Monday, 28 June 2010

Apa kejadahnya ini??!!!

agak2 korang, mana yang betul? aku tgk line parking dia pun ada sedikit bahlul...


bukan sebijik viva ni jek...selang beberapa kereta ni pun ada lagi yang park gaya yang sama...camna tu ek?
p/s : teringat bila member aku park atas divider...brother penguatkuasa siap ckp, "adik park la kereta elok2...ni camna abg nak saman nih?"

Monday, 21 June 2010

Padam satu sejarah...


well, ni cerita pasal Penjara Pudu...Penjara kat tgh KL yang da berusia 100 tahun jugak la...and pada 21/6/2010, kul 10 malam, kerja2 demolished Penjara Pudu ni pun start. masa aku lalu depan Penjara Pudu tadi masa on the way balik dari opis, ramai la orang2 yang berkumpul amik gambar. siap dengan polis skali...ini rupa pintu masuk Penjara Pudu...

and ini plak layout Penjara Pudu...

ini plak mural yang pernah masuk Guiness..mural terpanjang...tapi masa penjara ni dikosongkan, mural ni pun da kena conteng...

ini plak masa penjara tu baru dinaikkan....tahun 1896...

sekarang ni tembok penjara tu da start dirobohkan... and aku rasa elok rasanya kalau pintu gerbang penjara yang asal ni dipindahkan ke muzium. bukan apa, just sebagai sejarah negara. memang gomen kata bangunan ni bukan sesuatu yang boleh dibanggakan, tapi x salah if kita simpan sedikit sejarah Penjara Pudu ni kan?

Friday, 11 June 2010

Warga Malaysia makin maju, makin x sabar...

Semalam aku g jumpa Cik Nila kat Pusat Bandar Damansara. As usual, jalan jem gila kat Mahameru, depan Muzium Negara tu. Oleh sebab aku kat lane kiri skali, memandangkan aku memang nak kekiri, aku tengok mangkok2 hayon nih guna emergancy lane. Bukan takat emergancy lane jek, jalan tar merah tu pun diorang lalu jgk.

Macam mana la jalan tu x hectic bila semua pentingkan diri sendiri? and dulu kalau korang ingat, time raya Cina x silap aku, yang 3 kes eksiden maut, yang mana kereta2 langgar trailer yang rosak kat emergancy lane. aku x salahkan yang bawak trailer, kalau betul lori dia rosak, kira emergancy la kan? xkan driver tu nak tolak lori tu g workshop?

Gambar atas tu bukti orang Malaysia da makin x sabar, makin x hormat orang lain. orang lain pun nak balik jugak, so please la jadi lebih civic minded. oleh sebab aku tensen tengok orang-orang ni suka hati lalu emergancy lane, aku pun snap la gambar nih. yang bagusnya apa? elok aku snap, kereta2 belakang yang lalu emergancy lane pun masuk balik lane kiri.

Lagi satu yang aku x suka, ialah orang2 yang sesuka hati cross lane sambil langgar tiang merah plastik tu...diorg ni pun punca jem and eksiden. aku cadangkan ganti tiang tu dengan bekas isi air macam kat area construction tu. langgar je, keta jahanam. biar padan muka...

p/s : ini la yang org cakap pemikiran 3rd class, or bak dialog P.Ramlee, "kecik2 xnak mampos, da besar menyusahkan orang", ini la orang2 yang layak dengan gelaran tu...

Tuesday, 8 June 2010

Lagenda Syaiton Punya Budak!!!

Last Friday, after office, aku n Cik Nila g ke Pavillion, dengan harapan dapat tengok cerita Killers, udahnya, sampai panggung lewat sikit, yang ada show paling awal pun ialah Lagenda Budak Setan...





so tanpa rasa serba salah and yakin dan jitu, kitorang pun beli tiket untuk cerita ni dengan harga RM13.00...gila babi mahal...kitorang masuk la ke house yang berkenaan...kitorang pilih seat yang agak tengah and memang dua seat tu jek position paling best buat masa tu...but sadly, sepanjang sejam setengah tengok cerita tu, aku x enjoy langsung, terima kasih kepada couple yang duduk sebelah aku, and group bebudak musibat yang duduk kat sebelah Cik Nila...kalau da x faham cerita, diam-diam je udah la...ini siap bertekak dengan member-member...


"eh? diorang da kawin ke?", soal mangkuk pompuan 1...


"dah la..tu dia panggil abang," jawap mangkok pompuan 2


" ha'ah la da kawin...", sambung lagi dua orang mangkok jamban pecah...


itu yang sebelah Cik Nila, aku pun boleh dengar...yang sebelah aku plak...


" la, kenapa dia kawin jugak??!!" pompuan tanya kat bf..


