgk barang2 yang bleh beli and yang xbleh beli...abg aku pun sama, and dia racun aku beli yang nih...spec sama, tahun je lain...

yang atas ni kereta Honda Accord jugak, just dia lagi lama...yang aku kata spec sama, sebab dia pun gunakan engine yang sama dengan Ronin, dari halfcut Integra DA6, yang lain dia ni manual and VTEC kecik...Ronin punya auto tranny ngn VTEC besar...abang aku racun aku beli yang ni, lepas tu salin head...kira kereta merah ni dapat VTEC besar la...hehehehe...papehal pun, ada komitmen lain lagik...for the time being, aku jaga Sitot aku elok2 jek...daily ride kena sihat...

p/s : susah2 aku amik yang ni jek...accord jugak...hehehe...

Kuatkan iman..kuatkan iman...hehehe....

Ini kereta member aku... nick dia magua, bebudak panggil dia abang latif ibrahim..hehehe...ini adalah kereta Toyota Cresta yang dia beli. Kereta tahun 1980an engine semua stock jek...ikut list member aku, kereta ni project untuk OMG (Oldschool Mega Gathering) 2011 nanti.


untuk kereta family, memang layan la sebab kereta ni memang luas. cruise atas highway pun sedap jek...

p/s : nak main shakotan concept...tapi...hehehe...

Anak sedara aku...

tengok la anak sedara aku dua orang nih...



well, nampaknya kecomelan anak sedara aku dieksploitasikan!!

Friday, 8 October 2010

Proton Re-Call balik Satria Neo & Gen2 2004-2008?

Lama aku x menulis kat blog nih. sejak kerja aku jadi writer kat company nih, banyak plak aku kena setelkan. so sementara mengisi masa 10 minit sebelum balik, apa kata kita borak pasal company kereta Malaysia kita nih.
Ye tetuan dan pepuan...kita nak borak pasal Proton sebab pagi tadi, kecoh Proton panggil balik kereta Satria Neo and also Gen2 diorang yang di keluarkan sekitar tahun 2004 hingga 2008 sebab ada masalah sikit dengan clock spring.
mesti korang tanya, apakejadahnya clock spring tuh? well, yang ikut pemahaman aku yang x seberapa, clock spring itu terletak antara steering dan dashboard. function dia ialah sebagai sambungan suis dan airbag di dalam steering kepada radio, hon dan juga cruise control. so rasanya problem ni untuk kereta Proton yang High Line je la...gambar bawah ni contoh clock spring.


Proton dengan relahati memanggil semula kereta-kereta ini (kena bwk yek, bukan dia jalan sendiri) ke Pusat Servis proton yang berdekatan. korang nak check sendiri samaada kereta korang problem atau x pun buleh gak...just log in link bawah nih...
dalam page tu ada camna korang nak check keta korang thru online... ni plak antara simptom-simptom penyakit yang ada.
1. bunyi-bunyian masa pusing steering.
2. hon bunyik dengan sendiri (seram woooo)
3. remote radio yang kat steering tu asik rosak...
4. Air bag tetiba je deploy...(bahaya nih)
5. kereta xleh start sebab short circuit kat electronic component.
memandangkan benda-benda yang diatas ni merbahayakan nyawa, apa kata korang yang guna Proton zaman and jenis ni amik cuti, g check keta korang sebelum benda yang glemer tapi x best jadi...
p/s : ni pun punca kenapa aku kurang minat kereta yang teknologi gila-gila...