Tuesday, 1 June 2010

What is Overdrive?

Huhuhu...lama gak aku x update blog pasal information, kan? so today aku nak cakap sket pasal Overdrive. bukan apa, ada orang salah anggap penggunaan butang kecik nih. ayahanda aku ada Perdana SEi tahun 1999, and yes, kereta tu automatic transmission with Overdrive, so aku memang da lama guna benda nih. Ini rupa gearbox...






apa itu overdrive? overdrive ni adalah gear paling tinggi. function benda ni ialah ia membolehkan enjin berfungsi pada RPM yang lebih rendah. fyi, RPM = Round Per Minute, iaitu pusingan engkol yang membolehkan pembakaran enjin.lebih laju putaran, lebih kerap pembakaran dibuat dan lebih banyak petrol digunakan. ini membolehkan enjin berkenaan mencapai penggunaan petrol yang lebih efisyen. (gila ah bahasa aku...). Overdrive ini perlu dimatikan jika melalui kawasan bukit bukau atau semasa membuat towing.

Transmisi automatik akan terus masuk ke Overdrive jika ia mampu membawa muatan yang ada, dan ianya akan tukar keluar dari overdrive jika kenderaan itu tidak mampu untuk membawa muatan tersebut. dalam situasi yang tertentu, contohnya semasa mendaki, transmission akan mencari gear yang sesuai antara OD dan gear 3, tetapi dengan mematikan OD, ia akan membantu transmisi membuat keputusan, iaitu terus ke gear 3. Dengan mematikan OD juga dapat memberi kelebihan semasa membrek, atau semasa menuruni bukit sebab tanpa OD, transmisi akan kekal di dalam gear rendah, yang akan membuatkan kenderaan lebih senang dikawal.

p/s : senang citer, time start jalan off OD, bila brake, off OD, time cruise, on OD...

2 comments:

Najwa Aiman said...

Lorrr... Aku dok baca sebagai overdraft tadi... Adoi laaa... Al-maklumlah gaji ciput...

Apa-apa hal pun, sekarang ni ialah masa untuk tidak ambil OD dari mana-mana bank. Bahaya tau!

phat_lee said...

wahahaha...gaji kecik yek??