" dia kawin sebab bla..bla...bla..." jawapan jujur dari bf kesayangan dia panjang lebar...


sorry to say, ini adalah antara reason kenapa aku xnak tengok filem Melayu... kalau nak tengok pun, aku tengok cerita yang x ada or kurang lawak bodoh, and yes, aku memang suka tengok cerita-cerita Afdlin Shauki, Mamat Khalid...sebab director ni ada penonton and peminat yang tersendiri, and aku berani jamin yang penonton filem ni pun bukan dari golongan mat-mat rempit sempit otak tu...

and situation kitorang malam tu dalam panggung, sama macam tgk wayang dikelilingi non educated, no respect kind a people...dulu masa aku tgk Terminator Salvation pun jadi benda yang sama. Mamat 3 ekor sebelah aku siap cerita sejarah terminator, dari yang 1st sampai ke T3...macam sial...

please la, orang lain pun nak tgk wayang jugak, and orang lain pun bayar amount yang sama jugak macam korang. jangan rasa diri tu taiko, aritu kalau aku sound bebudak jongos tu, aku rasa orang2 lain dalam panggung tu pun sokong. silap2 jadi macam iklan DG, taiko kena belasah...

and pasal cerita yang kitorang tengok? dari 5 bintang, aku bagi 2 ekor binatang jek, lembu dengan kambing...sebab? ntah la...cerita dia x se tragis novel...and pelakon yang paling menjadi pun dalam cerita tu, Que Haidar...my personal view, mak kepada Ayu pun diorang bagi kepada pelakon yang x kena...tapi itu just my view la...

neway, benda yang jadi kat kitorang masa tgk Lagenda Budak Setan (aku tukar to Setan Punya Budak, khas untuk bebudak yang kecoh tu) buatkan aku and Cik Nila xnak tengok cerita Melayu genre ni lagi dah...kalau nak tengok sangat pun, hujung2 show jek..time cerita tu da lapuk...betul frustrated dengan benda yang jadi... so kalau korang nak tgk jugak, baik baca dulu novel dia, sebelum korang kena sound ketepek...


p/s : lepas ni confirm aku nak tgk cerita Melayu pun, cerita yang orang-orang camni xde...

World War 2 in Kuala Lumpur...

aku tengah surf internet, saja tengok gambar-gambar masa perang dunia ke 2 dulu. and aku jumpa gambar-gambar nih. and yes, pic ni ialah Kuala Lumpur time perang dulu...


selalunya aku just tgk dalam wayang je pasal keadaan sekeliling time perang, and x sangka pulak KL pun kena effect yang sama...can't imagine kereta kebal tembak bangunan2 yang ada dalam KL...and this is why sejarah ni penting,kan?

p/s : hopefully Malaysia maintain aman camnih...x sanggup rasanya nak tgk kemusnahan sebab perang nih...

Tuesday, 1 June 2010

What is Overdrive?

Huhuhu...lama gak aku x update blog pasal information, kan? so today aku nak cakap sket pasal Overdrive. bukan apa, ada orang salah anggap penggunaan butang kecik nih. ayahanda aku ada Perdana SEi tahun 1999, and yes, kereta tu automatic transmission with Overdrive, so aku memang da lama guna benda nih. Ini rupa gearbox...






apa itu overdrive? overdrive ni adalah gear paling tinggi. function benda ni ialah ia membolehkan enjin berfungsi pada RPM yang lebih rendah. fyi, RPM = Round Per Minute, iaitu pusingan engkol yang membolehkan pembakaran enjin.lebih laju putaran, lebih kerap pembakaran dibuat dan lebih banyak petrol digunakan. ini membolehkan enjin berkenaan mencapai penggunaan petrol yang lebih efisyen. (gila ah bahasa aku...). Overdrive ini perlu dimatikan jika melalui kawasan bukit bukau atau semasa membuat towing.

Transmisi automatik akan terus masuk ke Overdrive jika ia mampu membawa muatan yang ada, dan ianya akan tukar keluar dari overdrive jika kenderaan itu tidak mampu untuk membawa muatan tersebut. dalam situasi yang tertentu, contohnya semasa mendaki, transmission akan mencari gear yang sesuai antara OD dan gear 3, tetapi dengan mematikan OD, ia akan membantu transmisi membuat keputusan, iaitu terus ke gear 3. Dengan mematikan OD juga dapat memberi kelebihan semasa membrek, atau semasa menuruni bukit sebab tanpa OD, transmisi akan kekal di dalam gear rendah, yang akan membuatkan kenderaan lebih senang dikawal.

p/s : senang citer, time start jalan off OD, bila brake, off OD, time cruise, on OD...