Monday, 12 July 2010

Kereta-kereta parents aku dedulu...

salam! kali ni aku nak cerita pasal kereta-kereta lama yang parents aku pernah guna (setau aku la) start dengan nih...ayah aku terus beli kereta Eropah nih...Austin Morris..ini je gambar yang aku jumpa...

time ni family aku tinggal kat Kedah...ayahanda aku jadi polis bahagian narkotik kat sana. feymes jugak la dia kat Kedah and Perlis. lepas kereta ni, ayahanda aku beli kereta Japan-made plak...Datsun SSS. nombor plate keta tu sampai skg ingat, KC 8200...ni contoh kereta tu.tapi parents aku beli yang 4 pintu la...

aku minat kereta ni. sejak akhir-akhir ni bila start join Kelab Kereta Lama (KKL)...and kalau dapat, memang aku akan buat camnih...

spec keta ni? yang aku tau kereta ni twin carburator. pada zaman dia, memang antara kereta sport la jugak. ayah aku pernah cerita, masa guna Datsun nih, dia pernah drive dari Kedah ke Kuala Lumpur, time tu highway xde lagi, travel dalam masa 4 jam. well, ayah aku polis trafik, so dia praktik kan ilmu dia la,kan? hehehe...lepas Datsun SSS ni, ayah aku beli plak kereta kebal buatan Sweden. sebab anak da 4 nak masuk 5 time tu, so ayah aku beli la kereta nih...Volvo 144 Deluxe (bumper besar)...

aku ingat lagi kereta ni. memang best la sebab kereta ni luas, aku selalu duduk kat tempat kaki (time tu aku kecik lagik) and kereta ni la yang di buat balik Kelantan time raya...sampai tahun 20++ ayah aku jual kereta ni. memang kereta ni terbaik. pernah aku drive keta ni lepas SPM, angkut 6 org kengkawan aku...and bonet kereta ni luas...setakat mayat nak sumbat 4 orang dewasa, memang boleh la..hehehehe...kalau bwk kereta ni kat KL, memang orang x berani nak rapat. cuba korang tengok bumper dia camna punya besar. tapi sebab maintenance dia and juga bodyparts payah, ayahanda aku jual. lagi pun time tu kereta banyak kat umah aku. time ni jugak mak aku belikan kereta cumel nih...

Honda Civic tapi yang dua pintu. kereta ni beli sebab economical. time tu ayah aku study kat UIA, amik Degree in Law. kereta ni asal kaler putih, lepas tu kitorang cat merah. time kaler merah asik kena dentum jek, so aku and abg aku buat surprise kat parents aku masa dia suruh hantar cat kereta. aku and abang aku pakat cat warna yellow lemon. and time tu kaler kuning ni kira warna pelik la sebab teksi je guna...sekali lepas tu ada jgk pengikut..hahaha..

itu antara kereta2 lama parents aku. and masa tu pun ayah aku beli Toyota Corona TT141...there's one time, ada 3 kereta yang simpan kat rumah. time tu ayah aku beli Kenari, and abang2 aku start beli kereta sendiri. aku time tu naik bas, xpun bawak Kenari sebab ayah aku dapat kereta company. time tu, ada 6 @ 7 bijik gak la kereta kat umah aku...huhuhu...

aku post cerita ni sebab aku teringat (teracun pun ye jugak) sebab member KKL aku nak carik Civic 1st gen CVCC...hehehe...kot2 dapat yang RS punya, memang rare species la...

and sekarang, aku memang minat kereta lama. kalau classic, ada la jgk minat, just classic ni lagi mahal dari kereta lama. Datsun 120Y pun kira kereta lama gak..hehehe...

p/s : ada orang tanya Ronin aku tu for sale ke atau x, kalau sold, aku cari Datsun SSS atau Civic 1st gen...sebelum dapat Ronin memang aku da tgk2 Datsun SSS da...

3 comments:

khayalkhayal said...

Arwah Tok aku dulu pernah pakai Austin Morris tu. Tu le kereta terakhir dia.

phat_lee said...

aku x pernah naik kereta tu. Datsun tu pun sama...tau2 je da naik volvo...hehehe...

Anonymous said...

Your method of explаining everything in this piece of ωriting is genuіnelу fastidious, еvery onе be cаpable of withоut
difficultу knoω it, Thаnkѕ a lot.



my webpage vodafone unlock iphone