Monday, 3 May 2010

Flinstone Braking System.

Semalam, Ahad, aku hantar kereta ayahanda aku untuk servis. and ada la buat allignment, wheel balancing sikit. sementara tunggu kereta Perdana tu siap, ada la sorang pakcik @ brother ni datang dengan Proton Saga lama dia. aku pun berborak la dengan dia. dia datang untuk tukar 2 bijik tayar depan kereta dia yang tunggu masa jek nak buat kereta eksiden. Tayar slick tu...xde bunga langsung. da la datang bawak family... masa pekerja kedai tu bukak tayar kereta dia, aku terperasan satu benda...ni dia.....

at first aku ingat brake dia x function sebelah, sebab disc dia karat...bila aku g dekat, baru la aku perasan...

brake kereta dia xde brake pad. gila apa! bila tanya, dia dengan selamba cakap,

" nak skim disc tu dulu, kalau x nanti rugi brake pad cepat abis..."

alamak pakcik...kot ye pun nak saving duit, jangan la sampai bahayakan diri, family and orang lain. pasang je brake pad tu, then ada duit lebih, hantar buat skimming. xpun? beli je Saga BLM...bukan apa, memang family dia terdedah sangat dengan bahaya... tang tu yang aku x berkenan tu. brake xde pad, tayar botak abis...adeh la...

apakah risiko bila buat brake anda macam ni? paling bahaya, brake tu boleh jammed...so kalau jammed, korang bayangkan la bila kereta bwk laju, tekan brake, brake jammed sebelah...apa agak2 yang jadi ek? dengan family ramai2 naik...huhuhuhu

p/s : keselamatan tu tanggungjawab memasing yek...kalau korang ada tanggungjawab, korang leh selamatkan nyawa orang lain.

No comments: